Anda di halaman 1dari 2

1.10 Organisasi Bab Bab ini adalah bab pertama di dalam kajian.

Di dalam bab 1 ini terdapat beberapa elemen yang dikupas bagi memberikan gambaran awal mengenai tekanan dan impaknya terhadap kesihatan. Ianya mengandungi pengenalan kepada masalah tekanan, penyataan masalah kajian, persoalan kajian, objektif kajian, hipotesis kajian, teori dan konsep,kajian literature,skop kajian serta kepentingan kajian. Bagi bab dua, ianya mengandungi kajian lepas (literarute review) mengenai faktorfaktor tekanan dalam kalangan pelajar iaitu bebanan tugas, peperiksaan dan ujian, kewangan dan juga kesunyian. Dalam bab dua juga, kajian lepas mengenai hubungan tekanan dengan kesihatan juga turut dimuatkan.Seterusnya di dalam bab yang kedua juga menerangkan mengenai metodologi kajian yang dijalankan. Ianya mengandungi perkara-perkara seperti rekabantuk kajian, populasi kajian, lokasi kajian, instrument kajian, kajian perintis, prosedur pengumpulan data dan juga analisa data. Seterusnya di dalam bab yang ketiga, pengkaji akan menganalisis objektif kajian yang pertama iaitu faktor-faktor tekanan yang membelenggu mahasiswa dan mahasiswi di universiti. Ianya dianalisis dengan menggunakan maklumat yang diperolehi daripada borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden. Data yang diperolehi akan dimuatkan di dalam jadual. Manakala di dalam bab yang keempat, pengkaji akan menganalisis objektif kajian yang kedua iaitu melihat hubungan tekanan dengan kesihatan mahasiswa dan mahasiswi. Ianya bagi membuktikan bahawa sama ada terdapat perkaitan atau tidak mengenai tekanan terhadap kesihatan mahasiswa dan mahasiswi. Seterusnya, data yang didapati daripada borang soal selidik akan dianalisa dan kemudian akan diolah ke dalam bentuk jadual yang

dirasakan sesuai oleh pengkaji. Pengkaji juga turut memuatkan kaedah untuk mahasiswa dan mahasiswi untuk mengurangkan tekanan yang mereka hadapi. Bab yang terakhir ialah bab lima yang mana ianya menginterpretasikan hasil kajian yang diperolehi. Hasil yang diperoleh akan dibandingkan dengan kajian-kajian lepas yang terdapat di dalam bab dua. Dapatan baru juga akan dibincangkan. Bab lima juga akan membincangkan limitasi kajian dan cadangan yang boleh digunakan untuk kajian masa depan.

Anda mungkin juga menyukai