Anda di halaman 1dari 17

M8- ANALISIS MODEL PENGAJARAN

PEMPROSESAN MAKLUMAT DAN MODEL

BEHAVIORAL DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK ANALISIS SWOT

Nama: Knee Shin Ni

APAKAH SWOT??
SWOT = untuk menilai dan mengenalpasti, apakah kekuatan yang ada, kelemahan, peluang dan juga halangan (ancaman) dalam menganalisis pasaran, peluang perniagaan dan juga pengurusan perniagaan. S= Strength O=Opportunities W=Weakness T=Threat

MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT


Model pengajaran ini menyatakan bahawa ingatan manusia sama seperti komputer. Maklumat iaitu input yang diperolehi pelajar daripada persekitaran pembelajaran. maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan. Didefinisikan sebagai satu operasi mental iaitu mewarna, mengekod, menyimpan dan mengingat kembali maklumat atau bagaimana manusia belajar.

PENGAJARAN EKSPOSITORI

Manusia memperoleh pengetahuan melalui resepsi atau penerimaan dan bukan penemuan. Menekankan pembelajaran verbal yang bermakna. Pendekatan deduktif. Mula dengan penyusun awal (maklumat yang dipersembahkan sebelum pembelajaran dan ini digunakan untuk menyusun dan menginteroretasi maklumat baharu). Dua jenis penyusun awal iaitu : 1)Penyusuan awal perbandingan 2)Penyusun awal ekspositori. Peringkat pengajaran ekspositori, ada tiga fasa : 1)Penyusun awal dikemukakan. 2)Tugasan pembelajaran atau bahan yang dikemukakan. 3)Pengukuhan organisasi kognitif.

P ENGAJARAN INKUIRI Merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan

jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. 5 fasa atau langkah : 1)Mengenal pasti masalah 2)Mencari maklumat rumusan 3)Membentuk hipotesis 4)Menguji hipothesis 5)Menilai dan membuat rumusan Terdapat dua teknik iaitu : 1) Inkuiri terbimbing- memerlukan guru membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian. 2) Inkuiri terbuka- pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar sendiri. Model ini amat berguna bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan. Murid akan meneroka sendiri dan seterusnya membuat kesimpulan.

SWOT MODEL PENGAJARAN


PEMPROSESAN MAKLUMAT

Strength (Kekuatan) 1. Memudahkan pelajar mengetahui isi pelajaran yang seterusnya. Murid hanya belajar konsep utama untuk diaplikasikan kepada pelajaran yang lain. 2. Prinsip dan idea dalam pembelajaran dipersembahkan kepada pelajar dan seterusnya difahami oleh mereka, bukan ditemui sendiri oleh murid. Hal ini dapat dijelaskan dalam pembelajaran ekspositori. Berdasarkan pembelajaran ekspositori, murid dijelaskan secara verbal dan murid akan faham apa yang dijelaskan oleh guru. 3. Guru lebih bersedia sebelum membuat pengajaran di dalam bilik darjah serta mengetahui teknik dan kaedah yang dapat membantu murid mengingati isi pelajaran. 4. Mempunyai maklumat yang holistic mengenai bagaimana minda memproses maklumat, menerima maklumat, menyimpan maklumat, mengeluarkan maklumat untuk menggunakannya jika perlu dan mengubahsuai maklumat.

5. Rangsangan dari persekitaran luar diterima dalam sistem saraf melalui deria. Selepas itu, maklumat akan ditafsir dalam satu ingatan, kemudian ia dihantar ke stor jangka panjang dan akhirnya kepada pengerak tindak balas melalui sistem saraf. 6. Berfokuskan kepada naluri semula jadi kita untuk memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah yang bersistematik dan berurutan. 7. Melalui model projek, murid boleh belajar dengan perhatian yang rapi melalui aktiviti permainan, demonstrasi, penggunaan transparensi, kerja praktik, kajian luar dan lawatan. 8. Berdasarkan model inkuiri, murid dapat melibatkan diri dalam proses penaakulan bagi mengasahkan kemahiran menyoal dan membuat kesimpulan serta membina dan seterusnya menguji konsep dan hipotesis.

Weakness (Kelemahan) 1. Pelajar yang mempunyai masalah pemahaman dan kurang berminat dalam pembelajaran akan sukar mengaplikasikan pembelajaran ekspositori. 2. Penggunaan model ini bergantung sepenuhnya kepada guru-guru. 3. Memerlukan motivasi untuk melaksanakan proses pembelajaran. 4. Pembelajaran berlaku melalui proses pelaziman tingkah laku yang sudah biasa dilakukan. 5. Guru perlu menarik perhatian murid ketikan ingin memulakan proses pembelajaran. 6. Murid tidak akan mendapat ilmu pengetahuan baharu. 7. Sebahagian murid akan menghadapi masalah dalam memahami isi pelajaran. 8. Tahap kemampuan intelektual setiap murid berbeza antara satu sama lain.

Opportunities (Peluang) 1. Memberi peluang kepada guru untuk menggunakan salah satu model yang terdapat dalam model pembelajaran. 2. Murid dapat melatih pemikiran mereka untuk mencari lebih banyak maklumat sendiri. 3. Murid dapat memahami konteks konsep dan prinsip melalui model ekspositori. 4. Murid dapat menetapkan matlamat untuk diri sendiri. 5. Dapat memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif.

Threats (Ancaman) 1. Guru yang tidak dapat mengajar dengan baik, hasil pembelajaran tidak akan tercapai sekiranya guru gagal mengajar dengan baik. 2. Murid hanya ingin mempelajari sesuatu sekiranya mendapat ganjaran daripada guru sahaja. 3. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk mengelakkan murid merasa bosan. 4. Peneguhan yang diberikan perlulah bersesuaian dengan tahap dan potensi murid. 5. Murid akan keliru dengan isi pelajaran apabila mereka tidak memahami apa yang guru sampaikan.

MODEL PENGAJARAN BEHAVIORAL


Model ini berasaskan eksperimen pelaziman klasik Pavlov, pembelajaran berasakan ganjaran Thorndike dan kajian Watson dan rakan-rakan. Merujuk kumpulan model ini, kita mempunyai mekanisme pembentukan kendiri yang berupaya untuk mengubahsuai tingkah laku berdasarkan maklum balas tentang sejauh mana kita berjaya melakukan tugas yang diberi. Kumpulan model ini mengesyorkan programprogram yang boleh digunakan untuk mengurangkan fobia, mengembangkan kemahirankemahiran sosial dan menangani kebimbingan, dan sebagainya.

PENGAJARAN LANGSUNG
Model ini berarahkan guru di mana guru akan menyampaikan isi pelajaran secara langsung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini sesuai untuk mengajar bacaan dan matematik tetapi kurang sesuai bagi mata pelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.

PEMBELAJARAN MASTERI
Model ini digunakan untuk menyesuaikan pengajaran di mana faktor perbezaan individu diambil kira. Dalam kaedah ini, pelajar disusun daripada mudah kepada kompleks, sebelum disampaikan kepada murid-murid agar dapat mengikuti pengajaran guru mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masing-masing.

SWOT MODEL PENGAJARAN BEHAVIORAL

Strengths (Kekuatan) 1. Berpusatkan guru di mana guru menyampaikan isi pengajaran secara langsung kepada murid-murid. 2. Masa pengajaran berstruktur dan dapat mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. 3. Guru memilih dan mengarahkan pemgelajaran. 4. Pelajar dapat memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang disebabkan guru mengembangkan kemahiran yang hendak diajar secara langkah demi langkah. 5. Pelajar dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masing-masing disebabkan guru menyusun isi pelajaran dari mudah kepada kompleks.

Weaknesses (Kelemahan) 1. Kebebasan pelajar diabaikan. 2. Perbincangan yang tidak berkaitan dengan topik yang terkandung dalam akademik diminimumkan. 3. Kurang interaksi antara guru dengan pelajar, pelajar tidak dapat melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 4. Perbincangan ditumpukan kepada kandungan yang ditetapkan sahaja. 5. Sesuai untuk mengajar bacaan dan matematik tetapi tidak sesuai untuk mata pelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.

Opportunities (Cadangan) 1. Menghubungkaitkan isi pelajaran dengan pengetahuan pelajar sebelumnya dan pengetahuan yang sedia ada diketahui oleh pelajar. 2. Guru menerangkan konsep atau kemahiran baru dengan menggunakan bahan pengajaran yang menarik. 3. Pelbagai latihan boleh diadakan seperti latihan objektif, latihan struktur dan latihan KBKK.

Threats (Ancaman) 1. Pelajar menjadi pasif dan kurang berinisiatif. 2. Sifat sosial yang positif tidak dapat dipupuk di kalangan pelajar. 3. Pelajar tidak dapat menerokai ilmu pengetahuan baru. 4. Proses pengajaran dan pembelajaran membosankan.

Anda mungkin juga menyukai