Anda di halaman 1dari 6

Kelab Doktor Muda

Smk Ghafar Baba


Masjid Tanah Melaka
Kertas Cadangan Projek Inovasi

AJK Pelaksana
Penasihat : 1. Pn. Nurulakmal binti Mohd Kamal
2. Pn. Nor Suhaila binti Abdul
3. Pn. Salbiah binti Mohamad Sair
Pelajar : 1. Arif Mazlan bin Mazlan

1.0 Tajuk Projek


Papan Kuiz Elektrik
2.0 Pengenalan
Kelab Doktor Muda baru ditubuhkan di SMK Ghafar Baba pada bulan April 2014.
Kelab ini berada dibawah naungan Pejabat Kesihatan Negeri Melaka. Dianggotai
seramai 40 ahli kelab, dan ahli terdiri dari pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4.
Papan Kuiz Elektrik : Satu papan yang dilengkapi dengan litar disediakan.
Dihadapan papan akan diletakkan soalan bersama jawaban, dan pelajar perlu
menyuai padankan soalan dengan jawapan yang betul. Sekiranya jawapan yang
diberikan itu betul, mentol akan menyala. Ini dapat dijadikan sebagai salah satu alat
bantu mengajar guru semasa proses pembelajaran.
Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya
tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan
et.al, 1996, m.s 145).Antara jenis-jenis BBM itu boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
1. Peralatan elektronik seperti komputer, televisyen, radio dan sebarang alat audio
video. 2. Peralatan bukan elektronik seperti peta, carta, surat khabar, bahan
manipulatif, tangram, papan paku, bongkah kayu dan sebagainya. Penggunaan
Bahan Bantu Mengajar dapat mengatasi masalah seperti disiplinpelajar, kekurangan
masa, kawalan kelas, dan kurang minat pelajar terhadap pengajaran guru.
Dalam beberapa tahun yang akan datang, semua sekolah di negara kita akan
dibestarikan. Sekolah-sekolah bestari ini akan dilengkapi dengan pelbagai sumber
pelajaran dan bahan bantu mengajar yang merangkumi pelbagai media. Oleh itu,
guru-guru di sekolah harus menguasai kemahiran memilih dan mengoptimumkan
penggunaanya untuk mencapai dengan jayanya objektif pelajaran yang telah
dirancang.

Guru-guru

perlu

bersedia

menghadapi

cabaran-cabaran

dan

perubahanperubahan yang dijangkakan dari segi amalan pengurusan pembelajaran


di bilik darjah khususnya dalam menguasai kemahiran menggunakan bahan bantu
mengajar dengan berkesan dan juga perubahan 'mindset'nya tentang kepentingan
dan peranan bahan-bahan dalam pengajaran dan pembelajaran m
3.0 Objektif

a. Memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui kerja secara berpasukan di


kalangan murid
b. Mengenalpasti ruang bagi penambahbaikan ke atas aktiviti kelab Doktor
Muda.
c. Mengasah pemikiran pelajar agar dapat bersedia kea rah kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT)
d. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan bahan bantu
mengajar dalam pengajaran dan kpembelajaran oleh guru di sekolah.
4.0 Rasional Projek
Projek Inovasi yang dibuat ini adalah berdasarkan kesedaran untuk
membantu para guru dan pelajar untuk menjadikan pembelajaran mereka lebih
menarik. Inovasi yang yang dhasilkan ini diharap mampu dimanfaatkan pelbagai
pihak. Hasil Inovasi juga diharap membantu pegawai pendidikan, pentadbir sekolah
serta guru-guru di sekolah meningkatkan pencapaian dan minat pelajar.
5.0 Skop dan Limitasi Projek
Papan Kuiz Elektrik ini menggunakan konsep fizik iaitu litar lengkap dan litar
tidak lengkap. Dalam menyiapkan projek inovasi ini, kebanyakkan bahan yang
digunakan dibeli menggunakan duit guru, pelajar dan kelab.
6.0 Kepentingan dan Impak Projek
Meransang pemikiran pelajar agar berfikir di luar kotak, serta menjadikan
setiap permasalahan yang ada kepada idea untuk menjana projek inovasi. Projek
Inovasi yang dijalankan oleh Kelab Doktor Muda ini adalah untuk menyahut cabaran
zaman sekarang yang menuntut agar pelajar berfikir pada aras tinggi.
Hasil dapatan daripada inovasi ini diharapkan dapat membantu guru dan
pelajar memperbaiki kelemahan dalam pengajaran dengan penggunaan Bahan
Bantu Mengajar guru dan pelajar tentang pentingnya penggunaan Bahan Bahan
Mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu membentuk
pelajar supaya lebih kritis dan kreatif dalam pembinaan dan pemulihan Bahan
Bahan Mengajar yang sesuai. Memberi gambaran yang jelas tentang penggunaan
Bahan Bantu Mengajar kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan
Pendidikan Negara dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Antara peranan Alat bantu mengajar (ABM) ialah:i.

Alat bantu mengajar memainkan peranan yang penting di dalam proses


pengajaran guru dan pembelajaran murid. Menurut Atan Long (1982),
kesedaran

terhadap

cara

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

hanya

mementingkan penggunaan kapur, bercakap dan menggunakan buku-buku


teks tidak lagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran apatah
lagi sebagai kaedah untuk menguji dan mencabar keupayaan fikiran,
kebolehan dan daya imaginasi murid-murid. Adalah menjadi tugas guru untuk
menggunakan alat bantu mengajar yang bersesuai untuk memahamkan
ii.

pembelajaran yang akan diajar nanti.


Sabri (2000) menyatakan bahawa terdapat tiga kepentingan alat bantu

mengajar iaitu: Membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya memainkan
peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan isi pengajaran.
Mengawal disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang
berlaku.
Mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran.
iii.

Menurut Ford Le Roy (1982) guru yang mahir bukan sahaja merupakan
seorang pelukis yang dapat mereka bahan pengajaran tetapi seorang pelukis
yang dapat memahami perbezaan individu. Beliau juga menyatakan bahawa
sesuatu bahan dengan sendirinya tidak akan menghasilkan sebarang
perubahan pembelajaran tetapi kemahiran guru menggunakan bahan itu

iv.

boleh memberikan kesan yang berkekalan.


Menurut Asri (2000), pengajaran tradisional yang hanya tertumpu kepada
mendengar penjelasan guru secara teori sahaja tanpa bukti tidak dapat
dijadikan peneguhan supaya lebih cepat memahami dan mengingati dengan
berkesan. Sebaliknya pengajaran yang menggunakan alat bantu mengajar
dapat mengukuhkan pembelajaran kerana pelajar dapat mengalami apa yang
diajar.

7.0 Kos
Bahan
Papan litar
Wayar penyambung

Kos
Rm70.00
Rm10.00

Bateri
Mentol
Pemegang Bateri
Lain-Lain2
JUMLAH

RM 15.00
Rm3.00
Rm 5.00
Rm30.00
Rm 133.00

8.0 Tinjauan / Kajian Literatur


Kepentingan bantuan Bahan Bantu Mengajar dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran

sering

diperkatakan

Selain

itu,

ia

juga

dikatakan

mampu

mempelbagaikan teknik belajar yang lebih berkesan dan boleh membantu aktivitiaktiviti

pembelajaran

agar

tidak

membebankan

guru

dan

murid.

(Abdul

Rahman,1997, m.s. 254). Bahan Bantu Mengajar merupakan alat yang dapat
membantu gurumeningkatkan proses pengajaran dan menyediakan sumber untuk
pembelajaran. Jadiperanan Bahan Bantu Mengajar ialah untuk memenuhi kedua-dua
proses ini bagimeningkatkan proses komunikasi, menyediakan pelbagai kaedah
atau

teknik

mengajarbagi

meningkatkan

motivasi

pelajar

dan

melahirkan

masyarakat yang bermaklumat serta berfikiran kritis dan kreatif (Yusup Hashim,
1998, m.s, 287).
Menurut Omar Hamalik (1982,m.s.79 ) menjelaskan bahawa kemajuan
teknologi moden sekaligus mengajak kita mengubah sikap dan menyedari akan
pentingnya Bahan Bantu Mengajar sebagai memenuhi tuntutan kurikulum dan
peningkatan kemampuan pelajar.
Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin tahu di
kalangan pelajar, bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas. Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah, pelbagai
Bahan Bantu Mengajardigunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran
dan pembelajaran yangmenarik dan berkesan (Yusup Hashim, 1997, m.s 16). Mok
Soon Sang (1996, m.s 58),pula mengatakan bahawa penggunaan Bahan Bantu
Mengajar dalam prosespengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat
membantu guru menyampaikanpengajaran dengan mudah, cepat serta menarik.
Bahan Bantu Mengajar yangdisediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.Manakala isi kandungan haruslah tepat dan berkait
rapat dengan topik yang hendak diajar. Pada amnya,cara menggunakan Bahan

Bantu Mengajar hendaklah diuruskan dengan tepat. Seseorang guru haruslah sedar
bahawa pelajar-pelajar mempelajari sesuatu dengan cara berlainan dan kadar
kecekapan yang berbeza-beza (Habibah Alias danRahil Mahyuddin, 1990, m.s. 292).
9.0 Kaedah Penyelidikan atau Metodologi
Penghasilan bahan bantu mengajar.
10.0 Pelan Perancangan Projek
Proses Kerja
Mengenalpasti projek
Pemilihan projek/ Masalah
Mengumpul data dan analisis projek
Penetapan Objektif / Sasaran
Cadangan Projek
Persembahan dan Persetujuan pihak

Tarikh
14 Januari 2015
21 Januari 2015
28 Januari 2015
4 Februari 2015
10 Februari 2015
18 Februari 2015

pengurusan
Pelaksanaan
Penilaian dan Pemantauan
Penyeragaman

18 Februari 2015
-

11.0 Kesimpulan
Projek inovasi ini diharapkan dapat membantu dalam pengajaran guru dan
menjadikan setiap sesi pembelajaran itu lebih bermakna dan menarik. Disamping
dapat mencungkil bakat pelajar dalam melahirkan idea-idea bernas untuk
menghasilkan sesuatu bahan baru.

Disediakan oleh,

(Pn. Nurulakmal binti Mohd Kamal)


Guru Penasihat Kelab Doktor Muda

Anda mungkin juga menyukai