Anda di halaman 1dari 3

JALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG PELAJAR Fenomena kecelaruan kefahaman pendidikan dewasa kini amat membimbangkan apabila para

pelajar selaku watak utama dalam dunia pendidikan tidak lagi mengambil endah urusan pengajian sedangkan tugas utama mereka adalah menuntut ilmu dan mengkajinya. Pelajar adalah individu yang sepatutnya memberikan 100% tumpuan dan priority kepada pendidikan kerana setiap manusia perlu mengambil tugas dalam kehidupan ini, justeru, tugas dan tanggungjawab pelajar adalah menuntut ilmu., apabila priority ini tidak diberikan, maka kita akan melihat pengabaian terhadap sebuah tanggungjawab yang besar. Pelajar bidang agama akan menyeleweng, pelajar perubatan tiada kemahiran, pelajar sains tidak Berjaya mencipta sesuatu yang baru, pelajar ekonomi tidak memahami situasi kewangan Negara, pelajar seni yang buta dengan tamdun .. Ibubapa, saudara mara, penduduk kampong, rakan taulan dan masyarakat yang menyumbangkan bantuan kepada pelajar secara lansung mahupun tidak akan merasa diri mereka dikhianati dan tidak dihargai apabila anak emas yang mereka harapkan tidak menjadi seperti yang diimpikan. Ramai dikalangan pelajar yang mengejar Gred dan Pointer, ada juga yang berasa lega dengan "cukup makan".. namun, apakah keputusan peperiksaan yang menentukan seseorang pelajar itu menjalankan tanggungjawabnya? Tentulah tidak..kerana pointer yang tinggi atau cukup makan sahaja boleh didapati dengan masa yang singkat, asalkan mengikuti setiap soalan sport dan bertanya sedikit sebanyak dari teman yang "ulat buku" dan banyak cara lagi yang boleh dibuat, pokoknya, ianya cukup mudah . Buktinya amat jelas apabila Negara Malaysia sendiri telah mengeluarkan beribu-ribu graduan, namun dimanakah kejayaan Minda rakyat Malaysia? Akhlak semakin merudum, jenayah semakin berleluasa, dan kerajaan semakin tdak terkawal. Mengapa fenomena ini berlaku? Jawapannya ada dalam diri para pelajar.. Pelajar yang tidak mengambil endah tentang ilmu, tidak mencari dan menghayatinya merupakan sebab terbesar berlakunya kerosakan ini. Tuntasnya, jika anda seorang pelajar, tunaikan tanggungjawab anda, kurangkan main-main dan tingkatkan minat terhadap dunia pendidikanjika anda tidak mahu merubah diri anda, amat ditakuti, anda akan merubah diri orang lain ..

TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP GURUNYA BAGAIMANA besarnya tanggungjawab guru terhadap murid, begitu jugalah besarnya

tanggungjawab murid terhadap gurunya. Jika tidak ada guru, maka tidak ada murid. Guru juga seperti ibu bapa yang patut dihormati dan dipatuhi segala ajarannya yang baik. Jika di rumah anda harus menurut segala perintah dan ajaran ibu bapa dengan taat, tetapi di sekolah anda harus pula mentaati guru dan segala ajarannya harus disematkan di hati. Seorang murid harus menghormati bantuan gurunya untuk membimbing mereka ke jalan yang diredhai Allah SWT untuk menuntut ilmu demi bekalan hidup mereka. Jangan sekali-kali membantah atau mencela guru kerana guru adalah merupakan orang yang sentiasa membimbing anda untuk mencapai cita-cita. Antara Adab-adab Murid Terhadap Gurunya 1. Memberi hormat ketika guru masuk ke kelas dengan memberi salam kepada guru kelas anda. Jika guru terdahulu memberi salam hendaklah segera dijawab. 2. Tunjukkan muka yang manis ketika menyambut guru masuk ke bilik darjah anda. 3. Perhatikan guru anda dengan tenang dan mula membuka buku untuk pelajaran hari itu jika diperintahkan oleh guru. 4. Tumpukan perhatian ketika guru mengajar. Jika kurang faham bolehlah bertanya kepada guru anda dengan sopan. 5. Catatkan apa yang disampaikan oleh guru jika dia menyuruh anda berbuat demikian. 6. Jangan berkata-kata atau berbual dengan rakan-rakan ketika guru sedang mengajar. 7. Tumpukan perhatian sepenuhnya ketika guru sedang memberi penerangan. Sematkan di hati anda apa yang diajarkan ketika itu. 8. Ucapkan terima kasih kepada guru anda sebaik sahaja guru itu selesai mengajar. Seorang murid harus peka dengan apa yang disampaikan oleh guru mereka, dengan cara ini anda akan dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran anda. Anda jangan menyalahkan guru anda jika anda kurang faham apa yang diajari oleh guru anda, sebaiknya anda harus banyak bertanya dari banyak merungut untuk mendapatkan kefahaman. Jika anda ingin menjadi seorang murid / pelajar yang berjaya, anda harus berusaha sendiri untuk mencapai kejayaan itu, jangan cuma berharap pada guru sahaja. Guru hanya boleh mengajar

untuk menyampaikan ilmu, sedangkan anda adalah seorang murid yang harus tahu membuat sesuatu untuk mencapai kejayaan itu. Usaha anda untuk menjadi murid yang berjaya adalah lebih bererti dari hanya mendengar guru mengajar sedangkan anda tidak tahu bagaimana untuk memanfaatkan pelajaran itu. Kejayaan seorang pelajar itu bergantung kepada kegigihannya untuk mencapai kejayaan, tanpa mengharap pertolongan orang lain untuk menjayakan diri sendiri. Seorang murid harus menghormati gurunya sebagaimana dia menghormati ibu bapanya juga. Rasa hormat kepada guru membuatkan anda dapat mengikuti pelajaran dengan baik dan sudah tentu lebih keberkatan ilmu yang anda pelajari itu. Di samping berusaha anda harus berdoa, agar segala usaha anda itu akan beroleh kejayaan cemerlang. INGAT!!! Seorang pelajar itu adalah bakal pemimpin masa hadapan, oleh itu tidak ada sebab anda tidak mahu berusaha untuk terus mencapai kejayaan. Kerana mundur atau majunya sesebuah negara itu bergantung kepada para belia dan remajanya yang rajin berusaha untuk mencapai kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai