Anda di halaman 1dari 17

Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Perkara Penghargaan Pengenalan Soalan 1 Soalan 2 Refleksi Bibliografi Lampiran

Muka surat 3 4 6 11 14 16 17

Mohd. Ashraf Hafiz bin Abdul aziz, berusia 25 tahun dan berkelulusan dalam bidang perubatan telah menggemparkan negara apabila ingin menukar nmanya kepada Alesha farhana AbdulnAziz sesudah Berjaya menukar jantina. Mengikut laporan perubatan daripada hospital, Mohd.Ashaf dikatakan layak menjalani kehidupan sebagai wanita kerana kecenderungannya sebagai wanita sejak kecil dan ketidaknormalan agen seksual. Walau bagaimanapun pihak mahkamah menjelaskan tiada perundangan yang boleh membenarkan permohonan pempetisyen dan jika permohonan tersebut dibenarkan, hal ini akan memberikan kesan jangka panjang kepada instituasi masyarakat. Soalan satu: Bincangkan kesan tersebut kepada Negara Masyarakat Ibu bapa Diri Sendiri

Soalan dua: Sebagai seorang guru, bincangkan cadangan penyelesaian sekiranya hal ini berlaku di sekolah anda.

Saya Royson a/l Rajimand dari opsyen 3 PPISMP PRA/PJ/MU 2011 ingin mengambil peluang keemasan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua insan mulia yang sanggup membantu saya menyiapkan kerja kursus

Kompetensi Kecerdasan Emosi ini. Terlebih dahulu saya menyusun sepuluh jari saya untuk bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaannya, saya dapat menyiapkan kerja kursus Kompetensi Kecerdasan Emosi ini dengan begitu baik sekali. Saya juga ingin mengucapan terima kasih kepada EN. ZAINUDDIN BIN AHMAD yang memberi bimbingan dan dorongan serta pendapat terhadap kerja kursus yang diberikan. Beliau juga sanggup meluangkan masa dengan saya demi kepentingan saya. Tambahan pula, beliau tidak pernah berasa jemuh semasa mencurahkan ilmu kepada saya.. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakanrakan sejawat yang sudi berkongsi pendapat dan maklumat tentang kerja kursus. Kompetensi Kecerdasan Emosi ini. Mereka juga mengemukakan idea-idea dan strategik untuk menyempurnakan kerja kursus ini dengan baik serta menghasilkan satu kerja kursus yang berkualiti. Di samping itu, saya juga mengambil kesempatan ini

untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat Sumber Zaa'ba Institut Pendidikan Guru kampus Tuanku Bainun kerana menyediakan kemudahan bahan ilmu. Dorongan ini lagi memudahkan saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Saya bertanggungjawab untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua dua ibu bapa saya. Hal ini kerana, mereka tekah memberi semangat kental supaya saya tidak putus asa semasa menyiapkan kerja kursus ini. Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini .

Transeksual atau penukaran jantina adalah keadaan pernyataan perasaan yang semulajadi menyebabkan seseorang itu mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis. Perasaan dan nafsu tersebut terhasil disebabkan oleh bahan kimia dan hormon yang dikeluarkan dalam badan (luar kawalan). Pendapat ini masih lagi dalam dibincangkan dan tidak dapat dibuktikan secara menyeluruh oleh pakar dalam bidang ini. Transeksual juga didefinisikan sebagai seseorang yang percaya bahawa dirinya tidak mewakili atau menggambarkan sifat jantinanya yang sebenar. Dalam konteks ini, tranvestite juga merupakan salah satu unsur dalam transeksual ini. Dalam perkataan lain transvestite merupakan orang yang mengamalkan transvestisme yang ditakrifkan sebagai keinginan memakai pakaian berlainan dengan jantinanya. Terdapat juga teori bahawa aturan kelahiran menentukan sama ada seseorang itu mempunyai perasaan ini atau tidak. Suatu kajian oleh Ray Blanchard memperolehi data bahawa semakin bongsu seseorang anak, semakin besar kemungkinan dia homoseksual. Alasan-alasan di belakang pemerhatian ini belum ditentukan. Ianya dipercayai bahawa dengan setiap kehamilan, badan ibu mempunyai lebih

hormonandrogen yang boleh mempengaruhi orientasi seksual seseorang anak. Alasan ini disokong oleh pemerhatian bahawa hanya anak-anak lelaki yang lebih bongsu, dan bukan anak-anak perempuan yang lebih bongsu, yang menunjukkan kemungkinan yang lebih besar untuk menukar jantina. Selain itu, penukaran jantina berlaku daripada rentetan dari proses pembelajaran sewaktu kecil.Berkurangnya rasa kepercayaan terhadap ibu dan saudara perempuan (lesbian) dan sebaliknya (gay). Mereka juga kurang percaya pada potensi seksual yang ada pada diri sendiri. Selain itu tarikan individu terhadap homoseksual, menjadi keinginan perasaan yang menyetujui untuk mendominasi hawa nafsu. Harga diri tidak boleh diperolehi dari hubungan lain. Ketakutan pada kaum bertentangan jenis menyebabkan tindak-balas erotik yang pasif. Oleh yang demikian, semua faktor ini menjadi tapak asas untuk berlakunya penukaran jantina dalam kalangan masyarakat negara kita. Ia memberi impak yang buruk ke atas individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Soalan 1
Bincangkan kesan tersebut kepada Negara Masyarakat Ibu bapa Diri Sendiri

Kesan kesan Penukaran Jantina Dalam Kalangan Rakyat Malaysia.

Pada era pembangunan ini dunia kita dikejutkan dengan pelbagai jenis perkara. Contohnya, penciptaan pelbagai jenis peralatan yang canggih dalam pelbagai bidang seperti dalam bidang komunikasi dan lain-lain. Selain penciptaan barang- barang yang canggih gaya hidup masyarakat dunia juga semakin hari berubah. Pelbagai masalah mula timbul apabila masyarakat mula mengubah cara hidup dan melakukan pembaharuan dalam cara hidup. Seperti yang kita sedia maklum, penukaran jantina merupakan salah satu gejala yang membendung masyarakat dunia. Pada masa dahulu, masalah ini hanya timbul di luar Negara sahaja. Tetapi, pada peredaran zaman gejala ini mula merebak ke Negara kita. Seperti yang kita sedia maklum, penukaran jantina dalam kalangan rakyat Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Terdapat beberapa rakyat Malaysia yang memohon kebenaran dari mahkamah untuk menukarkan jantina mereka. Tetapi, pihak mahkamah menjelaskan tiada perundangan yang boleh membenarkan permohonon seperti ini dibenarkan. Hal ini, akan memberi kesan jangka panjang kepada institusi negara kita. Sebenarnya gejala transeksual atau penukaran jantina ini telah mendatangkan kesan yang kurang sihat kepada negara, masyarakat, ibu bapa, diri sendiri. Negara juga menghadapi masalah yang serius kerana penukaran jantina. Antara kesanya adalah menjatuhkan imej negara. Hal ini lagi serius kerana negara kita negara islam. Menurut agama islam gejala transeksual ini sangat di tegah kerana manusia tidak hak untuk mengubah ciptaan Tuhan. Yang seterusnya ialah, kadar kematian meningkat. Golongan ini terpaksa menukarkan alat kemaluan mereka. Kita tidak tahu berapa ramai rakyat negara kita yang menukar jantina dan berapa orang yang terselamat dalam pembedahan tersebut. Pembedahan tersebut diibaratkan sebagai kelahiran kedua mereka. Jika ramai
7

meninggal dunia semasa melakukan pembedahan ini, sudah pastinya kadar kematian negara kita meningkat dan bilangan rakyat menurun. Selain pembedahan menurunkan bilangan rakyat, kadar perkahwinan turut menurunkan bilangan rakyat. Ramai daripada golongan yang menukar jantina tidak melakukan perkahwinan. Maka kadar perkahwinan menurun, disamping kadar kelahiran bayi turut menurun. Semua faktor ini menyebabkan kadar pertumbuhan negara tidak meningkat. Maka ekonomi negara tidak meningkat dan semakin mundur. Oleh itu, negara-negara lain memandang rendah terhadap negara kita. Tambahan lagi, kerajaan negara kita terpaksa membelanjakan peruntukkan yang lebih kepada golongan ini. Kerajaan negara terpaksa melanncar pelbagai ceramah dan kaunseling untuk golongan ini. Untuk ini, kerajaan negara terpaksa membelanjakan duit yang lebih. Duit ini boleh digunakan kepada perkara lain yang lebih berguna untuk kesejahteraan rakyat. Seterusnya kesan penukaran jantina ke atas masyarakat. Masyarakat

merupakan gabungan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Masyarakat lah yang membina negara. Namun gejala transeksual ini, turut mendatangkan kesan terhadap masyarakat ini. Penukaran jantina memberi impak yang amat besar iaitu masalah sosial. Masalah social yang dimaksudkan di sini ialah hubungan sejenis. Golongan ini mempunyai minat yang lebih terhadap jantina yang sama. Hal ini disebabkan oleh, ketidakseimbangan hormon dalam badan mereka. Hubungan sejenis merupakan sesuatu yang salah disisi undang-undang Malaysia. Jika sesiapa yang melakukan kesalahan ini, pasti mereka akan dikenakan hukuman yag setimpal. Selain hubungan sejenis, pertambahan kadar pelacuran di kalangan masyarakat turut meningkat akibat penukaran jantina. Golongan ini menjadikan diri mereka sebagai pelacur untuk meneruskan hidup. Golongan ini susah untuk mendapatkan pekerjaan, disebabkan itu mereka membuat perbuatan yang hina ini. Maka wujudlah banyak pusat pelacuran di serata tempat. Hal ini menjadi salah satu masalah yang besar kepada masyarakat.

Selain itu, penukaran jantina dalam kalangan masyarakat menyebabkan hilangnya identiti masyarakat negara kita. Seorang atau dua tidak menjadi masalah kepada masyarakat, tapi jika ramai orang menukar jantina sudah pasti norma masyarakat akan musnah. Selain itu, berkemungkinan besar berlakunya perselisihan faham antara masyarakat. Terdapat dua kumpulan masyarakat dalam hal ini. Sekumpulan menyokong penukaran jantina dan sekumpulan lagi membantah penukaran jantina dalam kalangan masyarakat. Dua kumpulan ini mempunyai pandangan yang berbeza dalam hal ini. Melalui ini, wujudnya perselisihan faham antara mereka dan berterusan sehingga menimbulkan pergaduhan diantara mereka. Pasti kedamaian masyarakat setempat akan hancur. Disamping itu, penukaran jantina di kalangan kita menjadi beban kepada keluarga masing-masing. Walaupun, golongan ini sudah bertukar dari segi fizikal, namun mereka tidak boleh menukar jantina mereka di kad pengenalan. Hal ini kerana, sehingga kini negara kita tidak mempunyai undang-undang untuk menukar jantina pada kad pengenalan. Oleh itu, golongan ini tidak sejantina yang sama dengan kad pengenalan. Oleh itu, golongan ini tidak mendapat pekerjaan di mana-mana syarikat pekerjaan. Ini menjadi beban kepada keluarga mereka yang terpaksa menanggung golongan ini. Ahli keluarga terpaksa menanggung makanan, pakaian dan segala perbelanjaan golongan ini walaupun sudah berupaya untuk menanggung diri sendiri dan keluarga. Tapi keluarga yang menanggung beban ini. Penukaran jantina juga membawa kesan yang teruk kepada diri sendiri. Kesan pertama adalah maruah individu yang menukar jantina akan terjejas. Penukaran jantina di Malaysia merupakan sesuatu yang dilarang atau suatu perkara yang hina di mata pandangan rakyat kita. Jika seseorang itu menukarkan jantina asal mereka, sudah pastinya masyarakat akan memandang hina golongan ini. Selain dilarang oleh undangundang negara, perkara ini juga sesuatu yang dilarang oleh agama rasmi kita iaitu agama Islam. Masyarakat juga tidak akan menghormati golongan ini dan sengaja mengendahkan golongan ini.

Kesan yang paling teruk adalah kesihatan mereka terjejas. Ramai golongan transeksual mengambil pil-pil hormon yang mempunyai kesan-kesan sampingan. Golongan ini mengambil suntikan dan pil-pil hormon untuk mengekalkan tubuh badan yang cantik, mengelakkan tumbuhnya misai serta janggut, menggurangkan kadar hormone lelaki untuk sesiapa yang hendak menjadi perempuan. Jika mereka mengambil pil-pil ini untuk satu jangka masa yang panjang, maka timbulnya beberapa masalah kesihatan. Contohnya, urat-urat yang selalu disuntik akan rosak,

ketidakseimbangan hormone dalam badan dan lai-lain lagi. Ada kes yang meninggal dunia akibat pengambilan suntikan hormone yang berlebihan. Disamping itu, isu penukaran jantina akan menyebabkan golongan ini kehilangan kasih sayang daripada pelbagai pihak. Mereka kehilangan kasih sayang ibu bapa, kawan-kawan dan saudara mara terdekat. Sejak kecil lagi, ahli keluarga menyayangi mereka sebagai seorang lelaki atau perempuan. Dan apabila mereka tiba-tiba menukarkan jantina mereka, sudah pasti perubahan ini memeranjatkan ahli keluarga. Akibatnya kasih sayang yang golongan ini dapat dari kecil bertukar menjadi perasaan marah dan benci. Rakan-rakan juga tidak dapat menerima golongan ini apabila hendak menukar jantina. Golongan ini disisihkan oleh rakan-rakan dan tidak menunjukkan sebarang kasih saying terhadap mereka. Rakan-rakan yang dulu menjadi kawan, menjadi musuh. Rakan-rakan bukan sahaja tidak menunjukkan kasih sayang tetapi membuli mereka. Kebanyakkan orang dari golongan ini sering menjadi bahan ejekkan rakan-rakan. Kesimpulannya, masalah seperti ini harus dibendung. Langkah langkah yang efektif harus diambil bagi mengelakkan masalah ini. sehingga kini Malaysia tidak mempunyai dasar yang jelas berkaitan status transeksual. Terdapat beberapa perkara penting perlu diteliti dalam menyelesaikan isu ini. Pertama kerajaan perlulah membuat dasar khusus bagi memutuskan dari segi jantina status mereka yang telah melakukan pertukaran jantina. Meskipun adalah jelas Malaysia melarang perbuatan pertukaran jantina dilakukan di Malaysia, namun pembedahan tersebut masih boleh dilakukan di negara-negara lain. Selain itu, anggota masyarakat perlu memainkan peranan masingmasing dengan menasihati golongan sebegini.
10

Soalan 2
Sebagai seorang guru, bincangkan cadangan penyelesaian sekiranya hal ini berlaku di sekolah anda.

11

Sebagai seorang saya bincangkan cadangan penyelesaian sekiranya hal ini berlaku di sekolah.

Gejala penukaran jantina semakin hari semakin meningkat dari Negara kita yang makmur dan sejahterah ini. Penukaran jantina berlaku di merata tempat, tidak terkecuali di sekolah juga. Sekiranya gejala ini berlaku di sekolah, sebagai seorang saya saya mempunyai beberapa cadangan penyelesaian untuk mengatasi masalah penukaran Saya perlu mengambil langkah dengan berhati-hati dalam perkara ini. Ini kerana golongan ini berkarakter yang lembut. Jika tidak mengendalikan masalah ini dengan berhati-hati, ia akan melukakan hati mereka. Seorang saya harus mengenal pasti murid yang mempunyai masalah ini. Saya harus mengenal pasti punca kepada masalah ini. Ada kala puncanya adalah ibu bapa, kawan-kawan dan masyarakat sekitarnya. Kebanyakkannya dalam kes ini, ibu bapa yang menjadi puncanya. Ibu bapa sering membesarkan anak lelaki sebagai anak perempuan untuk menghilangkan rindu mereka kerana tidak mempunyai anak perempuan. Oleh itu, saya harus kenal pasti puncanya sebelum mengambil tindakan seterusnya. Seterusnya, adalah memberi kaunseling secara peribadi. Pertamanya saya akan mengidentitikan murid-murid yang mempunyai masalah transeksual. Selepas itu, saya akan memanggil murid tersebut secara peribadi. Saya akan menyedarkan murid tersebut tentang kesan-kesan yang diakibatkan oleh gejala transeksual. Memang tidak dapat menafikan bahawa kesan-kesanya adalah pastinya buruk. Seterusnya membawa budak itu ke aktiviti aktiviti yang berkaitan dengan lelaki supaya sifat kewanitaan budak itu dapat dikurangkan. Contohnya sukan yang di khaskan kepada golongan lelaki sahaja seperti bola sepak. Selain itu, saya harus berbincang dengan ibu bapa kepada murid tersebut tentang hal penukaran jantina. Saya harus menasihati ibu bapa untuk tidak menyisihkan murid tersebut. Jika disisihkan, kemungkinan besar murid itu mengalami tekanan jiwa dan mengambil keputusan yang salah misalnya membunuh diri, melarikan diri dari rumah. Lebih teruk lagi, murid ini akan mencari kasih sayang diluar dan bergaul dengan
12

orang yang salah. Jika ini berterusan, sudah tentu hancurnya kehidupan murid tersebut. Justeru itu, saya harus memastikan murid itu mendapat kasih sayang di rumah. Tindakan seterusnya yang boleh diambil saya sebagai guru ialah menghantar budak yang masalah itu kepada ustad atau ustazah atau guru-guru yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam hal agama. Hal ini kerana budak yang bermasalah itu sedar bahawa betapa tegahnya agama-agama di dunia ini melarang gejala transeksual ini. Hal ini mungkin menyebabkan pelajar yang bermasalah itu mengubah perspektif terhadap transeksual ini. Memberi ceramah juga merupakan salah satu cara yang boleh diambil untuk mengawal gejala penukaran jantina. Dalam ceramah itu saya akan menyatakan kesankesan dengan langkah langkah yang tertentu supaya pelajar yang mempunyai masalah transeksual boleh mengelak jadi mangsa. Untuk meningkatkan keberkesanan ceramah, saya akan meminta seorang doktor untuk menjelaskan tentang kesan- kesan penukaran jantina yang terpaksa ditanggung oleh seseorang. Apabila pelajar memahami dan mengetahui kesan penukaran jantina kemungkinan besar mereka tidak akan terlibat dalam gejala penukaran jantina. Disamping itu, saya sebagai guru harus memastikan tiada murid-murid lain yang membuli murid yang mempunyai ketidakseimbangan hormon. Kebanyakan murid-murid lain sering membuli dan tidak bergaul dengan murid yang lembut. Ramai murid yang ketidakseimbangan hormon ini sering dipulau oleh rakan-rakan sendiri. Hal ini membuatkan murid tersebut mempunyai perasaan rendah diri. Murid seperti ini sering bersendirian dan memikirkan keputusan salah yang hendak diambil. Kesimpulannya, Saya sebagai guru perlu berfikir langkah-langkah efektif untuk menghadapi masalah seperti ini. Jadi saya senantiasa perlu bersedia menghadapi cabaran sebegiini pada masa hadapan. Guru merupakan pembentuk masa depan para pelajar. Jika terdapat pelajar sebegini guru perlu berusaha untuk menolong mereka dengan pelbagai cara agar pelajar tersebut tidak terlibat dalam gejala penukaran jantina.

13

Saya telah mengelola banyak ilmu melalui kerja kursus ini. Saya berasa syukur kepada Tuhan kerana dapat menyelesaikan kerja kursus ini dengan lancar dan baik. Saya juga berasa puas hati dengan kerja kursus ini kerana dapat menyiapkannya dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pensyarah kompetensi kecerdasan emosi. Sebenarnya, tugasan yang diberikan adalah meminta guru pelatih untuk bincangkan kesan-kesan penukaran jantina tersebut kepada negara, masyarakat, ibu bapa, dan diri sendiri. Seterusnya, Sebagai seorang guru perlu membincangkan cadangan penyelesaian sekiranya hal ini berlaku di sekolah saya kelak nanti .. Dan akhirnya, guru pelatih perlu menyediakan bahan rujukkan ilmiah daripada pelbagai sumber. Saya telah menghadapi banyak masalah sepanjang kerja kursus ini. Masalah utamanya adalah saya tidak mendapat isi yang secukupnya untuk memulakan kerja kursus saya. Hal ini menyukarkan saya untuk mengenalpasti isi-isi yang penting dan seterusnya melambatkan saya untuk memulakan kerja kursus saya. Tapi dengan tunjuk ajar pensyarah dan rakan, saya dapat menghabiskannya pada masa yang ditetapkan. Melalui kerja kursus berasakan ilmu ini, saya dapat mengenali isu penukaran jantina ini lebih dalam lagi. Saya dapat mengenal pasti punca berlakunya isu penukaran jantina dalam negara kita. Saya juga turut mengenali kesan yang akan dihadapi dan langkah untuk membendungnya. Saya juga mengetahui, bakal guru seperti saya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menyelesaikan masalah ini. Dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini, saya telah mencari bahan-bahan rujukan yang diperlukan melalui beberapa kaedah. Pertamanya ialah menggunakan pusat sumber sebagai sumber utama.Saya mencari pelbagai maklumat yang diperlukan di pusat sumber Zaba. Saya meminjam buku yang berkaitan dengan tajuk saya dan
14

mengambil nota atau isi-isi penting untuk membantu menyiapkan kerja kursus saya dengan jayanya. Saya juga telah menggunakan internet sebagai sumber rujukan.saya kerap melayari internet untuk mencari maklumat. Saya telah memperolehi banyak maklumat dari Internet. Setelah membaca kesemua maklumat yang saya memperoleh itu, akhirnya dapat saya simpulkan segala ulasan tentang penukaran jantina. Setelah membuat tugasan ini, akhirnya saya dapat memahami tajuk kerja kursus saya dengan lebih lanjut. Akhir kata, semoga tugasan saya ini dapat memenuhi kehendak soalan kerja kursus.

15

Sumber internet.

http://syafiqe.wordpress.com/ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0801&pub=Kosmo&s ec=Negara&pg=ne_02.htm http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1127&pub=Utusan_Mala ysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm http://syafiqe.wordpress.com/2008/03/19/transeksual-menurut-perspektifperundangan-di-malaysia/http://syafiqe.wordpress.com/2008/03/19/transeksualmenurut-perspektif-perundangan-di-malaysia/ http://ms.wikipedia.org/wiki/Kehomoseksualan http://www.mummynemo.com/2011/08/kes-tukar-jantina-punca-kematian-mohdashraf-a-k-a-aleesha-farhana-di-siasat/

16

17

Anda mungkin juga menyukai