Anda di halaman 1dari 4

WAHAI MANUSIA,SIAPAKAH KAMU

Oleh Asy Syahid Al Imam Hassan Al Banna


Terjemahan: Mimbar Jumuah.

Terjemahannya:
“ Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (dengan berbuat durhaka)
terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang telah menciptakan kamu dan
menyempurnakan kejadian kamu dan menjadikan (susunan tubuh) kamu seimbang
dalam bentuk apa sahaja yang dikehendaki. Dialah yang menyusun tubuhmu. “
(Surah Al Infitar ayat 6 – 8)

1. Adapun orang-orang yang beriman mengatakan:-

Kamu adalah merupakan satu penciptaan Allah s.w.t, suatu tiupan suci dari sisi Allah
s.w.t. Allah s.w.t menjadikan kamu dengan kekuasaanNya. Ditiup Nya ke dalam diri
kamu dengan roh dari sisiNya. Dimuliakan kamu dari seluruh makhluk Nya yang lain.
Seluruh malaikat telah sujud kepadamu. Allah s.w.t telah mengajar kepadamu segala
sesuatu. Diletakkan di bahu kamu amanah, lantas kamu pikul. Dilimpahkan ke atas
kamu nikmat-nikmat dari sisiNya baik yang zahir maupun batin. Dijadikan untuk
kamu seluruh isi langit dan bumi. Dimuliakan kamu dengan setinggi-tinggi
kemuliaan. Diciptakan kamu dengan sebaik-baik penciptaan. Dipersiapkan kamu
dengan sesempurna persiapan. Diberikan kepadamu pendengaran, pengelihatan dan
hati. Dijelaskan kepadamu dengan dua jalan (buruk dan baik) dan ditunjukkan kamu
dua persimpangan. Dipermudahkan kepada kamu dalam membuat pilihan terhadap
jalan-jalan tersebut. Dengan izinNya dan penciptaanNya, kamu dapat terapung di air
dan terbang di udara bahkan dapat memecahkan atom-atom. Dengan fikiran dan
kemampuan kamu, kamu dapat melampaui lapisan-lapisan awan dan langit (serta
bumi).

Lantaran itu adakah lagi penciptaan dan kejadian yang lebih mulia, lebih suci dan
lebih agung dari penciptaan Rabbani ini?.

1
Seterusnya hidup kamu yang singkat di dunia ini tidak akan berhenti setakat itu
sahaja, kamu akan dihidupkan dan dibangkitkan kembali. Kamu akan dihimpunkan
semula, kamu akan menempuh hidup baru dengan penuh kemuliaan di dalam satu
negeri yang penuh dengan kenikmatan dan kebaikan, dengan syarat kamu mengerti
rahsia kamu dijadikan dan seterusnya pula kamu beramal dengan penuh keikhlasan
semata-mata kerana Allah s.w.t, Al Ma’bud, Al Khaliq. Firman Allah s.w.t:-

Terjemahannya:
“ Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk pengabdian kepadaKu. Aku
tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki
supaya mereka memberi Aku makan “ (Surah Az Dzariyat ayat 56 – 57)

Kematian yang dibimbangi dan ditakuti itu tidak lain melainkan hanyalah satu
perpindahan daripada hidup di dunia ini kepada kehidupan yang satu lagi. Firman
Allah s.w.t:-

Terjemahannya: “ Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan
mainan belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan jika mereka
mengetahui.“(Al Ankabuut: 64)

Jasad kamu tidak lain adalah seolah-olah satu sangkar dan jiwa kamu terkurung di
dalamnya. Seolah-olah dalam satu pakaian terhadap jiwa kamu, sehingga sampai
kepada satu ketika dimana kamu menemui kematian. Semoga Allah s.w.t merahmati
orang-orang yang Arif yang berkata:-
Akulah burung dan inilah sangkarku (jasadku)
Bila ku terbang darinya, tinggallah ia terkatung-katung,
Pakaian adalah masa,

2
Kini ku merindui peluang
Dapat ku bertemu Allah dengan sebenarnya
Jangan kau kira maut itu adalah kesudahan,
Bahkah hanya dari sini (dunia) ke sana (akhirat)

2. Sebaliknya orang-orang Materialis dan suka membantah akan berkata:

Kamu wahai manusia, hanyalah satu genggaman tanah, berasal dari setitik mani
yang terperangkap di dalam rahim. Dengan masa, lama kelamaan kamu akan luput
dan fana. Tidak ada apa-apa lagi selepas itu. Siapakah yang dapat menghidupkan
tulang belulang yang telah hancur luluh. Demikianlah kata orang yang terdahulu dari
mereka. Firman Allah s.w.t:-

Terjemahannya:
“ Dan mereka berkata : Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja,
kita mati dan kita hidup tiada yang dapat membinasakan kita melainkan masa dan
mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain
hanyalah menduga-duga sahaja . “(Surah Al Jathiyah ayat 24)

Orang-orang yang terkemudian dari mereka pula berkata ‘ Diri kamu hanyalah
adunan unsur-unsur bumi dan kehidupan kamu adalah peredaran sistem-sistem
fisiologi semata-mata. Segala sentimen, perasaan dan kewujudan, juga fikiran dan
kudrat, bahkan keazaman dan kemahuan hanyalah kesan dari adunan unsur-unsur
bumi dan natijah dari percampuran tanah dan air. Kehidupan itu hanyalah pusiangan
hari-hari tertentu yang dapat kamu mengambil kesempatan untuk kamu berseronok-
seronok dan berfoya-foya. Sesungguhnya dunia ini adalah makan dan minum dan

W
tidur. Bila ini semua luput maka selamat tinggallah dunia.

ahai saudara, itulah permasalahan hidup yang sebenarnya jika kamu

perhatikan dengan betul-betul. Jika kamu renungkan dengan betul-


betul, kamu tidak akan tergolong ke dalam golongan orang-orang yang lalai dan leka
dengan kewujudan mereka, yang tidak mengambil berat terhadap kewajipan

3
insaniyah mereka. Kamu akan menjadi orang-orang yang sedar terhadap matlamat
hidup kamu dan jalan mana yang kamu harus tempuhi.

Seperkara yang inginku nasihatkan kamu:-


Ambilah peluang untuk bersendirian seketika di waktu malam atau siang.
Pergunakanlah ia untuk merenung dengan sedalam-dalamnya terhadap kehidupan
individu & jamaah. Apabila kamu telah mencapai hakikat pandangan yang pertama
tadi, iaitu pandangan orang-orang yang beriman, kamu akan dapat menyedari
dimanakah kamu yang sebenarnya. Sesungguhnya kamu akan dapat meningkatkan
dirimu kepada matalamat sebenarnya, seterusnya kamu menuju Allah s.w.t Yang
Maha Agung. Kamu akan mensucikan dirimu dengan mengingatiNya, mentaatiNya,
muraqabah kepadaNya dan sentiasa takutkanNya.Sesiapa yang mengenali dirinya
nescaya ia akan mengenali Tuhannya, Janganlah kamu merasa anih jika terdapat
orang yang memilih pandangan kedua, pandangan orang-orang yang sesat, kerana
di sana ada dua jalan iaitu Jalan Fitnah atau jalan Hidayah.Firman Allah s.w.t:
Terjemahannya:

Maka

tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami


selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan
kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras disebabkan mereka selalu
berbuat fasiq. Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang dilarang
mereka dari mengerjakannya, Kami katakan kepadanya : Jadilah kamu kera yang
hina “
(Surah Al ‘Araaf ayat 165 – 166)
Semoga Allah s.w.t menunjukkan kepada kita sebaik-baik jalan dan petunjuk yang
lurus.
Wallah hu a’lam M27kul/msword/
ver 6.0

Anda mungkin juga menyukai