Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN JURNAL

MINGGU 2 ( 7 APRIL 2013 11 APRIL 2013 ) 1. Isu / Masalah

Pada minggu kedua di sekolah ini, saya berkesempatan mengenali kerenah dan perangai murid khasnya dalam kelas yang saya ajar bagi tempoh sebulan ini. Sesungguhnya tempoh sebulan ini adalah satu tempoh yang amat singkat untuk membuat perubahan mendadak terhadap prestasi murid. Hal ini sebaliknya adalah tempoh terbaik bagi saya untuk mempelajari serta menguasai sistem pengajaran yang konsisten. Semua ini bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai dan efektif yang akhirnya akan memberi kesan langsung kepada murid. Antara masalah yang dapat saya kenal pasti dalam minggu ini ialah bagi pelajar tahun dua, mereka seringkali berdepan dengan masalah jarang menghadirkan diri ke sekolah. Manakala bagi tahun 3 pula, kehadiran mereka amat memuaskan. Tetapi, mereka menghadapi masalah membatangkan perkataan. Bukan semua murid tahun 3 yang menghadapi masalah ini. Hanya dua atau 3 orang sahaja.

Sebagai seorang guru, saya ingin mewujudkan satu persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kelas-kelas saya. Saya ingin murid-murid memberi tumpuan yang sebaik mungkin setiap kali kelas dijalankan dan mendapatkan sebanyak mungkin input yang disampaikan.

2.ANALISIS MASALAH Sebelum mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah di atas, saya telah melakukan analisis bagi mencari punca-punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku. Setiap kali saya memerhatikan guru yang sedang mengajar didalam kelas, terdapat beberapa orang murid suka membuat bising dan tidak fokus kepada pengajaran. Beberapa andaian awal yang satu termasuklah:

1. Kemungkinan murid-murid yang membuat bising tersebut tidak memahami apa yang disampaikan dalam kelas.

2. Kebiasaannya, murid-murid yang mempunyai masalah dalam kelas tersebut terdiri dari kumpulan yang lemah dan tidak berminat dengan pelajaran. 3. Adakah pengajaran guru membosankan dan tidak memenuhi strategi pengajaran dan pembelajaran selaras dengan ilmu pedagogi guru?

Setelah menganalisis dan membuat refleksi, hal ini kerana mereka tidak memberikan perhatian semasa pengajaran guru. Pada umumnya, mereka sebenarnya boleh dan dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru. Tetapi disebabkan kurang beri perhatian dan kurang melakukan latih tubi, maka mereka seringkali lupa. Mereka ini menghadapi masalah membatangkan perkataan. Bagi murid tahun dua pula, masalah seringkali tidak menghadirkan diri ke sekolah menyebabkan mereka ketinggalan dalam pengajrand an pembelajaran yang berlangsung dalam kelas. Disebabkan itu mereka ditempatkan di kelas pemulihan.

3. CADANGAN Penyelesaian kepada murid-murid yang bermasalah ini adalah, dengan saya sendiri mengambil beberapa langkah yang boleh bagi mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh murid seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuklah dengan cara mengingati nama setiap murid. Ini akan memudahkan guru untuk berinteraksi dengan setiap murid terutamanya yang bermasalah. Dengan cara ini murid akan lebih takut untuk menimbulkan masalah. Apabila saya melakukan interaksi, saya akan memanggil nama mereka. saya juga akan mengulang menyebut perkataan yang di ajar tersebut satu persatu mengikut suku kata. Melalui itu, mereka dapat mengeja dengan tepat dan lancar. Saya juga menggunakan ekonomi token. Oleh itu, mereka akan lebih bersemangat dan bemotivasi untuk ke sekolah.

Cadangan-cadangan lain yang mungkin berkesan termasuklah: 1. Guru merancang P&P yang melibatkan aktiviti yang bersesuaian dan dapat menarik minat murid, dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu kreatif. 2. Memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif (seperti satu jawapan yang baik, bagus kerana berani mencuba). Ini memberi kepuasan kepada murid kerana

sumbangan mereka dihargai oleh guru dan kawan-kawan. 3. Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau berpasangan guru mestilah membuat pemantauan. Guru haruslah pantau dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Semasa pemantauan dilakukan guru bolehlah memberi semangat jika aktiviti sukar atau cuba mencadangkan strategi yang lebih mudah.

4.TEMPOH PENYELESAIAN Tempoh penyelesaian yang akan saya gunakan adalah selama 2 minggu.

5. TINDAKAN SUSULAN Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan mengemasmkini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak berlarutan berpanjangan.

6. KESIMPULAN Secara kesimpulannya, masalah murid dan sekolah ini bukanlah menjadi isu besar yang menjadi masalah utama saya untuk melaksanakan praktikum saya hingga tamat. Murid-murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulanglah kepada guru itu sendiri untuk mengatasinya.

Anda mungkin juga menyukai