Anda di halaman 1dari 2

HUKUM IBADAT UMRAH

IBADAH UMRAH Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting. Definisi Umrah. Definisi Umrah mengikut syara' ialah mengunjungi Kaabah untuk melakukan ibadat ibadat tertentu iaitu Tawaf, Sa'I, bertahallul dan sebagainya. Hukum Ibadat Umrah Mengikut pendapat yang terkuat dalam Mazhab Hanafi dan salah satu pendapat yang diakui dalam Mazhab Maliki, Ibadah Umrah adalah sunat mua'akkadah yang mana ia adalah sunat yang digalakkan. Dan pendapat jumhur ulama mengatakan Umrah itu wajib

dilakukan seumur hidup sekali dan jika diulangi menjadi sunat dan memperolehi pahala yang banyak apatah lagi ditunaikan pada bulan Ramadhan yang mana menyamai pahala Ibadat Haji. Syarat wajib haji dan umrah: (a) Islam tidak wajib ke atas orang kafir. (b) Berakal tidak wajib ke atas orang gila. (c) Baligh tidak wajib ke atas kanak-kanak. (d) Merdeka tidak wajib ke atas hamba sahaya. (e) Berkemampuan tidak wajib ke atas orang yang tidak ada upaya dan tiada kuasa. Istitaah @ berkemampuan: (a) terjamin keselamatan diri, nyawa, dan harta semasa dalam perjalanan. (b) mempunyai kenderaan yang selamat dan sesuai untuk pergi dan balik. (c) mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk pergi dan balik serta ahli keluarga yang ditinggalkan. (d) ada kesempatan untuk mengerjakan haji. (e) bagi wanita (yang sudah berkaliwin) hendaklah ditemani oleh dua orang muhrim atau kumpulan wanita yang boleh dipercayai serta mendapat izin danpada suaminya Rahsia dan kelebihan Ibadah Umrah

Sebagaimana ibadah haji, umrah di wajibkan ke atas manusia sekali dalam seumur hidup, dengan ketentuan adanya istitha'ah (kesanggupan), kecuali penduduk Makkah sebab mereka hanya di wajibkan menunaikan haji, sedangkan umrah tidak. Di antara kelebihan dan hikmah ibadah umrah ialah:1. 2. 3. Suatu ibadah umrah hingga sampai ke umrah lainnya adalah pelebur dosa di antara keduanya. Melakukan umrah di bulan Ramadhan menyamai ibadah haji. Menghilangkan kefakiran dan dosa. Diriwayatkan oleh hadis sahih bawasa 1 dirham yang dibelanjakan untuk tujuan kebajikan dan kebaikan akan digandakan sebanyak 700 dirham. 4. Barangsiapa keluar untuk menunaikan haji dan umrah lalu meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka baginya diberikan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat dan tidak diadili dan tidak pula dihisab melainkan dikatakan kepadanya "masuklah ke dalam syurga" 5. 6. Menjadi tetamu Allah, tetamu Allah ada tiga golongan; orang yang berhaji,berumrah dan berperang. Pahala dan ganjaran dilipatgandakan, mengabulkan apa yang mereka doakan

PENGERTIAN UMRAH DAN HUKUMNYA Pada bahasa : Ziarah. Pada istilah : Menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan ibadat tertentu mengikut syarat-syarat tertentu. HUKUM MENGERJAKAN UMRAH Hukum mengerjakan umrah adalah seperti hukum mengerjakan haji sebagaimana Firman Allah Taala : Maksudnya : Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah (Surah Al-Baqarah : 196)

Anda mungkin juga menyukai