Anda di halaman 1dari 4

larangan mengemas tempat makan jika ada yang belum selesai - akan dibiarkan jika dilanda musibah larangan

memerah santan kelapa ketika haid - makanan cepat basi larangan membawa bayi keluar pada waktu malam - takut ditimpa sesuatu yang tidak baik seperti jatuh sakit larangan memotong kuku pada waktu malam - akan kematian ahli keluarga larangan tidak saling mengadap ketika makan - kelak jika punya masalah, tiada yang membantu larangan ketawa terbahak- bahak - tidak baik untuk anak dara kerana membawa imej yang tidak baik pada pandangan orang larangan makan cili/ lada/ cabai - hati keras, degil dan tidak mudah dinasihati

larangan duduk di tangga - jodoh lambat datang larangan menggunakan cermin pada waktu malam - takut kehilangan seri wajah barang dapur hendaklah didahulukan ketika berpindah rumah - agar rezeki tidak putus- putus

Pantang larang

Sajarah bajau

Kaum Bajau merupakan kaum bumiputra kedua terbesar di negeri Sabah. Kaum Bajau kebanyakkannya beragama Islam dan berasal dari dua kumpulan etnik yang tidak jauh bezanya iaitu Bajau di pantai Timur dan juga Bajau di pantai Barat. Mereka merupakan antara pelaut terkenal pada zaman dahulu sebelum kedatangan penjajah di Sabah.

Kaum Bajau dahulunya juga adalah pelaut yang mahir di mana kegiatan utamanya ialah pelanunan serta penangkapan ikan. Orang-orang Bajau juga mempunyai kemahiran menunggang kuda dan ini menjadikan mereka antara kaum yang paling berjaya di Sabah. Kemahiran mereka ini menjadikan mereka terkenal di negeri Sabah dan diberi gelaran "Koboi Timur" atau "Koboi Sabah". Semasa dalam majlis tertentu seperti pesta dan hari perayaan, penunggang kuda kaum Bajau ini sering kelihatan dalam pakaian berwarna-warni malah kuda mereka juga dipakaikan kain seperti penunggang juga.

Di Sabah, 6 bahasa Bajau di gunakan dan semuanya berasal daripada keluarga Sama-Bajau. Pengguna bahasa ini termasuklah pendatang-pendatang daripada negara jiran. Bagi kaum Bajau daripada bahagian pantai Timur Sabah, bahasa mereka dipinjam daripada Suluk iaitu bahasa perdagangan di Laut Sulu. Kaum Bajau pantai Barat Sabah pula mengadaptasikan bahasa mereka daripada bahasa Melayu. Kaum Bajau bahagian ini telah bekerjasama dengan kaum Kadazandusun dari segi akitviti ekonomi, perdagangan, perhubungan sosial serta kebudayaan. Orang Bajau dikatakan telah menggunakan sistem Barter dalam aktiviti ekonomi mereka iaitu menukar ganti hasil tangkapan ikan mereka dengan beras orang Kadazan. Bukan itu sahaja, pengaruh kebudayaan daripada kedua-dua kaum ini juga dapat dilhat dari segi kesenian material, muzik dan juga reka bentuk bangunan.

Orang Bajau yang berada di sebelah pantai Barat Sabah kebanyakkannya menetap dari bahagian Kota Kinabalu sehingga ke Kota Belud. Bagi kaum Bajau yang berada di bahagian pantai Timur Sabah, mereka masih mengamalkan kehidupan tradisional seperti kegiatan menangkap ikan dan kaum Bajau di sini digelar Bajau Laut. Walaubagaimanapun orang-orang Bajau di bahagian Timur Sabah ini kebanyakkannya telah menetap di darat atau di perkampungan tepian pantai. Segelintir daripada mereka masih lagi tinggal dalam perahu yang merantau ke sana-sini iaitu Lepa. Kaum wanita Bajau juga terkenal dengan tenunan kain mereka iaitu Dastar yang disulam dengan kain berwarna merah, kuning, hijau, oren, emas dan putih.
larangan menggunakan pinggan mangkuk yang retak - takut dapat pasangan yang tidak sempurna larangan meletakkan tangan di hadapan semasa duduk bersimpuh ketika makan akan sentiasa menyakiti atau disakiti orang lain larangan membawa bayi keluar pada waktu malam - takut ditimpa sesuatu yang tidak baik seperti jatuh sakit larangan tidur dengan rambut basah - mudah rabun larangan menuang air di dapur ( bukan di hadapan tamu ) - untuk mengelakkan sebarang keraguan di hati tetamu larangan menyanyi di dapur - bersuami orang tua larangan keluar rumah sekurang- kurangnya 3 hari untuk pengantin - elak sebarang keburukan berlaku larangan makan sisa anak - anak keras kepala, tidak dengar kata larangan membunuh sebarang haiwan ketika isteri mengandung - elak sebarang keburukan terhadap bayi dan isteri larangan menggunakan pinggan mangkuk yang retak - takut dapat pasangan yang tidak sempurna

larangan makan di dalam kuali - muka tiada seri anak yatim piatu tidak boleh memakaikan inai untuk pengantin - agar anak yang dilahirkan tidak yatim piatu

Anda mungkin juga menyukai