Anda di halaman 1dari 13

1.

Definisi Nilai Murni

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:

"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia" (Wan Mohd. Zahid, 1988)

Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh pelajar dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya diberi penekanan ialah melalui Laporan Kabinet (Laporan Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian Pendidikan beliau membuat penyataan mengenai FPN & KBSM yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani.

Dalam sesebuah masyarakat, nilai murni amat perlu diterapkan bagi mewujudkan suasana yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Usaha penerapan nilai murni ini perlu dilakukan pada peringkat awal proses sosialisasi, iaitu semasa individu itu berada pada peringkat persekolahan, selain penerapan nilai yang diterapkan oleh ibu bapa di rumah. Penerapan nilai mendefinisikan nilai sebagai peraturan perlakuan standard yang menjadi pegangan ahli masyarakat, ditentukan oleh masyarakat mengikut budaya masyarakat tersebut (Supeka et,al., 1976). Tujuan penerapan nilai adalah untuk mempengaruhi diri individu dengan nilai tertentu yang berbentuk universal dan mutlak, yang difikirkan baik dan sesuai. Dalam usaha merealisasikan pendidikan bertaraf dunia seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, bahawa dalam bidang pendidikan di Malaysia telah diusahakan lonjakan berganda dari semua aspek bagi menentukan tahap pendidikan negara setaraf dengan sistem pendidikan yang terbaik di dunia. Pada tahun 1974 , Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dan laporannya diterbitkan pada tahun 1979 untuk mengkaji segala aspek pelaksanaan pendidikan khasnya kurikulum pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Di samping meneliti kemampuan sistem pendidikan dalam melahirkan rakyat yang bersatu padu, terlatih dan berdisiplin, jawatankuasa ini prihatin terhadap masalah pendidikan akhlak. Hal ini terdapat dalam kenyataan pada halaman 227 para 452 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Dalam Falsafah Pendidikan Negara melalui KBSM, diharapkan generasi muda yang dididik mempunyai asas yang Dalam bidang pendidikan di Malaysia telah diusahakan lonjakan berganda dari semua aspek bagi menentukan tahap pendidikan negara setaraf dengan sistem pendidikan yang terbaik di dunia. kukuh nilai murninya. Falsafah tersebut menggambarkan bahawa matlamat dan hasrat pendidikan negara tidak akan terlaksana tanpa asas, membina dan memperkembangkan pendidikan atas landasan nilai luhur dan murni. Falsafah ini direalisasikan dalam KBSM yang digubal dan

dilaksanakan pada tahun 1988 bertujuan untuk memberikan penekanan pada pembangunan potensi individu secara menyeluruh. pendidikan nilai sangat penting sebagai sebahagian daripada kandungan kurikulum sekolah, dalam proses pendidikan seseorang individu. Menurut Sugarman (1973) dan Lerner (1976), manusia memang dijadikan penerima nilai, pemilih nilai, pengamal nilai, pembentuk nilai pewaris dan penerus nilai serta pengawal nilai. Berdasarkan penegasan tersebut, Ellis, Cagan dan Howay (1991) membuat beberapa saranan berhubung dengan pendidikan nilai tersebut, seperti yang berikut: i. Pendidikan nilai amat perlu di sekolah. ii. Guru merupakan agen pemindahan nilai kepada pelajar. iii. Pengajaran nilai sewajarnya menjadi fokus utama dalam pendidikan. iv. Pegangan nilai secara umum harus didasarkan kepercayaan masyarakat.

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memperakui 16 nilai-nilai murni:-

1. Baik Hati : Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk orang lain. Ini meliputi:

Aspek belas kasihan Bertimbang rasa Murah hati Saling faham memahami Sedia memaafkan Kita mesti bersikap belas kasihan terhadap kesusahan orang lain. Kita mesti bertimbang rasa terhadap kesusahan orang lain. Kita mesti bermurah hati memberi bantuan kepada orang lain. Kita mesti saling faham-memahami antara satu dengan yang lain. Kita sanggup meminta dan memberi maaf kepada orang lain.

2. Berdikari : Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Berdikari dalam konteks ini membawa pengertian: Kita mesti berdikari dan sanggup melakukan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Bertanggungjawab Berupaya bertindak sendiri

Jaya diri dan yakin pada diri sendiri.

3. Hemah Tinggi: Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain. Ciri-ciri berhemah tinggi adalah: Kita mesti bergaul mesra dengan semua orang. Kita mesti berbudi bahasa dalam pergaulan. Kita mesti mengakui kesalahan diri serta sanggup berubah. Kesopanan Mengakui kesalahan Ramah mesra 4. Hormat Menghormati: Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan. Ini merangkumi: Hormat dan taat kepada ibubapa Hormat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin Hormat kepada raja dan negara Patuh kepada undang-undang Hormat kepada hak asasi Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan Hormat kepada keperibadian individu.

5. Kasih Sayang:

Perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan. Rasa ini lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsur kepentingan diri: Kita mesti bersikap sayangkan diri sendiri / orang lain. Kita mesti bangga dan taat setia kepada negara. Sayang kepada nyawa Sayang kepada alam sekeliling Cinta kepada negara Cinta kepada keamanan dan keharmonian

6. Keadilan: Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

Kita mesti bersikap adil membuat sesuatu perkara.

7. Kebebasan: Kebebasan yang dimaksudkan ini, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara. Contohnya ialah: Kebebasan di sisi undang-undang Kebebasan dalam sistem demokrasi.

8. Keberanian: Kesanggunpan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Keberanian itu perlu ada pada setiap orang. Tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu mengakibatkan bencana. Nilai ini merangkumi:

Berani dengan tidak membuta tuli Berani kerana benar Berani mempertahankan pendirian Berani bertanggungjawab.

9. Kebersihan fizikal dan mental: Kebersihan fizikal ialah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental pula merangkumi pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Antaranya ialah: Kebersihan diri Kebersihan persekitaran Pertuturan dan kelakuan yang bersopan Pemikiran yang sihat dan membina Kita mesti sentiasa menjaga kesihatan diri dengan makan makanan berkhasiat

10. Kejujuran: Sikap dan perlakuan yang menunjukan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Kita perlu bersikap jujur melakukan sesuatu dengan tidak bercakap bohong. 11. Kerajinan: Usaha berteruan yang penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara.

Kita perlu rajin membaca untuk lulus dengan cemerlang.

12. Kerjasama:

Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong royang, ketoleranan dan perpaduan.

Kita perlu kerjasama dan bertolak ansur antara satu dengan yang lain. Kita perlu sentiasa bekerjasama melakukan sesuatu kerja.

13. Kesedaran: Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Ini termasuklah: Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain. Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku. Kesyukuran Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi seperti berterima kasih,, mengenang budi dan penghargaan. 14. Rasional : Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya, tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Umpamanya seperti boleh membuat pertimbangan, boleh membuat penakulan dan berfikiran logik dan terbuka.

15. Semangat Bermasyarakat :

Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat.

CONTOH

LANGKAH-LANGKAH

PENYERAPAN

NILAI

MURNI

DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH (PnP). Contoh Soalan dan jawapan: Latihan 1: Baca arahan dan soalan dengan teliti.

Tulis beberapa nilai murni/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Apabila balik dari sekolah, Liza mengeluarkan buku-buku barunya dari beg. Kakaknya berkata, Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu. Liza menjawab, Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku -buku ini.

Liza merupakan anak yang suka menolong ibu dan ahli keluarganya yang lain. Liza selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya mencuci kereta.

Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri.

Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya.

Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.

LANGKAH 2: Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang menunjukkan amalan baik, nilai murni , faedah atau pengajaran.

Apabila balik dari sekolah, Liza mengeluarkan buku-buku (kerajinan) barunya dari beg. Kakaknya berkata, Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu. Liza menjawab, Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.(berdikari)

Liza merupakan anak yang suka menolong ibu (tolong-menolong) dan ahli keluarganya yang lain. Liza selalu menolong ibunya mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah. mencuci pinggan juga membantu

Liza

ayahnya (tolong-menolong) mencuci kereta.

Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas fizikal dan dan bersih. Dia sentiasa menjaga diikat kemas, kebersihan kukunya

diri.(kebersihan

mental) Rambutnya

dipotong (berdisiplin) dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya.

Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah(bekerjasama) dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.

LANGKAH 3: Tulis semula nilai murni / amalan baik dengan memberi contoh ayat yang terdapat di dalam petikan

- Liza mengeluarkan buku-buku barunya dari beg (kerajinan) - Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini (berdikari) - Suka menolong ibu. membantu ayahnya mencuci kereta (tolongmenolong) - Menjaga kebersihan diri (kebersihan fizikal) - Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong (berdisiplin) - Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah (bekerjasama)

LANGKAH 4:

Tulis semula maklumat yang disusun dalam bentuk perenggan Liza seorang budak yang baik. Sikapnya yang rajin menolong ahli keluarganya patut kita contohi. Dia juga sentiasa berdikari kerana tidak mengharapkan bantuan daripada orang lain, malah dia sendiri yang melakukannya. Banyak kerja rumah yang telah dilakukannya tanpa suruhan sesiapa. Dia juga tidak suka pada keadaan yang kotor dan tidak teratur. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Dia mengemas bilik tidurnya dengan rapi apabila bangun dari tidur. Rambutnya diikat kemas dan kukunya yang dipotong rapi

menunjukkan dia seorang yang berdisiplin. Pada hari minggu, Liza dan keluarganya bekerjasama membersihkan rumah. sentiasa bersih dan ceria membuatkan Rumah mereka yang

jiran-jirannya menyukai mereka

sekeluarga.

PENUTUP Tanggungjawab untuk menyediakan generasi yang seimbang dan harmonis dari segi JERI bagi melaksanakan hasrat FPN bukanlah satu yang mudah. Penggubalan KBSM adalah harapan untuk melahirkan insan yang soleh dan berakhlak mulia.

Tugas guru dalam menerapkan nilai murni tidak semestinya bergantung 100% kepada kandungan kurikulum yang ditentukan tetapi perlulan juga berdasarkan inisiatif mereka sendiri. Guru sebagai "role model" perlulah menunjukkan dan menainkan peranan dalam menerapkan nilai murni baik dari segi perbuatan, perlakuan mahupun tuturkatanya. Guru harus cekap dalam menyampaikan isi pelajaran disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam penyampaiannya.

Begitu juga dalam memilih kaedah dan waktu hendaklah bersesuaian.

Kesemua nilai yang disenaraikan merupakan asas atau jambatan kepada pelajar yang masih dibangku sekolah dalam membentuk perwatakan dan displin diri yang tinggi dan mulia. FPN digubal berpandukan kepada konsep berteraskan Allah SWT. Ia menampakkan sifat yang bersepadu, menyeluruh dan seimbang iaitu kesepaduan di antara ilmu, iman dan amal; kesepaduan di antara akal, jasad dan roh; kesepaduan di antara teori dan amali, di antara kemahiran dan akhlak; di antara rupa dan jiwa; di antara pembangunan keduniaan dan akhirat; dan di antara manusia, alam dan Allah, yang mana kesemuanya bermatlamatkan pemikiran insan soleh . Insan yang baik akan membentuk keluarga yang baik, seterusnya masyarakat serta bangsa yang baik.

Tindakan kerajaan menukarkan kurikulum lama kepada kurikulum baru iaitu pendidikan bersepadu (KBSM) adalah satu langkah yan bijak dan tepat. Ini menunjukkan kerajaan ada campurtangan dan turut memberi penekanan kepada bukan sahaja ilmu yang bersifat kerohanian dan keduniaan tetapi juga ilmu moral yang lebih bersifat kejasmanian dan keakhiratan. Pendidikan akan sentiasa terus berlangsung, tiada limitasinya. Matlamat akhir pendidikan bersepadu adalah merupakan integrasi tanggungjawab membentuk insan yang baik dan seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek selaras dengan kehendak FPN.

Anda mungkin juga menyukai