Anda di halaman 1dari 22

Topik 9

Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah


Kod Kursus : RBT 3117

Pengajaran Mikro
Objektif pengajaran mikro

Pengajaran Mikro

Prinsipprinsip Kemahirankemahiran pengajaran mikro Kemahiran penyampaian pengajaran

34

9.1. Pengenalan Pengajaran Mikro


Pengajaran mikro ialah contoh pengajaran sebenar yang berfokus kepada komponen kemahiran mengajar dan satu cara latihan yang dapat digunakan untuk membina kemahiran mengajar di kalangan guru pelatih. Pengajaran mikro kebiasaannya memakan masa di antara lima hingga tiga puluh minit dan melibatkan empat hingga sepuluh orang pelajar. Satu situasi untuk mengajar diadakan tetapi perkara-perkara kompleks yang berlaku dalam bilik darjah dikurangkan. Perkara yang dikurangkan adalah seperti: Skop isi pelajaran (berfokus kepada kemahiran mengajar); Jumlah murid yang diajar (4 hingga 10 orang); dan Masa pengajaran (5 hingga 30 minit).

Latihan pengajaran tersebut akan diteliti dengan mendapatkan maklum balas. Maklum balas diperolehi daripada pemerhatian rakan, penyelia, pensyarah dan juga melalui rakaman video.

9.1.1. Objektif Pengajaran Mikro Antara objektif pengajaran mikro ialah untuk memberi peluang kepada guru pelatih: Menjalani latihan amali dalam situasi yang kurang menakutkan atau kurang menekankan; Menjalani latihan dalam situasi yang senang dikawal; Memerhati prestasi mereka sebagai guru dari rakaman yang dibuat;
35

Memerhati kelemahan-kelemahan diri sebagai guru dan seterusnya berusaha untuk mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut; dan Meningkatkan aras keyakinan diri supaya lebih bersedia menghadapi situasi sebenar.

9.1.2. Prinsip-Prinsip Pengajaran Mikro Antara prinsip pengajaran mikro adalah: Dijalankan dalam masa 10 hingga 15 minit; Satu kemahiran yang ditentukan oleh pensyarah untuk dicuba oleh pelatih; Rakaman dibuat untuk dilihat dan dinilai; Borang bimbingan digunakan untuk menilai; Seorang guru pelatih mengajar, rakan-rakan pelatih membuat pemerhatian dan menyemak borang bimbingan; Perbincangan dibuat antara guru pelatih yang mengajar dengan pensyarah. Kemudian, perbincangan terbuka kepada guru-guru pelatih lain; dan Persediaan untuk mengajar semula dibuat berdasarkan komen-komen

36

9.2. Kemahiran Pengajaran Mikro


Kemahiran pengajaran mikro terdiri daripada kemahiran merangsang, berkomunikasi atau interpersonal dan penyampaian pengajaran. Guru pelatih akan dilatih dan dibimbing bagi satu-satu kemahiran dalam sesi pengajaran mikro. Gabungan daripada kemahiran merangsang, komunikasi/interpersonal dan penguasaan penyampaian pengajaran akan menghasilkan pengajaran yang berkesan seterusnya dapat menyediakan guru kepada situasi sebenar di sekolah.

Rajah 1 menunjukkan ketiga-tiga komponen kemahiran dalam pengajaran mikro perlu digabungkan dalam pengajaran sebenar di sekolah

9.2.1. Merangsang

Beberapa kemahiran perlu anda kuasai untuk merangsang minat murid semasa P&P berlangsung. Kemahiran-kemahiran seperti set induksi, teknik penyoalan, peneguhan, penggunaan alat bantu mengajar serta interaksi guru dan murid mampu merangsang minat murid. Cuba anda imbas kembali pengalaman anda sebagai seorang guru. Bukan sahaja murid anda berasa seronok belajar malah anda juga akan berasa puas jika sesi P&P anda mampu merangsang murid-murid. Bahagian ini akan menerangkan tentang kemahiran set induksi, kemahiran penyoalan dan variasi rangsangan. Beberapa kemahiran lain yang juga boleh merangsang pelajar seperti penggunaan ABM dan interaksi guru dan
37

pelajar akan diterangkan dalam komponen lain kerana kemahiran-kemahiran tersebut lebih menjurus kepada komponen tersebut. Berikut ialah kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk merangsang murid.

(a) Kemahiran Set Induksi

Kemahiran ini merujuk kepada cara guru memulakan pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menimbulkan minat untuk menggerakkan murid-murid supaya sedia belajar dan berfikir tentang apa yang hendak disampaikan oleh guru. Set induksi perlu menepati prinsip berikut: (i) Mampu menarik minat, berkaitan pengalaman, kebolehan dan umur murid; (ii) Berhubungkait dengan isi dan objektif pelajaran; dan (iii) Berkaitan dengan pengetahuan sedia ada.

38

Set induksi mempunyai objektif-objektif tersendiri, iaitu: (i) Mendapat perhatian murid-murid; (ii) Memotivasikan murid-murid; dan (iii) Merangsang minat murid-murid untuk mempelajari topik berkenaan.

Set induksi yang baik mampu memberi kesan ke atas pengajaran dan pembelajaran dalam:

(i) memotivasikan murid untuk meneruskan pembelajaran; (ii) menggalakkan murid-murid memberi tumpuan terhadap pelajaran; (iii) menggalakkan murid-murid berusaha ke arah jangkaan prestasi yang ditetapkan oleh guru; (iv) menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna; dan (v) merangsang naluri ingin tahu pelajar.

Komponen-komponen utama dalam set induksi ialah menarik perhatian, mewujudkan motivasi, menstruktur dan membuat perkaitan.

39

Menarik Perhatian Guru boleh menarik perhatian dengan menggunakan bahasa badan, gesture tangan dan corak interaksi yang berubah-ubah serta menarik bagi menimbulkan minat serta tumpuan murid-murid.

Mewujudkan Motivasi Guru boleh memotivasikan murid dengan mewujudkan unsur-unsur ketegangan, menunjukkan sesuatu yang menghairankan, mengadakan aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid.

Menstruktur Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara menjalankan tugas itu.

Membuat Perkaitan Guru cuba membuat perkaitan di antara pelajaran yang akan disampaikan dengan pengetahuan sedia ada murid. Guru boleh menekankan pada perbandingan, perbezaan atau persamaan.

40

(b) Kemahiran Menyoal Kemahiran menyoal merupakan satu kemahiran yang amat kompleks. Sebagai seorang guru yang berkesan anda boleh membangkitkan minat murid melalui soalan-soalan yang mampu merangsang dan mencabar pemikiran murid. Berikut ialah prinsip-prinsip dan panduan penyoalan:

Soalan hendaklah sesuai dengan umur dan kebolehan murid. Rancang jenis-jenis soalan yang akan dikemukakan. Soalan dikemukakan terlebih dahulu sebelum menyebut nama murid. Ini akan mendorong setiap murid memikirkan jawapan untuk soalan yang diberikan.

Taburkan soalan keseluruh kelas, bukan sahaja kepada pelajar yang mengangkat tangan. Elakkan soalan yang membayangkan jawapan. Soalan seperti,

Selepas menggunakan peralatan di makmal Kemahiran Hidup kita hendaklah menyusunnya semula, betulkah Izwan?

Murid tidak dipaksa untuk menjawab. Pastikan perkataan yang digunakan dalam soalan mudah difahami. Bentuk soalan hendaklah diubah dari semasa ke semasa. Susun soalan-soalan supaya pemikiran logis dapat diwujudkan. Semasa mengemukakan soalan, pastikan suara adalah terang dengan intonasi yang sedap didengar. Elakkan daripada menyoal mengikut susunan kedudukan murid untuk menarik perhatian murid sepanjang masa. Elakkan menyoal ketika murid sedang membuat latihan atau membuat projek.

41

Berikut ialah bagaimana anda patut memberi maklum balas terhadap jawapan yang diberikan oleh murid:

(i) Jika anda menerima jawapan yang betul daripada pelajar, pujian, senyuman dan anggukan hendaklah diberikan. (ii) Elakkan daripada mengulangi jawapan murid. Jika anda rasa penegasan perlu diberikan kepada jawapan tersebut, minta murid lain mengulangi jawapan itu. Ini dapat merangsang murid lain memikirkan jawapan yang lebih baik. (iii) Anda perlu menambah maklumat-maklumat kepada jawapan yang kurang lengkap.

Jika murid tidak dapat menjawab, anda perlu membantu mereka dengan mengubah bentuk soalan dan memberikan bayangan atau clue. Jika murid tersebut masih tidak dapat menjawab, murid lain diminta membantunya. Jawapan yang betul perlu diulangi oleh murid yang pertama. Jika jawapan murid adalah separuh betul, anda perlu membetulkannya supaya menjadi jawapan yang lengkap.

42

Jawapan yang diberikan secara beramai-ramai adalah tidak digalakkan.

Jika anda dapati murid lain tidak memberi perhatian kepada murid yang sedang menjawab, anda patut meminta murid tersebut mengulangi jawapan yang telah diberikan. Amalan ini akan mendorong murid-murid supaya sentiasa memberi perhatian.

Elakkan daripada mentertawa murid yang memberi jawapan yang salah. Murid-murid yang mentertawakan jawapan yang salah tadi perlu diminta berhenti daripada tertawa.

Bil

Komponen Penerangan

Komponen Penerangan

Pembentukan soalan

Guru berusaha membentuk soalan yang ringkas, tepat, jelas dan mudah difahami oleh murid-murid. Fokus soalan boleh menumpu kepada satu idea. Contoh: Apakah bahan-bahan yang terdapat dalam peti pertolongan cemas? Fokus soalan boleh menumpu kepada dua idea. Contoh: Apakah bahan-bahan yang terdapat dalam peti pertolongan cemas dan apakah kegunaannya?
43

Fokus

Alih hala soalan

4 5

Sebaran Hentian

Setelah guru mendapat jawapan daripada seorang murid, guru perlu mengalih hala soalan yang sama kepada seluruh kelas. Guru menyebarkan soalan kepada seluruh kelas. Setelah mengemukakan soalan, guru akan berhenti seketika untuk memberi peluang kepada muridmurid memikirkan jawapannya. Setelah beberapa ketika barulah guru meminta murid menjawab dengan menyebut nama atau meminta murid mengangkat tangan untuk menjawab. Setiap jawapan hendaklah dilayan dengan baik. Jika jawapan pelajar betul, guru hendaklah memberi peneguhan. Jika jawapan pelajar kurang tepat, guru perlu cuba perbaiki. Jika jawapan pelajar salah, guru perlu memotivasikan pelajar kerana berani mencuba sambil guru memberi penjelasan jawapan yang betul. Jika didapati murid-murid langsung tidak dapat memberi jawapan, guru boleh membantu pelajar dengan memberi clues. Guru terus menyoal murid-murid sehingga jawapan yang lebih baik diperolehi.

Melayani jawapan murid

Membantu dengan memberi petunjuk

Mencungkil

Komponen-komponen Kemahiran Penyoalan


44

(c) Aras Penyoalan

Guru perlu mengubah aras penyoalan mengikut keperluan sukatan pelajaran dan aras kognitif murid-murid. Guru perlu menyediakan soalan daripada aras rendah ke aras tinggi untuk membantu murid-murid memperolehi, mengatur, menggunakan, menilai dan membentuk idea-idea baru. Aras penyoalan adalah berdasarkan Taksonomi Bloom

Contoh-contoh Aras Soalan


45

(d) Kemahiran Variasi Rangsangan

Guru yang berkesan akan berusaha mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan mewujud dan mengekalkan minat murid. Kemahiran variasi rangsangan merangkumi semua aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam usahanya mempelbagaikan teknik pengajaran. Berikut beberapa prinsip sebagai panduan untuk anda menggunakan variasi rangsangan. Anda hendaklah:

Memahami dengan jelas tujuan perubahan dalam aktiviti yang akan digunakan. Perubahan tersebut hendaklah memenuhi kehendak objektif pelajaran; dan

Mengubah rangsangan yang digunakan mengikut maklum balas yang diperolehi daripada murid.

Objektif Penggunaan Variasi Rangsangan ke atas Pengajaran dan Pembelajaran Variasi rangsangan digunakan untuk: Menimbulkan minat dan mengekalkan perhatian murid. Melibatkan murid-murid dalam pelbagai pengalaman. Mewujudkan peluang untuk murid-murid menggunakan pelbagai deria. Menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan.

46

Komponen-komponen Variasi Rangsangan

9.2.2. Kemahiran Komunikasi atau Interpersonal


Guru perlu memahirkan diri dengan kemahiran komunikasi dan Interpersonal. Kemahiran ini sangat penting dalam proses P&P. (a) Kemahiran Menerang Penerangan merupakan satu proses memberi kefahaman kepada orang lain. Maklumat yang disampaikan oleh guru dapat difahami oleh muridmurid. Objektif menerang ialah untuk membolehkan murid: Memahami satu-satu konsep atau isu. Menghuraikan sesuatu proses atau prosedur.
47

Menaakul sebab-sebab terjadinya satu-satu peristiwa dan meramal kemungkinan-kemungkinan sesuatu peristiwa.

Ee Ah Meng, 1989

Komponen-komponen dalam kemahiran menerang terdiri daripada arah permulaan, kemahiran ilustrasi, penyusunan idea dan penutup.

Arah Permulaan Guru perlu menarik minat dan mengekalkan perhatian dengan kesesuaian topik yang diajar mengikut tahap kesediaan murid.

Kemahiran Ilustrasi. Guru perlu memiliki kemahiran illustrasi yang baik dengan memberikan contoh-contoh bagi merangsang pembelajaran mengikut tahap kesediaan murid.

Penyusunan Pemikiran dan Idea Guru perlu menyusun perkembangan idea dan pemikiran sejajar dengan tahap kesediaan murid.

Arah Permulaan Guru perlu menarik minat dan mengekalkan perhatian dengan kesesuaian topik yang diajar mengikut tahap kesediaan murid.

Kemahiran Ilustrasi Guru perlu memiliki kemahiran illustrasi yang baik dengan memberikan contoh-contoh bagi merangsang pembelajaran mengikut tahap kesediaan murid.

Penyusunan Pemikiran dan Idea Guru perlu menyusun perkembangan idea dan pemikiran sejajar dengan tahap kesediaan murid.

Penutup Guru perlu merumuskan isi-isi penting dengan penyatuan idea agar di akhir pembelajaran objek RPH tercapai.
48

(b) Kemahiran Peneguhan Peneguhan digunakan oleh guru untuk mengubah tingkah laku muridmurid atau menggalakkan tingkah laku yang diingini. Apabila seorang murid memberikan satu jawapan yang betul, sebagai seorang guru anda patut memberi pujian untuk menggalakkan tingkah laku itu. Berikut ialah objektif kemahiran pengukuhan, iaitu:

(i) Dapat menarik perhatian murid-murid dalam pengajaran; (ii) Dapat menggalakkan murid-murid mencuba dengan lebih giat lagi;

Dapat meningkatkan lagi pencapaian akademik murid-murid;

(iv) Dapat memperbaiki disiplin murid-murid; dan (v) Dapat mempertingkatkan lagi keyakinan murid-murid. Jika guru memberi peneguhan kepada murid-murid, guru akan dapati perubahan tingkah laku murid-murid seperti berikut:

(i) Murid-murid lebih bersemangat untuk belajar. (ii) Murid-murid ingin mencuba dengan sedaya upaya. Pembelajaran akan lebih berkesan. (iii) Murid-murid akan lebih berdisiplin. Keadaan ini akan lebih menjamin kelicinan P&P. (iv) Murid-murid akan lebih berasa yakin dan selamat. Suasana sosioemosi bilik darjah bertambah sihat. (v) Perhubungan antara guru dan murid akan bertambah baik. Pembelajaran akan menjadi satu proses yang digemari.

49

Terdapat beberapa komponen peneguhan yang boleh anda praktikkan dalam bilik darjah. Komponen-komponen itu terdiri daripada lisan positif, gerak isyarat positif, dampingan, sentuhan dan penggunan jawapan murid.

9.2.2. Kemahiran Penyampaian Pengajaran


Guru perlu memantapkan kemahiran dalam P&P terutamanya kemahiran menyampaikan pengajaran kepada murid-murid, antaranya:

(a) Kemahiran Menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) ABM yang digunakan dengan baik akan menambahkan keberkesanan P&P. ABM sepatutnya boleh:

(i) Menambah keberkesanan P&P. (ii) Menimbulkan minat. (iii) Mengekalkan perhatian dan penumpuan murid-murid.
50

(iv) Memudahkan penanggapan konsep. (v) Memberi pengalaman sebenar kepada murid-murid. (vi) Membina pemikiran yang berterusan. (vii) Mempercepatkan pemahaman (viii) Menjimatkan tenaga dan masa guru kerana murid lebih cepat memahami sesuatu konsep yang guru sampaikan.

Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan ABM. (i) Kesesuaian dari segi saiz, minat, kebolehan dan umur murid-murid. (ii) Tulisan pada ABM boleh dibaca oleh semua murid. (iii) Menggunakan pelbagai deria. (iv) Gambar-gambar yang digunakan menarik. (v) Kandungan ABM berguna dan penting.

Berikut ialah komponen kemahiran penggunaan ABM, cuba anda nilai ABM yang pernah anda gunakan semasa sesi P&P.

(i) Kesesuaian ABM Saiz Minat Kebolehan murid

(ii) Keberkesanan ABM Gambar menarik minat Murid Tulisan cukup besar Berbagai bentuk alat bantu mengajar digunakan. Diletakkan ditempat yang mudah dilihat oleh murid-murid.

51

(iii) Penggunaan Deria Penglihatan Pendengaran Sentuhan Rasa Bau

(b) Kemahiran Penggunaan Papan Tulis Papan tulis yang digunakan dengan baik akan menambahkan keberkesanan pengajaran guru. Maklumat yang dicatat dengan teratur dan menarik akan memudahkan murid-murid membaca dan menarik minat mereka. Melalui penggunaan papan tulis yang baik, guru dapat: (i) Menarik serta mengekalkan tumpuan dan perhatian murid kepada perkara-perkara penting di setiap peringkat pengajaran; (ii) Menjelaskan satu-satu konsep secara teratur; (iii) Membina hubungan antara guru dan murid apabila murid dibenarkan menggunakan papan hitam. Ini dapat membina keyakinan murid dan membentuk disiplin murid yang baik; dan (iv) Menggalakkan pemikiran yang produktif di kalangan murid.

Cuba anda teliti komponen-komponen penggunaan papan tulis berikut, tandakan pada ruang berkenaan berdasarkan amalan penggunaan papan tulis semasa sesi P&P yang anda jalankan di sekolah.

(i) Kejelasan Saiz tulisan yang sesuai Tulisan kemas Kerja-kerja grafik yang Jelas
52

(ii) Susunan (Layout ) Penggunaan ruang yang sesuai untuk nota, rajah dan ilustrasi Bahan-bahan pengajaran (nota dan rajah) disusun mengikut kesesuaian.

(iii) Penonjolan dan Penekanan

Penggunaan warna yang bermakna dan sesuai Penggunaan perbandingan yang merangsangkan

Teknik Persembahan Pembentukan konsep melalui pembinaan carta dan gambarajah Dapat memudahkan idea/konsep yang susah Melibatkan murid secara lisan dan fizikal

(c) Kemahiran Penutupan Kemahiran penutupan merujuk kepada penumpuan perhatian kepada penyelesaian suatu tugas tertentu. Terdapat dua jenis penutup di dalam pengajaran iaitu penutup kognitif dan penutup sosial.

(i) Penutup Kognitif Anda perlu menyenaraikan isi-isi penting sesuatu pelajaran dengan tujuan mengukuhkan apa yang telah dipelajari. Biasanya digunakan diakhir satu siri pelajaran, selepas satu sesi perbincangan atau latihan. Contohnya, sebagai guru Kemahiran Hidup, bagi topik bahan, anda boleh meminta pelajar menyebut semula sambil anda menyenaraikan dipapan tulis, Apakah langkah-langkah untuk memotong kayu?

53

(ii) Penutup Sosial Penutup sosial bertujuan memberikan rasa pencapaian kepada murid-murid selepas mempelajari sesuatu topik. Penutup sosial digunakan diakhir satu-satu pelajaran atau diakhir satu siri pelajaran yang kompleks. Penggunaan pujian dan galakkan juga merupakan penutup sosial.

Di antara objektif-objektif penutup ialah: Membuat rumusan tentang pelajaran yang telah disampaikan. Meneguhkan satu-satu pelajaran yang baru dipelajari oleh murid-murid. Menggunakan cara yang sesuai untuk menilai objektif P&P. Menimbulkan motivasi melalui aktiviti susulan.

Anda akan membantu murid-murid daripada aspek-aspek berikut jika anda mahir menggunakan kemahiran penutup, iaitu: Mengingati semula pelajaran yang baru dipelajari. Meneguhkan lagi pelajaran yang baru dipelajari. Mendorong murid-murid untuk belajar dengan tekun ekoran daripada penggunaan penutup sosial. Mengesan sama ada murid-murid telah menguasai pelajaran seterusnya mengetahui sejauhmanakah objektif P&P tercapai. Imbas kembali P&P anda di kelas, adakah anda mengamalkan komponenkomponen penting dalam kemahiran penutup P&P anda?

54

(i) Perkaitan Kognitif Guru membuat rumusan dan perkaitan berhubung dengan pengalaman muridmurid. Guru menggunakan pelbagai aktiviti semasa mengulangkaji pelajaran. Guru menggunakan kaedah dan aktiviti yang sesuai untuk menilai objektif P&P. Penutup mempunyai perkaitan dengan isi-isi penting pelajaran Guru mencadangkan aktiviti susulan.

(ii) Perkaitan Sosial Guru mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan, misalnya melalui pujian dan galakkan.

(iii) Mewujudkan Motivasi Melalui kemesraan dan penuh semangat Melalui rasa ingin tahu Melalui aktiviti susulan.

55

Anda mungkin juga menyukai