Topic 3

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 3

KPF3012 - Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Dasar Dan Falsafah

Topic 3

Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan

Saya setuju dengan pendapat cikgu. Kurikulum standard ini telah memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka, menguji hipotesis dan idea-idea mereka serta menyelesaikan masalah kerana guru perlu menjalankan aktiviti P&P yang berpusatkan pelajar dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.

Ia dapat melahirkan modal insan yang seimbang yang boleh menangani cabaran semasa dan masa depan. Walau bagaimanapun, kurikulum standard ini pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu ada kemahiran asas untuk kehidupan seharian seperti penguasaan kemahiran asas (membaca, menulis dan mengira), kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif, kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental), percaya kepada tuhan, berakhlak mulia, amalan nilai murni, jati diri dan semangat patriotism.

Pada pendapat saya, Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan diikuti dengan kurikulum sekolah menengah diperkenalkan melihat keperluan bagi membuat perubahan untuk menghadapi cabaran abad ke21 dapat membangunkan modal insan bertaraf dunia. Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan akan melebihkan penumpuan kepada usaha meningkatkan pendidikan awal kanak-kanak. KSSR akan menjadi lebih menyeluruh dan kurang berorientasikan peperiksaan bagi murid-murid. Kurikulum baru ini adalah berdasarkan kepada enam bidang utama iaitu komunikasi, sikap spiritual dan nilai, fizikal dan perkembangan peribadi, kemanusiaan, literasi sains dan teknologi supaya melahirkan individual yang menyeluruh. Tumpuan bagi kurikulum standard ini adalah pada penguasaan literasi, numerasi dan kemahiran penaakulan. Selain itu, kurikulum standard ini menekan kepada elemen merentas kurikulum seperti kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi. Ini semua merupakan ciri-ciri yang ada pada modal insan yang bertaraf dunia. Sistem pendidikan negara akan terus menekankan penerapan nilai dan etika yang merupakan asas penting kepada pencapaian Wawasan 2020. Untuk memupuk kreativiti dan inovasi pelajar ke arah melengkapkan mereka dengan kemahiran dan keupayaan terkini yang diperlukan oleh negara berpendapatan tinggi, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah akan dipergiatkan
Memang benar huraian cikgu. Kurikulum Standard ini lebih menumpukan kepada ciri-ciri mencapai modal insan yang bertaraf dunia dan bukan hanya berorientasikan peperiksaan. Sebenarnya pencapaian pelajar dalam akademik bukan hanya dinilai dalam satu peperiksaan sahaja. Contohnya, murid yang mendapat keputusan UPSR yang lemah tidak semestinya tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar di sekolah. Sebaliknya, murid yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR juga tidak semestinya dapat menguasai kesemua kemahiran yang diajar. Ada murid yang cemerlang dalam akademik tetapi tidak juga cemerlang dalam tingkah laku dan kesopanannya. Oleh itu,diharapkan KSSR ini dapat menilai pencapaian murid secara menyeluruh.

Saya setuju dengan pandangan cikgu. Kurikulum standard merupakan transformasi penting kerana melibatkan kurikulum, pendekatan pengajaran dan pembelajaran serta nilai-nilai. Bagi membangunkan modal insan bertaraf dunia, kurikulum standard merupakan inisiatif melahirkan warganegara Malaysia yang berpengetahuan dan kompeten, ada standard moral yang tinggi, bertanggungjawab, boleh mencapai peringkat tinggi peribadi kesejahteraan dan menyumbang kepada keharmonian serta kebaikan keluarga, masyarakat dan negara.
Kurukulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju sebagai rujukan. KSSR dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011 bermula dengan murid Tahun Satu. KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR dengan mempunyai penambahbaikan iaitu menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. Antara pembaharuan dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawaan, teknologi maklumat, dan komunikasi dalam p&p yang diajar secara eksplisit kepada murid. Fokus 3M iaitu membaca, menulis, dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M. Kemahiran

dalam penguasaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga merupakan elemen yang diberi penekanan supaya murid-murid dapat dilengkapkan dengan kemahiran generik. Kurikulum Standard lebih menekankan soal-soal pembentukan keperibadian mulia, mempunyai jati diri yang kukuh serta mempunyai ketahanan dan daya saingan yang tinggi agar modal insan yang dilahirkan lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.

Saya setuju dengan pandangan cikgu. Kurikulum standard baru ini yang berbentuk modular dapat memberi peluang kepada setiap pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri, memupuk sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang mampu menyerlahkan potensi mereka. Kurikulum ini juga akan menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran. Penerapan nilai dan etika di peringkat awal sangat penting untuk pembinaan sahsiah individu, jadi kurikulum standard ini akan menerapkan prinsip 1Malaysia untuk pendekatan pedagogi dalam penyampaian pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai