Anda di halaman 1dari 6

Izwan Penguasaan fungsi dalam keadilan ini dan tugasan kognitif dalam sebab telah disebut dengan jelas

dalam Kimiya. Manusia diberikan pelbagai pecahan dalam keadilan yang mempunyai kuasa untuk membuat nafsu di bawah kawalan kita.Makhluk yang paling rendah martabatnya adalah makhluk yang dikawal oleh nafsu mereka sendiri.Keadilan sebagai satu penguasaaan atau kuasa kadang-kadang disebut oleh Ghazali sebagai baith al- din manakala keinginan dan kemarahan atau perasaan telah diklasifikasikan sebagai baith al-hawa.Kedua-duanya ini adalah bercanggahan antara satu sama lain di dalam setiap manusia dewasa.Ia boleh dilemahkan dengan latihan diri sendiri.Aristotle tidak merumuskan penguasaan dalam keadilan mempunyai kaitan dengan konsep semulajadi dalam keinginan jiwa.Tidak seperti Ghazali,Aristotle percaya bahawa walaupun berbeza daripada jiwa yang rasional,tetapi ia ada sifat dalaman yang mendorong lebih terbuka,kerananya tidak perlu untuk menganggap manamana fakulti yang memaksa untuk mematuhi sebabnya.Muqadimah penguasaan dalam keadilan adalah penting,ia membawa teorinya tentang punca kebaikan atau tanggungjawab moral.Mengenai tanggungjawab moral,al-Ghazali menyatakan bahawa penguasaaan keadilan tidak wujud dalam kanak-kanak dan orang gila,mereka tidak mengetahui antara baik dan buruk dan tidak boleh mengawal nafsunya,maka mereka adalah tidak mampu menahan diri daripada kejahatan.Kanak-kanak tidak mempunyai tanggungjawab kepada Tuhan kerana bimbingannya tidak lagi mampu memberitahu dia apa bahaya di kehidupan selepas ini.Namun,ia mampu untuk memberitahu mereka bahaya dalam kehidupan ini,itulah sebabnya mereka malu untuk membuat salah,maka mereka ini adalah dalam tangungjawab wali. Selain 4 fakulti ini,al-Ghazali juga menambah satu lagi yang lebih tinggi dari sebab dan yang berlaku adalah pengalaman langsung(dhawq).Apa yang dibimbangi adalah masalah non sensual pada dunia dan akhirat dan terutama pada urusan Ilahi.Hal ini mempunyai kaitan dengan masalah etika.Dengannya,manusia dapat merasai perkara itu.Adalah benar ianya tidak termasuk dalam 4 fakulti itu.Hal ini kerana 4 fakulti itu adalah asasnya sahaja dan sekiranya kita dapat menguasainya,maka kita akan mendapat kebahagian yang sebenar. KONSEP KEBAHAGIAAN (The Concept Of Happiness)

Konsep kebahagiaan menurut al-Ghazali terbahagi kepada dua aspek, iaitu aspek negatif dan positif . Aspek negatif merangkumi sesuatu yang bukan kebahagiaan dan perbincangannya dimulakan dahulu kerana ia merupakan asas untuk mengenal aspek positif dan disitulah terletaknya sifat kebahagiaan yang sebenar.

Imam al-Ghazali menentang pendapat umum mengenai hedonistik yang mengatakan tujuan kehidupan manusia adalah hanya untuk bersuka ria dan bergembira di dunia ini. Dia mengatakan pandangan itu salah atas dua sebab : a) Kesenangan di alam dunia ini hanyalah bertahan untuk jangka masa yang terhad iaitu sehingga manusia mati. Sebagai contoh, hidup seratus tahun di dunia ini bersamaan 3 hari berbanding kehidupan di akhirat. Kebahagiaan yang sementara bukanlah tujuan kehidupan manusia.

b) Kesenangan di dunia ialah tidak asli dimana tiap-tiap bentuk kesenangan itu tidak sempurna dan terkandung di dalamnya keperitan. Sepertimana ia telah menjadi sesuatu yang berulang pada masa silam, maka ia akan terus berulang sehingga hari kiamat. Oleh itu, kesenangan tidak boleh dijadikan matlamat dalam kehidupan.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna yang semua jenis kebahagiaan adalah terkutuk dalam pandangan imam al-Ghazali, sebaliknya beliau memberi contoh seperti nikmat ilmu pengetahuan, mendekatkan diri kepada Allah (muraqabah) adalah bentuk kebahagiaan yang hakiki, beliau juga bersetuju dangan kenikmatan dalam perkahwinan yang sah dan keperluan makanan, pakaian, dan tempat teduh yang mencukupi adalah termasuk di dalam kebahagiaan. Apa yang beliau tolak adalah menjadikan kebahagiaan di dunia sematamata sebagai tujuan hidup.

al-Ghazali juga menentang lima pandangan lain, dimana tiap-tiap pandangan menjadikan kehidupan di dunia sebagai tujuan kehidupan. 1) Pandangan pertama ialah pandangan petani dan tukang yang kurang pengetahuan agama, dimana mereka percaya bahawa tujuan manusia hidup di dalam dunia ini hanyalah sekejap sahaja. Jadi mereka perlu bekerja kuat untuk mendapatkan makanan, supaya mereka mendapat kekuatan untuk bekerja lagi, dan inilah rutin seharian mereka sehingga mereka mati.

2) Pandangan kedua ialah kebahagiaan merujuk kepada kenikmatan dan kepuasan dalam makanan dan seks, semakin keperluan-keperluan ini dipuaskan maka semakin hebatlah kebahagiaan yang dimiliki. Pandangan ini adalah salah disisi imam alghazali kerana ia merendahkan kedudukan manusia kepada kedudukan binatang atau lebih rendah, ini kerana binatang juga suka makan dan suka melakukan hubungan seks lebih daripada manusia.

3) Pandangan ketiga ialah seperti kata sesetengah manusia bahawa dengan memiliki kemewahan dan kesihatan, dimana semakin sihat sesorang maka dia akan menjadi semakin bahagia.

4) Pendapat keempat ialah seperti kepercayaan sebahagian manusia bahawa kebahagiaan ialah dengan dikenali ramai (popular), dimana ia diukur berdasarkan pakaian yang bagus dan kenderaan yang mewah ataupun dengan menghiasi dinding-dinding rumah mereka.

5) Pendapat kelima ialah bahawa kebahagiaan adalah untuk mendapatkan kehormatan dan pengaruh, maka usaha perlu dilakukan unutk mendapatkan kuasa politik dimana ia merupakan satu alat yang berkuasa untuk mendapatkan kehormatan dan pengaruh.

Di dalam menolak pandangan-pandangan ini imam al-Ghazali mungkin telah dipengaruhi oleh pandangan al-Farabi dalam sesetengah peringkat. Tetapi pengaruh Aristotel lebih nyata dan jelas. Aristotel menolak kekayaan, kemasyhuran dan lain-lain sebagai konsep dalam kebahagiaan bahkan melebalkannya sebagai perkara yang bukan diinginkan. alGhazali juga berpendapat sedemikian tetapi berbeza sedikit di mana manusia hendaklah mendapatkannya tetapi cukup sekadar keperluan.

Sementara pandangan-pandangan di atas menunjukkan kebahagiaan dianggap sesuatu yang dapat dikecapi di dalam hidup, pada satu sudut yang lain pula ada dua pandangan yang berpegang bahawa kebahagiaan hanya dapat di peroleh dalam kehidupan selepas ini

(kematian). Walaupun al-Ghazali melihat kebahagiaan dari sudut kerohanian tetapi beliau menolak pandangan-pandangan ini kerana ia salah. Salah satu pandangan ini ialah bahawa dunia ini adalah tempat penderitaan dan bersusah payah sedangkan kehidupan selepas mati adalah tempat tinggal yang bahagia untuk semua orang samada mereka bersedia untuknya atau tidak. Maka perkara betul yang harus dilakukan oleh manusia ialah membunuh diri mereka sendiri untuk melepaskan diri daripada penderitaan dan kesusahan di dalam dunia ini. Pandangan ini menurut al-Ghazali berasal daripada penganut india yang memusnahkan diri mereka sendiri dengan api. Pandangan ini ditolak al-Ghazali kerana ia bertentangan dengan apa yang telah diajarkan oleh syariah bahawa tanpa usaha yang releven, kebahagiaan adalah sesuatu yang sukar dicapai, lebih-lebih lagi memusnahkan diri sendiri merupakan kubur dosa yang memenjarakan manusia daripada kebahagiaan. Dari sudut lain, adalah tidak memadai bagi sesorang dengan hanya membunuh dirinya sendiri kerana ia terpaksa menyingkirkan sifat kemanusiaan di dalam dirinya.

Pandangan yang lain pula ialah dengan membuang keinginan(nafsu) dan sifat marah dan seseorang itu mestilah meletakkan perasaan malu yang kuat di dalam dirinya. Al-Ghazali menyatakan akbiat daripada pandangan ini sesetengah manusia mati, sementara sebahagian yang lain pula gila atau jatuh sakit, maka dengan sebab itu ibadah menjadi mustahil. Pandangan ini juga salah menurut al-Ghazali kerana membuang segala nafsu dan dan sifat marah adalah sesuatu yang tidak perlu.

Disamping pandangan-pandangan tentang kebahagiaan yang telah dinyatakan diatas, al-Ghazali menyatakan bahawa terdapat pandangan-pandangan lain dimana jumlah keseluruhannya melebihi tujuh puluh pandangan tetapi hanya satu sahaja yang benar. Dan pandangan yang benar inilah yang telah membentuk aspek positif di dalam teori kebahagiaannya.

Pandangan yang benar itu menyatakan bahawa tujuan hidup manusia adalah untuk mendapatkan kebahagiaan rohani (kebahagiaan ukhrawi), yang boleh diperoleh sekiranya persediaan yang patut dilakukan dalam hidup ini, iaitu dengan mengawal sifat kemanusiaan dan bukan dengan cara membuang kesemuanya. Disana terdapat beberapa amalan duniawi

yang membawa sama maksud dengan kebahagiaan rohani (kehidupan akhirat). al-Ghazali menyatakan bahawa semua ini boleh dikatakan sebagai syarat-syarat kebahagiaan yang merupakan kiasan. Perbuatan manusia akan dipertimbangkan sebagai kebaikan sekiranya ia menyumbang kepada kebahagiaan dalam kehidupan selepas ini (akhirat).

Konsep Kebahagiaan Al-Ghazali membahagikan konsep kebahagiaan kepada 2 iaitu negative dan positif.Bahagian negative adalah yang menghilangkan apa yang tidak bahagia.Ia akan membawa kepada bahagian yang positif iaitu kebahagiaan semulajadi.Pada permulaanya ia akan menyerang pandangan hedonistic yang mana tujuan hidupnya adalah untuk menikmati kesenangan dan kebahagian di dunia.terdapat 2 sebab apabila berada dalam pandangan hedonistic ini.Pertama,kesenangan dalam dunia ini ada masa yang terhad,contohnya dengan kematian.Keduanya,kesenangan di dunia ini adalah kotor.Menigut pandangan alGhazali,tidak semua kesenangan itu adalah kotor.Dia menghargai kesenangan terhadap ilmu dan sebahagian lagi.Apa yang tidak diteriam oleh al-Ghazali ialah kesenangan di dunia yang fizikal dan intelektual sebagai tujuan hidup. Al-Ghazali turut menolak 5 pandangan yang mana setiap darinya itu meletakkan keduniaan sebagai tujuan hidup.Pandangan pertama ialah pada mereka yang tidak kuat pegangan agamanya.Golongan ini percaya bahawa tujuan hidup adalah di dunia sematamata,jadi mereka bekerja keras untuk mencari makanan supaya mereka boleh bekerja lagi dan ianya berterusan sehinggalah mereka mati.Pandangan kedua ialah beranggapan bahawa makanan dan seks sebagai satu kebahagian abadi.Semakin banyak kedua-duanya ini,maka semakin bahagia sesorang itu.pandangan ini adalah salah kerana ia menjatuhkan martabat manusia kepada lebih rendah daripada binatang yang mana binatang itu adalah lebih baik daripada manusia.Pandangan ketiga ialah,tujuan hidup bergantung kepada kekayaan,Semakin kaya seseoarang itu,maka semakin bahagia dia.Pandangan lain pula mengatakan bahawa kemegahan dan kemahsyuran adalah kebahagian dalam hidup.ia boleh dilihat dengan pakaian yang baik,dan rumah yang hebat.Pandangan lain pula menyatakan bahawa kebahagian bergantung kepada penghormatan dan pengaruh.jadi perlu kepada usaha untuk melahirkan kuasa politik untuk meningkatkan pengaruh dan penghormatan kepadanya.Untuk mencanggah pendapat ini,al-Ghazali dipengaruhi al-farabi dalam sesetengah perkara,tapo Aristotle adalah lebih berpengaruh.Aristotle membuang harta,pengaruh, dan yang lainnya itu sebagai kebahagiaan tetapi menganggapnya sebagai bantuan untuk mencapai kebahagiaan.Al-Ghazali memegang pandangan yang sama tetapi berbeza sedikit yang menyatakan bahawa ia adalah bantuan yang bersyarat yang mana bermaksud ia boleh digunakan sekadar yang perlu sahaja. Pada pandangan di atas,kebahagian dianggap sesuatu yang diperolehi di dalam dunia ini.Ada dua pandangan yang mengatakan ia adalah sesuatu yang diperolehi hanya di

akhirat.Al-Ghazali telah menolak 2 pandangan ini.Satu diantara pandangan itu adalah dunia ini adalah tempat penderitaan dan kerja keras,manakala akhirat ialah temat tinggal yang bahagia untuk semua sama ada dia tidak menyiapakan dirinya dalam kehidupan ini dengan cara membunuh diri untuk melepaskan diri daripada penderitaan di dunia.Pandangan ini ditolak oleh al-Ghazali kerana ia berlawanan dengan ajaran Syariat Islam.Pandangan lain ialah tidak cukup seseorang itu dengan membunuh dirinya malah dia perlu pada permulaannya menghapuskan sifat basyariyyah.

Anda mungkin juga menyukai