Anda di halaman 1dari 16

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI (FPE)

KAEDAH PENYELIDIKAN PENDIDIKAN (GRU6014)

TUGASAN INDIVIDU KAJIAN LITRUTUR (LITERATURE REVIEW) FAKTOR PERMINTAAN TELEFON BIMBIT DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH NAMA PENSYARAH : JAMAL@NORDIN BIN YUNUS

NAMA Mohd Fazley Bin Salian


KANDUNGAN

NO MATRIK M20122001457

EMAIL/NO TEL. Shah_fazley@yahoo.com/ 013-6363586

Tajuk Penghargaan FAKTOR PERMINTAAN TELEFON BIMBIT PELAJAR 2.0 Pendahuluan 2.1 Konsep permintaa 2.2 Faktor pengaruh harga pasaran 2.3 Faktor fungsi telefon bimbit 2.4 Faktor minat pelajar memiliki telefon bimbit 2.5 Faktor ibubapa membelikan/menggalakan telefon bimbit pelajar 2.6 Faktor perkembangan Teknologi pengaruhi pelajar Kesimpulan Rujukan

Muka surat 3 4 5 6-7 8-9 10 -11 12 - 13 14 15 16

PENGHARGAAN

Assalammualaikum dan salam sejaterah, Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kepada yang Maha Pencipta, kerana izin dan kurnianya saya brjaya menyiapkan tugasan individu ini pada masa yang telah ditetapkan.
2

Ucapan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensayarah penyelidikan dalam pendidikan GRU (6014) Dr.Jamal@Nordin kerna telah banyak member bimbingan dan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan individu ini. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang turut membantu saya dalam mendapatkan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan individu ini.

2.0 PENDAHULUAN Pada masa kini, wujudnya perkembangan industri telekomunikasi yang begitu pantas dalam negara terutamanya dalam telefon mudah alih atau lebih dikenali sebagai telefon bimbit untuk memudahkan cara berkomunikasi antara manusia dengan manusia yang lain samada di desa mahupun di bandar. Telefon bimbit merupakan suatu alat komunikasi yang amat penting dalam hidup masyarakat (Ripaee Arip, 1994: 7).

Telefon bimbit merupakan keperluan hidup manusia moden semasa ini. Statistik terkini menunjukkan jumlah penduduk Malaysia seramai 27,484,000 orang, dan pengguna telefon bimbit seramai 19,464,000, lebih kurang 70.8 peratus pada tahun 2006. Berdasarkan statistik 2009 diketahui lebih kurang 30.4 juta (10.6 peratus) Rakyat Malaysia melanggan khidmat telefon bimbit. Alaxander Graham Bell merupakan insan yang bertanggungjawab mencipta alat telekomunikasi yang dinamakan sebagai telefon. Sejajar dengan dunia yang pesat berkembang ini, telefon kini lebih mobil dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Rekaannya juga semakin menarik perhatian ramai umumnya remaja yang sentiasa mengejar kelainan. Jika diperhalusi, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar ini mendatangkan impak yang pelbagai. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau dimanamana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan mesej pendek (SMS). Telefon bimbit juga semakin canggih hingga boleh melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G. Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat ramai pelajar yang mempunyai telefon bimbit termasuklah murid-murid sekolah rendah sehingga ianya menjadi satu trend atau budaya membawa telefon bimbit ke sekolah.

2.1 KONSEP PERMINTAAN Menurut Adiwarman A. Karim (2007), permintaan barang merupakan faktor harga dari komoditi pelbagai barang dan perkhidmatan yang akan menentukan beberapa jumlah komoditi yang bersangkutan diminta oleh konsumen. Sebaliknya menurut Wilson Bangun (2007), permintaan suatu barang pada tingkat harga tertentu. Pengguna dapat menentukan jumlah barang yang dibeli bergantung pada harga barang tersebut. Pada umumnya, semakin tinggi harga suatu barang, maka semakin sedikit jumlah permintaan keatas suatu barang tersebut. Sebaliknya, semakin rendah harga suatu barang, maka semakin banyak jumlah permintaan keatas barang

tersebut, apabila factor tidak berpengaruh (catteries paribus) . Hipotesis seperti itu disebut sebagai hukum permintaan. Dengan demikian, hukum permintaan (law of demand) adalah hukum yang menjelaskan hubungan antara harga dengan jumlah permintaan ke atas suatu barang (catteries paribus). Menurut Kerk Peck Hoon dalam buku Fundamental Economics edesi 2006 mendefinisikan konsep permintaan adalah merupakan kemampuan pengguna dalam membeli sesuatu barang dan perkhidmatan pada tingkat harga yang berbeza dan kuantiti yang berbeza. Namun dalam buku principal of economic Karunagaran Madhavan edesi 2007 mendefinisikan permintaan atau konsep permintaan sebagai keupayaan atau kesanggupan untuk membeli jumlah kuantiti sesuatu barang dan perkhidmatan mengikut harga pasaran. Secara rumusanya konsep permintaan adalah keupayaan sesorang pengguna dalam membeli sesuatu barang dan perkhidmatan berdasarkan nilai wang atau pendapatan yang dimiliki. Hal ini menjelaskan bahawa seorang pengguna hanya boleh atau mampu membeli dan memiliki suatu barang dan perkhidmatan apabila mereka mempunyai wang atau pendapatan. Sebagai seorang pelajar permintaan terhadap barang dan perkhidamatan adalah terhad kerana mereka tidak memiliki sumber pendapatan yang tetap. Oleh itu sekiranya mereka membeli dan memiliki barang seperti telefon bimbit, mereka akan mendapatkan wang daripada pihak-pihak tertentu terutamanya ibubapa mereka sendiri.

2.2 FAKTOR PENGARUH HARGA PASARAN Harga adalah sejumlah wang yang harus diberikan sesorang untuk memperoleh barang dan perkhidmatan (Abdullah. N.S, 1995:23), Warnandi (1998:10) mentakrifkan bahawa harga adalah nilai tukar barang atau perkhidmatan yang dinyatakan dalam bentuk wang. Manakalah menurut sastradipoera (2003:141) harga adalah hasil pertemuan dari tranksasi barang atau perkhidmatan yang di lakukan oleh permintaan dan penawaran dan penmawaran di pasar. Namun secara umumnya harga adalah merupakan jumlah sesuatu yang ditukarkan dalam barter atau penjualanm, untuk memperoleh sesuatu yang lainya. Bintari Anwar (1993:91) mendefinisikan bahawa harga adalah nilai satuan barang yang ditukar dengan wang atau jumlah

wang yang dibayar untuk memperoleh sesuatu barang atau perkhidmatan. barang barang.

Buchari Alma

(1992:36) harga adalah sasuatu nilai yang dicapai oleh penjual dan pembeli mengenai sasuatu

Harga dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran barang di pasaran. Menurut Samuelson (Makroekonomi :1981), harga merupakan faktor ditentukan oleh interaksi antara permintaan dan penawaran faktor produksi. Sebaliknya menurut Ricard Billas (1989:10&11), teori harga mempunyai 2 faktor iaitu permintaan dan penawaran. Harga merupakan suatu diantara banyak faktor penyaing dalam mikro ekonomi untuk mengetahui bagaimana harga menjadi faktor bersama permintaan dan penawaran dan untuk mengetahui harga memainkan peranan yang sangat penting. Menurut Alfred Marshall dalam bukunya Principle of Economic tahun 1980, menyatakan bahawa harga ditentukan oleh kedua-duanya berasama-samanya iaitu interaksi antara pengeluar dan pengguna atau istilah lain permintaan dan penawaran bersamasama atau dapat dikatakan bahawa kesimbangan output dari suatu komoditi adalah pada keseimbangan antara harga permintaan dan penawaran.

Berdasarkan definisi harga yang dikemukakan, jelaslah menunjukan harga sangat mempengaruhi permintaan sesuatu barang dan perkhidmatan. Oleh itu jelaslah faktor harga di pasaran sangat mempengaruhi permintaan individu. Dalam konsep ekonomi, hubungan harga dan permintaan adalah negatif, iaitu apabila harga barang di pasaran meningkat, permintaan ke atas barang tersebut semakin berkurangan dan sebalkiknya. Berdasarkan konsep ini, permintaan telefon bimbit adalah daripada kesan penurunan harga. Persaingan firma di pasaran sangat tinggi mengakibatkan lambakan barang-barang di pasaran. Maka kewujudan telefon bimbit di pasaran seakan tidak terkawal. Pelbagai model dan keluaran telah di hasilkan. Dari aspek ekonomi sekiranya firma mengeluarkan barang yang banyak di pasaran akan memberi kesan penurunan harga pasaran. Lambakan barang di pasaran boleh mengakibatkan perubahan harga. Kehendak

pengguna yang pelbagai ini memaksa firma bersaing untuk menghasilkn produk telefon bimbit yang murah dan berkualiti. Kesanya harga telefon bimbit semakin rendah sehingga pelanggan mampu membeli telefon bimbit serendah rm100 sahaja. Oleh itu peningkatan permintaan telefon bimbit semakin ketara, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah . fenomena ini mengakibatkan wujud gejala atau budaya baru dalam kalangan pelajar sekolah. Mereka membawa telefon bimbit ke sekolah bukan hanya untuk perhubungan tetapi untuk bergaya semasa berada di sekolah. Kesanya mengakibatkan pelbagai masalah kepada pihak sekolah yang akan menganggu aktiviti pembelajaran di sekolah. Teori harga pasaran jelas menyatakan tentang kesanya terhadap permintaan barang. Oleh itu sesuatu permintaan itu adalah bergantung dengan kuasa beli pengguna. Sebagai seorang pelajar, mungkin mereka tidak memiliki sumber pendapatan yang lumayan. Mereka hanya mendapatkan duit perbelanjaan dari ibubapa. Duit perbelanjaan tersebut mereka tabung sehingga mereka mampu untuk membeli dan memiliki telefon bimbit. Harga yang murah memudahkan pelajar membeli telefon bimbit. Maka dengan itu faktor harga sangat penting dalam mempengaruhi permintaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar.

2.3 FAKTOR FUNGSI TELEFON BIMBIT

Kajian salah sebuah projek m-pembelajaran mendapati bahawa telefon bimbit memainkan peranan yang penting dalam kehidupan pelajar sebagai alat untuk berkomunikasi dan telah berjaya menarik minat golongan muda. Stead (2004) menyatakan bahawa ramai yang telah tersalah anggap dan beranggapan proses pembelajaran menggunakan telefon bimbit adalah sama dengan menggunakan komputer peribadi (hanya kerana saiz yang lebih kecil pada telefon bimbit), tetapi penemuan projek m-pembelajaran menunjukkan bahawa model pembelajaran yang berbeza diperlukan. Batasan teknologi di institusi pengajian dan kekurangan kawalan terhadap waktu, jangka masa serta kaedah penggunaan m-pembelajaran menjadi faktor penyebab model m-pembelajaran yang bersesuaian diperlukan.
7

Menurut Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Fatimah Abdullah beliau berkata, walaupun telefon bimbit memudahkan ibu bapa berkomunikasi dengan pelajar tetapi ia juga akan memberi kesan secara langsung kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran di sekolah (http://www.utusan.com.my). Melalui karya Nabil Johari, penggunaan telefon bimbit memudahkan remaja untuk menghubungi keluarga di mana sahaja mereka berada. Di samping itu, ia juga boleh merapatkan hubungan silaturahim dengan keluarga dan rakan-rakan sama ada jauh atau dekat. Misalnya, melalui telefon bimbit 3G membenarkan mereka berbual sambil melihat wajah pemanggil dan ini boleh mengubat perasaan rindu (http://www.rubiyah.net).

Penjelasan dalam kajian yang telah dilakukan dan perbincangan dalam media massa menjelaskan bahawa telefon bimbit merupakan satu keperluan baru untuk alat perhubungan. Sebagai seorang pelajar mereka memerlukan telefon bimbit untuk perhubungan terutamanya bagi pelajar sekolah yang tinggal di asramah yakni berjauhan daripada ahli keluarga. Walaubagaimanapun terdapat segelintir pelajar yang menggunakan telefon bimbit kea rah negative seperti melawati laman lucah atau menangkap gambar-gambar yang tidak bermoral. Oleh itu meskipun fungsi telefon bimbit mempengaruhi permintaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar, namun penggunaanya seakan tidak terkawal sehingga mendatangkan pelbagai impak negative.

Faktor fungsi telefon bimbit bukanlah faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan permintaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar. Hal ini terbukti apabila didapati
8

pelajar-pelajar sekolah menggunakan telefon bimbit untuk tujuan yang tidak bermoral. Penggunaanya sangat bercanggah dengan fungsi sebenar telefon bimbit. Maka dengan itu jelaslah bahawa faktor ini merupakan faktor sampingan sahaja.

2.4 FAKTOR MINAT PELAJAR MEMILIKI TELEFON BIMBIT

Dalam kajian Hazimah Abdul Hamid, (2005: 7), perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) merupakan perkhidmatan yang menjadi kegilaan remaja masa kini. Bukan sahaja kerana kosnya murah iaitu kebiasannya dalam 5 sen hingga 20 sen untuk satu perSMS. Melalui SMS ia merupakan satu cara yang terbaik untuk berkomunikasi bagi remaja zaman sekarang. Daripada kajian menunjukkan bahawa kebanyakan ibu bapa tidak tahu bahawa anak mereka membawa telefon bimbit ke kawasan sekolah.

Sebaliknya Berdasarkan kepada hasil kajian melalui penyelidikan yang disiarkan dalam akhbar The Independent menunjukkan penggunaan telefon bimbit paling membimbangkan bagi kanak-kanak dan remaja, yang kebanyakannya menggunakan telefon pada lewat malam di
9

mana mereka memerlukan tidur yang mencukupi dalam kajian tersebut. Oleh itu, kegagalan mendapat tidur yang mencukupi boleh membawa kepada perubahan mood dan personaliti, kemurungan, ex_html). kurang tumpuan dan persembahan akademik yang teruk (http://www.bharian.com.my:80/Current_news/BH/Monday/Dunia/20080120215934/Article/ind

Amalan membaca telah disedari kepentingannya oleh semua golongan sama ada ibu bapa, pendidik, pentadbir dan masyarakat amnya. Membaca ialah suatu aktiviti yang boleh membangunkan intelektual, membentuk pemikiran yang kreatif dan dinamis serta dapat melahirkan masyarakat yang progresif (Shabibah Shaufit Affandi, 1999: 1). Hal ini turut jelas apabila 60% remaja lebih gemar berbalas-balas SMS berbanding membaca buku. Ini menunjukkan gambaran bahawa telefon bimbit memberikan banyak pengaruh dalam kehidupan mereka (Alex Wong, Berita Harian : 15 Februari 2003: 8).

Namun demikian, menurut Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Ismail Nihat, terdapat pandangan mengatakan bahawa pelajar lebih suka menghabiskan masa dengan permainan dalam telefon bimbit serta melanggar disiplin seperti mengambil gambar tidak sopan (Azran Jaffar, Berita Minggu: 22 Januari 2006).

Ini menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar sekolah memiliki telefon bimbit sendiri. Namun, aspek pengiklanan juga adalah faktor-faktor yang menarik minat remaja menggunakan telefon bimbit. Pengiklanan merupakan suatu aspek yang penting kerana ia merupakan panduan kepada pengguna untuk mengetahui keluaran sesuatu produk atau perkhidmatan di pasaran (Suzana Mohamed, 1999: 2).

10

Jika diteliti, hakikat sebenar minat pelajar terhadap telefon bimbit sangat tinggi. Mereka berminat menggunakan telefon bimbit kerana SMS iaitu pesanan ringkas. Disamping itu mereka berminat dengan game dan gambar-gambar yang mereka upload sendiri. Faktor minat ini telah menyumbang kepada peningkatan permintaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar. Sikap mereka yang ingin mengetahui dan mengenali sesuatu yang baru telah membuka minat mereka untuk memiliki telefon bimbit. Kepelbagaian reka bentuk, warna dan model telefon bimbit telah menarik minat mereka untuk membeli dan memiliki telefon bimbit. Oleh itu jelaslah faktor minat juga turut mengakibatkan peningkatan permintaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah.

2.5 FAKTOR IBUBAPA MEMBELIKAN TELEFON BIMBIT PELAJAR

Terdapat remaja yang sanggup tidak berbelanja wang saku yang diberikan oleh ibubapa hanya semata mata mahu berjimat untuk membeli prabayar (prepaid) telefon masingmasing. Ini memberikan gambaran awal betapa terpengaruhnya telefon bimbit dalam dunia hari ini terutamanya dalam kalangan remaja yang bergaya memiliki telefon bimbit yang canggih dan terkini (Syakira Abdullah, 2003: 18).

Menurut Zalina Yahaya, seorang wartawan utusan kebanyakan ibu bapa mampu untuk membelikan telefon bimbit kepada anak anak dengan alasan untuk mengawasi dan demi keselamatan anak-anak di sekolah (http://www.utusan.com.my). Sebaliknya, pernyataan ini

11

seakan bercanggah dalam Utusan Malaysia, 20 Mei 2001, menurut pandangan Syed Hussein AlAtas, kalau pembelian telefon bimbit lebih diutamakan, tandanya mereka tidak serius untuk belajar. Ertinya mereka akan memikirkan untuk mencapai kelulusan sekadar lulus sahaja (http://www.utusan.com.my).

Namun demikian menurut Samat Buang, (2006: 8), semua orang dapat memiliki telefon bimbit kerana ia murah dan harganya berpatutan. Menurut Bekas ketua Pengarah pendidikan , Tan Sri Abdul Rahman Arshad pula percaya penggunaan telefon bimbit juga akan menimbulkan jurang pemisah antara pelajar miskin dan kaya hingga mencetus suasana yang tidak harmoni (Utusan Malaysia Online: 14 Jan 2006). oleh yang demikian, memadai dengan telefon bimbit yang sederhana tetapi boleh mendekatkan silaturahim dengan keluarga berbanding telefon mahal tetapi hilang keberkatan (Syakira Abdullah, 2003: 18).

Gejala penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar bukan sahaja didorong oelh minat mereka sendiri, malahan ibubapa turut member sokongan dan galakan. Ibubapa memberi alasan untuk kemudahan perhubungan sekiranya perlu. Bagi ibubapa, anak-anak mereka perlu memiliki telefon bimbit agar mereka boleh menghubungi mereka pada waktu-waktu tertentu. Sesetengah pelajar terutamanya mereka yang bakal menduduki peperiksaan seperti PMR, SPM dan STPM akan berada di sekolah sehingga waktu petang. Oleh itu ibubapa berpendapat mereka perlu membekalkan anak-anak mereka dengan telefon bimbit untuk memaklumkan tentang kelas tambahan. Hal ini memudahkan bagi ibubapa mengatur masa untuk mengambil anak-anak mereka di sekolah. Mereka tidak perlu ke sekolah untuk menjemput anak-anak mereka pada waktu tengah hari, sekiranya terlibat dengan kelas tambahan.

Faktor ibubapa menggalakan dan membelikan telefon bimbit untuk anak-anak mereka merupakan faktor yang mendorong peningkataan permintaan telefon bimbit dalam kalangan
12

pelajar sekolah. Hal ini akan menyebabkan pelajar-pelajar lain ingin turut memiliki telefon bimbit. Kesannya permintaan telefon bimbit semakin meningkat dari masa ke semasa.

2.6 FAKTOR PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PENGARUHI PELAJAR

Menurut Mohd Zaidi Aziz (2002), dalam era globalisasi dan pasca modenisme ini, perkembangan teknologi memerlukan setiap individu yang ingin maju dan ke hadapan supaya menguasai maklumat dan ilmu pengetahuan teknologi. Sikap cintakan ilmu, budaya berbincang dan semangat membaca perlu dipupuk di kalangan kepimpinan belia supaya maklumat yang diperolehi memberikan keupayaan kepada mereka untuk memupuk thinking capacity atau kemampuan berfikir dengan tepat. Di negara ini, pelajar sekolah merupakan innovator, penerima dan pengadaptasi awal teknologi. Bilangan pelajar yang berkomunikasi secara on-line atau SMS melebihi golongan yang lain. Ramai di kalangan pelajar masa kini sudah menggunakan telefon bimbit bukan sahaja untuk aktiviti sosial, malah sebilangannya memanfaatkan teknologi seperti telefon bimbit untuk kepentingan ekonomi dan politik.
13

Perkembangan teknologi mengakibatkan perubahan fikiran dalam kalangan pelajar. Sebagai pelajar mereka perlu untuk mengikuti perkembangan teknologi. Maka penemuan dan ciptaan telefon yang canggih mendorong mereka untuk memiliki dan menggunakan telefon bimbit. Pendapat pelajar, sekiranya mereka tidak mengetahui mnenggunakan telefon bimbit akan menyebabkan mereka ketingalan dan menjadi bahan ejekan rakan-rakan yang lain. Selain sikap ingin tahu pelajar, pencapaian teknologi dalam menghasilkan produk telefon bimbit yang semakin banyak menyebabkan setiap kawasan dalam negara ini menjual telefon bimbit. Lambakan telefon bimbit di pasaran mempengaruhi pelajar untuk membeli dan memiliki telefon bimbit.

KESIMPULAN

Berdasarkan konsep ekonomi, faktor harga adalah merupakan faktor yang sangat mempengaruhi permintaan individu. Jika dibandingkan mengenai harga telefon bimbit di pasaran pada masa kini dan masa lepas sangat berbeza. Perubahan harga ini telah memberi kesan kepada permintaan pengguna. Dari aspek barang elastic atau barang anjal, dapat dilihat bahawa peratus perubahan harga lebih rendah daripada peratus perubahan kuantiti yang diminta. Fenomena ini menunjukkan sekiranya harga barang berubah sedikit, kuantiti barang yang diminta adalah banyak. Oleh itu, pendekatan ini boleh diaplikasikan dengan konsep harga telefon bimbit. Jika harga telefon bimbit meningkat permintaan individu akan berkurangan dalam nilai yang banyak dan sebaliknya. Sebagai seorang pelajar, mereka akan melihat harga telefon sebelum membeli atau memilikinya. Kemampuan mereka untuk membeli telefon adalah terhad disebabkan memiliki sumber pendapatan yang tidak tetap.

14

Walaupuan terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi permintaan telefon bimbit, namun pengaruh harga adalah faktor utama yang mendorong kepada peningkatan dalam permintaan. Faktor faktor lain hanyalah kesan sampingan. Hal ini dapat dijelaskan berdasarkan perbezaan yang ketara dalam hubungkait konsep permintaan dan kunatiti barang.

RUJUKAN

Ainal Akmar Haji Ahmad (2004). Penggunaan Telefon Bimbit Sebagai Saluran Komunikasi Di KalanganMahasiswa. Universiti Malaya: Tesis dan Disertasi. Alex Wong (2003, 15 Februari). SMS Cinta Popular di kalagan Remaja. Berita Harian. Halaman 8. Azman Che Man (2006, 23 Jan). Larangan guna telefon bimbit diyakini beri kesan positif . Utusan Malaysia Online. Azlina Azmi (2005). Industri Telekomunikasi Dan Tertumbuhan Ekonomi Malaysia . Universiti Malaya: Tesis dan Disertasi .

15

Azran Jaffar dan Nasron Sira Rahim (2006, 22 Jan), Telefon Bimbit Lebih Memudaratkan Pelajar. Berita Minggu Online. Chong, Pui San, (1999). Analisis tahap kesetian dan kepuasan pengguna terhadap tiga jenama telefon mudah-alih di Taman Ungku Tun Aminah, Johor . Universiti Teknologi Malaysia: Kertas projek (Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi). Faizah Faiz (2007). Teknologi Telefon Bmbit Bergerak Sepantas Kilat . DEWAN SISWA. Halaman: 36- 37. Farisharman Haji Fauzi (1995). Faktor-Faktor Pemilihan Antara Telefon Mudah Alih dan Keluli Kajian kes: Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.

16

Anda mungkin juga menyukai