Anda di halaman 1dari 1

KEPENTINGAN BAHAN BANTU MENGAJAR Kamarudin Hj Husin (1988) telah merumuskan bahawa bahan bantu mengajar yang digunakan

n oleh guru dalam sesuatu pengajaran mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Antaranya bahan bantu mengajar yang digunakan dapat memberi rangsangan dan mengekalkan minat murid. Bahan bantu mengajar yang berkualiti dan diselenggarakan dengan baik akan dapat meransangkan para pelajar untuk belajar. Para pelajar akan terangsang untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Disamping itu, bahan bantu mengajar yang baik juga akan dapat mengekalkan minat para pelajar untuk terus memberikan tumpuan kepada pengajaran guru. Dalam pengajaran moral, bahan-bahan seperti cerita-cerita teladan atau rakaman video sebenar, mampu menarik perhatian kepada proses ingin tahu dalam hati para pelajar

Anda mungkin juga menyukai