Anda di halaman 1dari 3

BIDANG MENGENAL KRAFT TANGAN (SUHAILY BINTI SAAD) Tahun Aktiviti Bidang Jenis Kandungan Tema Tajuk Pendedahan

5P : Tahun 5 : Menganyam : Kraft Tradisional : Anyaman : Menganyam bentuk flora : Flora : Tikar Anyaman Terbang Bermotifkan Kelarai Flora : Penyerapan Nilai Murni

ESEI PENDEK AKTIVITI Unjuran pada masa hadapan merupakan sejenis ramalan yang berbentuk teknik kuantitatif. Ramalan merupakan dugaan atau tekaan tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan tidak kiralah dalam masa 10 tahun, 20 tahun atau 30 tahun yang akan datang. Menurut keratan akhbar Sinar Harian pada 14 Januari 2012 yang bertajuk RM98.6 juta atasi masalah kesesakan. Kerajaan banyak menyalurkan dana untuk mengatasi masalah kesesakan akibat penambahan penggunaan kenderaan dan juga kepadatan penduduk yang semakin pesat. Oleh demikian, guru mengarahkan murid Tahun 5 untuk menghasilkan satu tikar anyaman untuk ciptaan berguna pada masa hadapan. Guru menerangkan prinsip perubahan yang bakal dialami oleh generasi mereka pada tahun yang akan datang. Prinsip Perancangan Strategik Bayangan dan Andaian tentang masa depan boleh membentuk dan mempengaruhi tindakan pada masa ini. Oleh itu, bayangan dan andaian tersebut boleh digunakan dalam perancangan secara strategik untuk mencapai masa depan yang diingini oleh setiap murid. Bidang yang difokuskan adalah Kraft Tradisional, jenis Anyaman. Guru memberikan tajuk Tikar Anyaman Terbang. Guru akan memberikan beberapa contoh kelarai berasaskan flora. Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dam pada
Ni point kajian masa depan

anyaman (C. Kathleen, 2009). Murid akan memilih corak yang mereka minati untuk diminta menyanyam tikar terbang. Guru membimbing dengan contoh hasil anyaman

masa dahulu dengan masa sekarang. Kemudian murid menggunakan kebolehan imaginasi untuk mereka bentuk tikar anyaman terbang mereka mengikut motif flora kesukaan mereka. Sebagai langkah induksi, guru membawa pelajar melihat bunga-bunga di sekitar sekolah seperti bunga tanjung, melur dan teratai sebagai pengalaman pemerhatian. Pemerhatian secara aktif merangkumi kesedaran pemerhatian secara keseluruhan dan terperinci dapat melatih pengamatan murid terhadap sesuatu perkara. Pemerhatian ini dapat merangsang murid berfikir secara kritis dan kreatif dalam membuat keputusan tentang hal-hal masa depan. Tetapi, mereka masih akan bersedia untuk menghadapi pada masa yang akan datang. Penerapan nilai murni adalah di mana murid-murid akan menghargai kemudahan yang mereka kecapi pada hari ini. Bagaimana guru ingin mengaplikasikan 5P? Guru akan menerapkan nilai murni seperti menggunakan pengangkutan awam berbanding menaiki kereta sendiri untuk mengelakkan kesesakan dan menjamin alam sekitar. Guru juga boleh Langkah penerokaan pula, murid akan mula mengolah idea untuk menghasilkan tikar terbang idaman mereka. Murid-murid boleh berimaginasi seakan-akan mereka menaiki tikar terbang di atas awan. Guru akan membantu murid untuk meneroka dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan mengaplikasikan bahan dan alatan dengan menggunakan teknik-tenik anyaman. Bahan-bahan yang diperlukan adalah kertas pelbagai warna dan gunting. Murid-murid diingati supaya tidak membazir dalam menggunakan bahan yang diberi oleh guru kerana ini merupakan salah satu nilai murni yang perlu diserapkan dalam proses P&P. Manakala langkah penghasilan adalah di mana murid akan mula menghasilkan anyaman mereka dengan bantuan guru. Langkah seterusnya adalah appresiasi seni. Murid akan didedahkan dengan pengalaman mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan pada masa yang akan dating khususnya. Guru akan mengarahkan semua murid untuk mempamerkan hasil kerja mereka di atas meja dan murid-murid yang lain boleh melihat hasil kerja rakan-rakan mereka. Sebagai penutup, guru akan menayangkan video lagu Do re me tikar terbang Miyo Tokai yang terdapat di dalam filem Laksamana Do Re Me. Murid-murid dapat menyanyi sambil menghargai hasil seni mereka. Pendedahan 5P yang telah dipilih ialah penyerapan nilai murni. Pendidikan Seni Visual memupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Apabila murid mempelajari seni anyaman, mereka dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti menggunakan seni kraft tangan untuk pembangunan negara. Malahan, pelajar juga dapat didedahkan
Jgn lupa penera pai nilai 5P dlm aktiviti

untuk menggunakan sumber alam sekitar untuk menghasilkan anyaman seperti daun mengkuang. Tambahan pula, untuk menghasilkan anyaman yang kemas, kepekaan harus ada dalam diri. Oleh itu, keadaan ini akan memupuk sikap yang baik dalam diri murid-murid untuk menjadi lebih peka terhadap sesuatu.

Anda mungkin juga menyukai