Anda di halaman 1dari 1

Menurut Mcniff dan Whitehead (2005), kajian tindakan merupakan tindakan yang dilakukan secara khusus bagi membolehkan

guru melibatkan diri dalam menghasilkan teori baru. Pemerhatian adalah kombinasi yang kompleks dari berbagai deria (pandangan, pendengaran, sentuhan, bau dan juga rasa) .(Gray, 2004). Ia melibatkan cara yang sistematik, tinjauan yang dilakukan, merekod tindakan dan yang lebih penting adalah menganalisis dan menafsir apa yang telah dilihat. Pemerhatian merupakan elemen terakhir yang boleh menyebabkan berlaku kesukaran, yang mana tafsiran yang dilakukan mempengaruhi seseorang untuk menafsir dan menganalisis dengan pandangan sendiri dan akan berlaku ketidaksamarataan dari segi pengumpulan data. ajian kepustakaan/tinjauan literatur/sorotan literatur (literature reviews)

Definisi: = sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan, yang dilakukan secara kritikal ke atas isi-isi penting. = penelitian terhadap kajian terdahulu, dirancang untuk merapatkan penyelidik dengan maklumat tertentu yang relevan dengan topik yang diselidiki (Sulaiman t.th.). = menurut Wiersma (1995), ia adalah satu proses sistematik yang memerlukan pembacaan dan perhatian kepada butiran yang terperinci (Nik Azis 2007). = menurut Creswell (2005), ia membabitkan kesimpulan bertulis tentang artikel dalam jurnal, buku, dan dokumen lain yang menjelaskan maklumat lepas dan semasa, menyusun literatur dalam topik tertentu, dan mendokumenkan keperluan bagi kajian yang dicadangkan (Nik Azis 2007).

Anda mungkin juga menyukai