Anda di halaman 1dari 6

Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Konstruktivisme Tajuk: Masa dan Waktu Bidang: Membaca dan Menulis Masa

Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: Menulis waktu dalam sistem 12 jam Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: ii Menulis waktu dalam jam dan minit Objektif pembelajaran: Murid memahami, membaca dan menulis waktu dalam jam dan minit Masa: 30 minit (1 waktu) FASA 1. Persediaan Orientasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada. Guru bersama pelajar menyanyikan lagu air pasang dalam Lirik lagu: Air pasang dalam, Surut pukul lima, Nyonya bangun pagi, Siram pokok bunga. Pokok bunga melur, Ditanam tepi kolam, Itik bertelur, Ayam mengeram. Minta murid menyebut waktu air surut Minta murid menyatakan alatan yang mereka gunakan untuk menentukan masa. 2. Imaginasi Paparkan kepada murid beberapa keping gambar jam digital. Minta murid menjelaskan cara menentukan waktu dengan menggunakan jam digital Apakah jenis jam yang ditunjukkan ? Bagaimana anda menentukan waktu dengan menggunakan jam digital? Bolehkah kamu menyanyikan lagu ini bersama guru? Di manakah kejadian air pasang surut berlaku? Pukul berapakah air surut ? Alatan apakah yang kamu gunakan untuk menentukan waktu? CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI

Penstrukturan idea

Meneroka

Paparkan kepada murid beberapa keping gambar jam analog. Meminta murid menyatakan lokasi jam analog yang pernah mereka lihat Di manakah anda pernah melihat jam ini? Apakah ciri-ciri yang terdapat pada jam analog?. Apakah fungsi jarum pendek dan jarum panjang pada muka jam? Bagaimanakah anda menggunakan nombor pada jam untuk menentukan waktu? Bolehkah kamu menggunakan sifir lima untuk menentukan nilai minit? Membimbing murid untuk menggunakan unit masa yang betul Apakah unit yang digunakan untuk menunjukkan waktu pagi? Apakah unit yang digunakan untuk menunjukkan waktu tengah hari, petang dan malam?

Menjelas

Meminta murid menyatakan ciri-ciri jam analog. Minta murid menerangkan fungsi bahagian jam dan cara menentukan waktu dengan menggunakan jam analog

Konstruk idea baru

3. Perkembangan Membahagi kumpulan pelajar secara berpasangan Penjelasan lanjut Mengedarkan kertas keras, kertas warna, gunting, paku tekan, gam dan gabus kepada setiap kumpulan. Pelajar akan membina model jam binaan. Aplikasi idea Meminta pelajar menunjukkan masa yang diberi pada model jam binaan (boleh dikaitkan dengan aktiviti yang Apakah masa yang diberi pada model jam binaan anda ? Anda dikehendaki membentuk kumpulan secara berpasangan

sesuai) a. 2:05 am b. 6:37 pm c. 1:50 pm d. 10:58 am Membimbing pelajar memperoleh jawapan yang betul 4. Tindakan Penilaian a. Pastikan kalau pada waktu pagi gunakan unit am Pastikan kalau pada waktu tengahari, petang dan malam gunakan unit pm Meminta pelajar menulis masa yang ditunjukkan pada model jam Apakah masa yang ditunjukkan pada model jam ?

b.

c.

d.

Membimbing pelajar menulis waktu dengan format yang betul Penyiasatan lanjutan Mengedarkan lembaran kerja Membuat penerangan semula dalam kumpulan kecil kepada murid yang kurang memahami. Kaji semua perubahan idea Bincangkan hasil kerja murid

5. Penutup

Membimbing pelajar menyatakan fungsi jarum jam dan minit Membimbing pelajar menyatakan sifir 5 boleh digunakan untuk menentukan minit. Membimbing pelajar mengingat kembali cara menulis waktu dengan betul Memberi hadiah kepada pelajar yang dapat menyatakan konsep dengan tepat dan pelajar yang membina model jam yang tercantik

Apakah fungsi jarum jam dan minit ? Apakah sifir yang boleh digunakan untuk menentukan nilai minit? Apakah unit masa yang digunakan untuk menunjukkan waktu pagi? Apakah unit masa yang digunakan untuk menunjukkan waktu tengah hari , petang dan malam ?

Pentaksiran Nilai dan Sikap

Berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan di lembaran Terapkan nilai sikap bekerjasama terutama sewaktu melakukan aktiviti.

Lembaran kerja

Nama:.. Tahun Tarikh:.

1. Tempatkan jarum jam dan minit pada Permukaan jam mengikut masa di bawah

2:10 pm

5:27 am

10:45 pm

6:56 am

2. Tuliskan waktu yang ditunjukkan.

am

am

pm

pm

Anda mungkin juga menyukai