Anda di halaman 1dari 6

REFLEKSI Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan tugasan projek yang telah

diberikan. Pendidikan Kesihatan adalah salah satu subjek penting yang perlu didedahkan kepada murid-murid sekolah. Penekanan penjagaan kesihatan adalah penting bagi memastikan murid sentiasa mengamalkan kebersihan diri. Pendidikan Kesihatan bukan saja merangkumi penjagaan serta kebersihan diri, malah ia memberi pendedahan tentang pengetahuan seksualiti, amalan gaya hidup sihat, perkembangan fizikal diri remaja, seksualiti di kalangan remaja dan kekeluargaan. Dalam menyiapkan tugasan ini, saya dan rakan iaitu Hamiza bin Zaini telah berbincang bagi menyediakan CD interaktif yang boleh digunakan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran serta dapat menarik minat para pengguna. Harapan kami agar CD interaktif ini dapat memberi kesedaran kepada pengguna tentang kesan dan akibat sekiranya kepentingan seksualiti ini tidak didedahkan. Pengenalan tentang kepentingan seksualiti ini adalah penting bagi memberi kefahaman tentang perkaitan hubungan sesama manusia, pergaulan antara lelaki dan perempuan, keinginan, perasaan kepuasan, kasih sayang dan sebagainya. Kepentingan seksualiti ini dapat membantu para remaja menggelakkan diri daripada gejala sosial dan tingkah laku berisiko. Terdapat beberapa halangan dalam menyiapkan tugasan projek ini. Antaranya lokasi yang jauh menyebabkan kami terpaksa berbincang serta membuat keputusan melalui telefon. Selain daripada itu, tuntutan kerja pada awal tahun agak tidak terkawal. Tambahan lagi para guru sibuk dengan kejohanan daerah. Namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus menyelesaikan tugasan. Segala halangan dan cabaran kami jadikan batu sandaran dan semuanya kami lalui dengan baik. Walau bagaimanapun setinggi-tinggi ucapan terima kepada Encil Azuhaimi selaku pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar serta pandangan dalam melengkapkan tugasan ini. Kepada rakan-rakan lain terima kasih kerana dapat memberi bantuan dan pendapat yang berguna dalam menyelesaikan tugasan ini. Harapan saya semoga CD interaktif ini dapat digunakan dengan sebaik-baik mungkin serta bukan hanya untuk koleksi sahaja malah boleh diipakai memberikan ilmu yang berguna kepada pengguna.

Oleh itu sekian terima kasih. Idahyunizah binti Khamis PJPK2

Assalammualaikum. Saya seperti nama di atas dari unit PISMP Pendidan Khas Jan 2011 ingin menyatakan serba sedikit mengenai tajuk pembentangan kumpulan ketujuh yang dibentang oleh Siti Nurizzati Binti Adnan dan Nor Faeizah Binti Satar. Tajuk pembentangan mereka adalah Pengetahuan Asas dalam Pergerakan. Apa yang saya tahu dan faham mengenai topik ini pergerakan asas ialah bertujuan untuk menguji kebolehan mengawal pergerakan badan yang terdiri daripada pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan lokomotor ialah memerlukan ruang dan berubha kedudukan daripada satu tempat ke tempat yang lain. Manakala pergerakan bukan lokomotor pula ialah tidak memerlukan ruang dan merupakan pergerakan setempat. Seperti kita sedia maklum, kemahiran persepsi motor juga amat penting iaitu pembinaan pergerakan koordinasi. Contoh seperti mengimbang, kesedaran badan, kesedaran ruang, kesedaran arah dan koordinasi. Manipulasi alatan pula ialah cara kita menggunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Seterusnya pendidikan pergerakan terbahagi kepada tiga iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik irama dan gimnastik artistik. Tujuan pendidikan pergerakan adalah untuk melatih murid agar mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu aksi dengan menggunakan daya tenaga yang minimum. Gimnastik pendidikan ialah pergerakan aktiviti yang kreatif serta member kepuasan dan mempunyai manfaat tertentu. Satu pergerakan adalah berkait antara satu sama lain dalam rangkaian yang licin dan efisien. Gimnastik irama pula ialah satu pergerakan yang dilakukan segerak dengan ritma pergerakan berkoordinasi dan bersifat estetik tanpa atau dengan alatan secara licin atau berterusan. Manakala, gimnastik artistik ialah pergerkan yang sukar dilaksanakan. Apa yang saya faham ialah kesemua elemen ini sangat berkait rapat dan mempunyai kesinambungan antara satu sama lain. Jadi, guru perlu mengajar semua elemen tersebut kepada murid-murid dalam subjek pergerakan agar dapat memperluaskan lagi pemahaman mereka tentang seni.

Melalui tajuk pembentangan ini juga, apa yang saya inigin tahu dan ingin selidiki ialah bagaimana perkembangan JERIS boleh dilihat melalui pengetahuan pergerakan . Dalam pada masa yang sama, apakah cara yang terbaik bagi seorang bakal guru seperti saya untuk mencorak atau mencapai matlamat dalam menjadikan kanak-kanak lebih kreatif melalui pengetahuan pergerakan. Saya juga ingin tahu apakah aspek yang paling penting dalam menjadikan seni pergerakan itu kelihatan indah dan menarik di mata kanak-kanak. Melalui hasil pembentangan ini juga, apa yang telah dapat saya pelajari ialah bagaimana untuk menjadikan pembelajaran pergerakan di luar bilik darjah lebih menarik dengan menggunakan alam sekeliling mereka sebagai bahan rangsanagn untuk mereka lebih tertarik dengan pengajaran pergerakan. Selain itu juga, saya juga telah dapat pelajari bagaimana untuk mengembangkan potensi yang ada pada kanak-kanak dalam bidang pergerakan dan bagaimana untuk menerapkan estetika dalam seni pergerakan. Nilai estetika boleh diperolehi melalui peniruan, ekspresi, menggunakan kaedah formalistik dan keaslian. Saya juga ingin membuat sedikit ulasan mengenai pembentangan untuk kumpulan ini iaitu dari segi gaya penyampaian pembentang. Kedua-dua pembentang memberikan hujah dan idea dengan jelas dan bernas serta mudah difahami. Tetapi, pihak pembentang kelihatan seperti kurang bersedia untuk membahaskan tajuk mereka dengan lebih mendalam. Walau bagaimanapun aktiviti pihak pembentang sangat menarik. Sekian terima kasih.

siti norhidayah on 25 September 2012 06:33 said... [Reply to comment] Assalamualaikum. Saya Siti Norhidayah Binti Azmee dari PISMP Pendidikan Khas Januari 2011. Berdasarkan perbentangan yang telah disediakan oleh rakan saya, saya pada peringkat permulaannya, telah mengetahui mengenai pergerakan asas. Hal ini kerana saya pernah belajar mengenainya ketika saya berada di semester 1. Topik ini sangat menarik kerana kita dapat belajar perbagai jenis pelbagai asas yang sering kita lakukan pada setiap hari. Melalui pergerakan asas ini dapat kita gunakan untuk hasilkan pergerakan kreatif menggunakan alatan. Selain itu, perkara yang telah saya tahu ialah pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor. Kami sering didedahkan mengenai pergerakan ini ketika belajar subjek Pendidikan Jasmani. Pergerakan lomotor ialah pergerakan aksi yang berpindah dari satu pusat ke satu pusat yang lain. Contohnya, berlari, berjalan, dan sebagainya. Manakala, pergerakan bukan lomotor ialah melakukan pergerakan pada satu pusat yang sama. Contohnya, melompat setempat. Melalui perbentangan tersebut, perkara yang ingin saya tahu ialah bagaimana gimnastik pendidikan memberi ruang dan peluang kepada murid untuk berfikir secara kreatif. Selain itu, adakah murid pendidikan khas sesuai atau relevan untuk diajar mengenai gimnastik pendidikan. Adakah ianya akan memberi impak pada cara pemikiran mereka seperti murid-murid normal yang lain. Seterusnya, melalui perbentangan rakan saya, banyak perkara yang dapat saya pelajari. Antaranya ialah saya dapat memahami dengan baik apakah yang dikatakan dengan gimnastik irama. Gimnastik irama ialah suatu pergerakan yang dilakukan segerak dengan ritma pergerakan berkoordinasi dan bersifat estetik tanpa atau dengan alatan secara licin dan berterusan. Selain itu, saya juga didedahkan dengan gimnastik artistik. Aktiviti yang diutamakan ialah ketangkasan, lombol dan imbangan. Komen pada para pembentang ialah video yang dipaparkan sangat menarik dan memberi kesan yang mendalam kepada diri saya. Hal ini kerana saya belum pernah menyaksikan video yang dipaparkan tersebut. Bagi para pembentang pula, keliahatan seperti kurang berkeyakinan. Namun input yang diberi sangat bermakna dan ilmiah. Sekian terima kasih.

Liyana Mohd Diah on 26 September 2012 07:02 said... [Reply to comment] Alhamdulillah, selesai sudah sesi pembentangan ke tujuh yang bertajuk pergerakan asas dalam pergerakan. Sebelum pembentangan ini, apa yang saya ketahui adalah sesuatu pergerakan asas berlaku melibatkan pergerakan motor halus dan juga motor kasar. Di samping itu, saya juga mengetahui perbezaan di antara pergerakan lokomotor dan juga pergerakan bukan lokomotor di mana pergerakan lokomotor ini ialah sesuatu pergerakan yang berubah kedudukan atau arah dari sesuatu pusat, manakala, pergerakan bukan lokomotor pula ialah pergerakan yang tidak memerlukan seseorang untuk beralih kedudukan seperti menghayun tangan, melompat setempat dan sebagainya. Apa yang ingin saya ketahui ialah bagaimana latihan yang sistematik dapat meningkatkan koordinasi seseorang selain saya juga ingin mengetahui bagaimana aktiviti manipulasi alatan dapat meningkatkan koordinasi. Adakah melalui pergerakannya, atau adakah daripada cara memegang alatan tersebut? Tambahan pula, saya juga ingin mengetahui apakah sebenarnya perbezaan di antara gimnastik pendidikan, irama dan artistik. Saya sebenarnya masih lagi tidak mendapat gambaran yang cukup jelas mengenai tajuk ini memandangkan masa masa tidak mencukupi. Di samping itu, saya juga tertanya-tanya mengenai ungkapan Albert Einstein yang mengatakan bahawa semakin dewasa, semakin berkurang kreativiti seseorang. Apakah perkaitannya? Apa yang telah saya pelajari daripada tajuk ini ialah, persepsi motor adalah penting di dalam permainan bola sepak terutamanya. Di samping itu, saya juga dapat mengetahui

bahawa terdapat dua jenis ruang, iaitu ruang diri dan juga ruang am. Ruang diri ialah ruang yang berada di sekeliling seseorang individu, manakala, ruang am pula ialah ruang selain daripada ruang diri. Tambahan pula, saya juga dapat mempelajari serta menyedari hakikat bahawa sukan gimnastik adalah sebuah sukan yang penuh dengan nilai estetika nya yang tersendiri. Komen untuk pembentang, animasi yang digunakan menarik serta mempunyai perkaitan dengan tajuk yang dibincangkan dan tidaklah semata-mata sebagai perhiasan sematamata. Selain itu, slaid juga kelihatan cantik dan menarik dengan penggunaan warna yang berkesan. Namun, ayat yang digunakan di dalam slaid pembentangan agak bercampur aduk dan kurang tepat. Selain daripada itu, aktiviti yang dilaksanakan juga adalah berkesan, namun, pengurusan masa adalah kurang berkesan. Secara keseluruhannya, sesi pembentangan menarik, namun masih ada sedikit penambahbaikan yang boleh diambil pada masa yang akan datang.

Siti Noor Farhanis Idris on 28 September 2012 08:40 said... [Reply to comment] Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua... Pada sesi kuliah yang lepas, pembentangan tajuk ketujuh telah dilaksanakan oleh kumpulan kelapan yang terdiri daripada Noor Faeizah Binti Satar dan Siti Nurizzati Binti Adnan. Pembentangan berikut memperihalkan topik Pengetahuan Asas Dalam Pergerakan. Melalui matapelajaran Pendidikan Jasmani, saya telah mempunyai sedikit pengetahuan dan maklumat mengenai pergerakan asas dan pergerakan kreatif. Apatah lagi dengan penglibatan saya dalam seni tari dari bangku sekolah lagi sememangnya banyak mendedahkan saya mengenai pergerakan motor halus dan kasar, manipulasi alatan, serta pergerakan kreatif. Walau bagaimanapun, ilmu saya dalam pendidikan pergerakan masih aras bawah, ekoran tidak mendapat sebarang pendedahan mengenai hal ini. Oleh yang demikian, saya sangat berharap agar memperoleh ilmu tersebut melalui pembentangan daripada kedua-dua rakan saya. Saya sangat berminat untuk mendalami mengenai cara ilmu pergerakan diterapkan ke dalam pendidikan, sekaligus sebagai salah satu cara penggabungjalinan dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, sama ada berlaku di dalam atau di luar kelas. Secara keseluruhannya, banyak ilmu baharu yang saya peroleh sepanjang proses pembentangan berlangsung. Antaranya ialah mengenai lapan daya asas yang yakni saya tidak mengetahui kewujudan perkara ini sebelum pembentangan dijalankan. Lapan daya asas tersebut terdiri daripada daya sentakan, daya memedap, daya berapung, daya meluncur, daya menolak, daya menekan, daya mengelar, dan daya memerah. Perkara ini sangat menarik minat saya untuk mendalaminya secara lebih mendalam. Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang membentang ekoran menyampaikan ilmu baharu ini kepada saya dan pembentangan kali ini sangat menarik serta memotivasikan saya untuk lebih mendalami ilmu seni dalam pergerakan ini. p/s : Semoga P&P akan datang lebih memberansangkan dengan aktiviti yang menarik dan mengujakan (^_-)

wann nor farhana binti megat haron on 29 September 2012 19:56 said... [Reply to comment]

assalamualaikum

dan

salam

sejahtera.

pertama kali saya mendengar tajuk pembentangan pada kali ini membuatkan syaa membayangkan kembali akan isi serta topik yang akan diperbincangkan dalam tajuk ini. sebelum ini, saya telah pun mempelajari tajuk pergerakan ini dalam subjek lain iaitu Pendiidkan Jasmani di mana jika dilihat secara keseluruhan isi yang diperbincangkan adalah lebih kurang sama. oleh sebab itu, saya rasa tidak menjadi masalah sekiranya ilmu yang dipeljari sebelum ini digunapakai kembali dalam topik dan subjek pada kali ini. apa yang ingin saya ketahui ialah bagaimanakah jenis,unsur, kemahiran pergerkaan ini dapat diaplikasikan dalam bilik darjah sama ada melalui penglibatan aktiviti atau sebagainya.setelas pembentang membentangkan topik yang dipertanggungjawabkan kepada mereka, saya dapat memperolehi serta menambah dan merenovasikan ilmu pengetahuan yang sedia ada dalam menguatkan lagi pemhaaman saya mengenai tajuk ini. akan tetapi, saya masih tidak dapat mendapat penerangan yang jelas mengenai aktiviti atau cara perlaksanaan pergerakan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. komen pembentang :

tanyangan slaid yang dipersembahkan adalah menarik di samping penyediaan video yang jelas baik, teruskan. dan mudah difahami.

Nor Zulaika on 3 October 2012 08:18 said... [Reply to comment] Melalui pembentangan ini, saya telah memahami teknik-teknik gimrama serta kecantikan setiap pergerakan. Setiap pergerakan adalah unik dan melibatkan keseragaman serta kelinciran pergerakan. Walaupun saya bukan ahli gimnastik, saya telah berjaya memahami serba sedikit tentang pergerakan kreatif ini.

Selain itu, aktiviti ini telah meningkatkan kreativiti saya terutamanya dalam mencipta pergerakan-pergerakan yang boleh diajar di sekolah kelak. Saya mencipta cara unik untuk memanipulatifkan alatan, tukar alatan serta pergerakan yang cantik. Jadi, saya rasa ini alah peluang yang baik untuk menguji kreativiti serta menambah nilai estetika kami. Saya juga berlajar untuk berani mencuba. Jika kita berani mencuba, barulah kita akan mendapat hasil. Pada permulaannya, saya malu membuat pergerakan di depan orang ramai. Namun atas bimbingan rakan-rakan, saya berani mencuba setiap pergerakan dan akhirnya berjaya mengatasi halangan mental dalam diri saya.

Keseluruhannya, saya memang telah banyak mempelajari serta mendapat ilmu pengetahuan tentang pergerakan asas daripada aktiviti ini sama ada dari buku, bimbingan pensyarah, siaran langsung gimrama dari Sukan Olimpik, latihan serta ujian amali pergerakan asas. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada rakan pembentang.

Anisah Mokhtar on 3 October 2012 20:37 said... [Reply to comment] Assalamualaikum w.b.t

Setelah mengikuti sesi kuliah 7 pada minggu ini, iaitu pengetahuan asas dalam seni pergerakan, saya berasa amat tertarik dengan isi pelajaran yang telah dibentangkan. Pergerakan merupakan suatu perkara asas yang dilakukan secara berulang kali dalam

menjalani kehidupan seharian. Lantaran daripada itu, pergerakan menjadi suatu unsur seni yang sangat penting kerana tanpa pergerakan, kesempurnaan hidup seseorang itu dianggap tidak lengkap. Seni pergerakan ini merupakan suatu aspek yang telah dipelajari dalam subjek pendidikan jasmani. Namun, dalam pendidikan jasmani, penekanan terhadap pergerakan lebih menumpukan kepada kebolehan dalam melakukan aktiviti tersebut tetapi dalam seni, penekanan ditumpukan kepada bagaimana sesuatu pergerakan itu diaplikasikan dalam persembahan dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, saya menyedari bahawa masalah-masalah dalam pergerakan ini sangat sinonim dengan murid pendidikan khas yang mempunyai kelainan upaya daripada kanak-kanak normal yang lain. Pergerakan dianggap suatu tugas yang sukar rentetan daripada kekurangan yang mereka miliki. Oleh itu, sesi pengajaran dan pembelajaran ini diharap dapat memberi gambaran kepada saya mengenai pergerakan-pergerakan asas yang penting dan paling maksimum keupayaannya untuk dilaksanakan oleh murid pendidikan khas sama ada pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan.

Berdasarkan pembentangan serta aktiviti yang dijalankan, saya mendapati aspek pergerakan meliputi pelbagai aspek yang sangat luas. Sekecil-kecil pergerakan motor dianggap sebagai suatu kerja yang boleh meningkatkan keupayaan motor kasar dan motor halus seseorang murid itu. Selain itu, saya juga dapat berkongsi idea serta pendapat dengan rakan-rakan dalam pemilihan sesuatu pergerakan yang mampu dilaksanakan sesuai dengan keupayaan diri seseorang murid pendidikan khas. Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai