Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU NAMA : SHAMSYUL IZWAN BIN ROSLI 2 PISMP RBT (A) AMBILAN JANUARI

2011

Bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia Nya serta dengan izinNya saya telah berjaya menamatkan salah satu komponen wajib yang mesti dilalui semasa kursus perguruan ini iaitu menjalani program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2 pada 24 dan 29 Julai 2011 yang lalu. Peserta program Bina Insan Guru Fasa 2 ini terdiri daripada kumpulan PISMP RBT(A) semester 2 iaitu dengan kekuatan seramai 21 orang peserta dan turut serta menghadiri bersama-sama kami dalam program ini ialah pensyarah pengiring bersama mentor serta ketua jabatan.

Di dalam program BIG ini, saya telah dilantik untuk menjadi Ketua Biro Keselamatan dan Tempat. Pada perjumpaan kali pertama, setiap ketua dan penolong ketua biro dikehendaki mencari beberapa orang rakan peserta untuk menjadi Ahli Jawatan Kuasa. Oleh itu, Rafiuddin Bin Rosly telah dilantik menjadi pembantu. Saya telah berbincang dengan pembantu saya tentang tugas-tugas yang perlu kami laksanakan sebelum, semasa dan selepas program itu berlangsung.

Pada peringkat awal perjumpaan sebelum program BIG berlangsung, saya serta pembantu hanya perlu memastikan setiap Biro yang terlibat dengan program ini memberikan kerjasama dalam memberikan maklumat tentang segala butiran aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini. Tugas sebagai Biro Keselamatan dan Tempat merupakan tugas yang agak sukar. Ini kerana kami perlu mencari tempat yang sesuai bertepatan dengan tugasan yang diberikan. Pelbagai cabaran dan banyak perbelanjaan yang telah digunakan bagi mencari tempat tersebut. Tetapi Alhamdulillah berkat pertolongan dan kerjasama yang tidak putus-putus daripada rakan-rakan peserta program yang lain, kerja-kerja persiapan tempat berjalan dengan baik. Seterusnya, sebagai ahli dan juga peserta program BIG Siri Fasa 2 ini, pelbagai pengalaman yang dapat saya kutip dan segala cabaran yang dilalui juga

berjaya saya harungi dalam usaha mencapai matlamat Bina Insan Guru. Program BIG ini memerlukan saya untuk menjadi seorang yang lebih berkomited terhadap tugas dan aktif dalam menjalani sebarang aktiviti. Bukan itu sahaja, program ini juga lengkap dalam pembinaan konsep JERIS iaitu J untuk Jasmani di mana saya perlu lasak dalam setiap tindak tanduk kerja. Untuk E iaitu Emosi dimana saya perlu belajar untuk mengawal emosi

supaya lebih tampak tenang serta tidak kalut tetapi tegas dalam melaksanakan tugas. Di sini saya banyak belajar untuk menyeimbangkan emosi kerana ianya sangat penting dalam membentuk diri sebagai seorang guru yang disenangi ramai. Bagi R iaitu Rohani adalah satu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan sebagai seorang Muslim. Biro kerohanian juga berperanan untuk mengetuai bacaan doa setiap kali sebelum memulakan keberkatan daripada aktiviti untuk memohon keselamatan adalah I iaitu Intelek. dan Intelek

Nya. Dan yang terakhir

memainkan peranan yang sangat penting dan ia juga ada kaitan dengan emosi di mana kedua-duanya perlu seimbang. Akhir sekali, S merupakan singkatan kepada sosial dimana elemen sosial ini banyak digunakan bagi pasukan biro tempat dan keselamatan ini. Kesimpulan yang saya dapat bagi elemen sosial ini adalah saya dapat mengenali masyarakat di Negeri Perlis ini dengan lebih rapat dan dapat berbual-bual secara lebih intim lagi. Ini dapat dibuktikan apabila pada permulaan pencarian tempat disekitar Negeri Perlis ini, saya telah menziarahi banyak kawasan seperti kampung-kampung, rumah-rumah anak yatim, kawasan-kawasan masjid dan agensi-agensi kerajaan. Dalam melaksanakan program ini, saya perlu peka pada setiap perkara yang berhubung dengan tugas dan aktiviti yang dijalankan.

Melaluinya, saya dapat membuat kesimpulan bahawa seorang cikgu bukan sahaja berperanan untuk mengajar di dalam bilik darjah semata namun, banyak lagi bidang tugas lain yang dipertanggungjawabkan ke atas guru dalam sesebuah organisasi. Dengan itu, tekanan mental mungkin akan tidak stabil bagi sesiapa yang tidak bijak untuk menguruskan emosi. Jadi, melalui pengalaman ini, saya dapat serba sedikit mempelajari bagaimana untuk lebih bijak menguruskan emosi seterusnya menjana intelek yang cemerlang. Pengalaman bersama penghuni Rumah Hembusan Kasih, Arau telah

memberikan banyak pengalaman yang berguna kepada saya jika menjadi guru kelak. Saya telah belajar bagaimana untuk berhadapan dengan pelbagai ragam

manusia serta cara untuk berinteraksi dengan masyarakat. Apa yang boleh dikaitkan melalui sesi ini adalah, persediaan saya sebagai bakal guru. Saya perlu menimba ilmu dan mencari pengalaman serba sedikit mengenai cara terbaik untuk mengawal emosi walaupun berhadapan pelbagai masalah. Contohnya semasa di rumah Hembusan Kasih tersebut, saya ditugaskan untuk bergotong-royong serta beramah mesra kepada anak-anak yatim yang masih kecil yang dahagakan kasih ibu bapa. Ternyata tugas itu bukanlah mudah kerana ia memerlukan tahap kesabaran serta emosi yang kuat untuk melaksanakan tugas tersebut dengan baik. Kesimpulannya, saya akui bahawa program Bina Insan Guru ini banyak memberi pengalaman baharu serta pembelajaran kendiri yang saya rasakan sukar untuk dikutip semasa pembelajaran di dalam kelas. Akhir sekali, ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah dan mentor yang terlibat sepanjang program BIG ini dijalankan.Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua rakan peserta yang bertungkus lumus tanpa mengira masa, wang dan tenaga dalam menjayakan program ini.Tanpa bimbingan serta dorongan daripada mereka semua, saya tidak pasti sama ada saya dapat menyempurnakan program ini dengan baik ataupun tidak.

Anda mungkin juga menyukai