Anda di halaman 1dari 49

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Ulasan tentang perancangan, pengurusan sumber kewangan & teknik membuat keputusan
Oleh: Norazirah binti Ajali Pensyarah: Encik Khairul Anuar bin Ismail

Amalan pengurusan sukan dapat dilihat dari pelbagai aspek seperti aspek organisasi, pengurusan sumber manusia, teknologi, perundangan dalam sukan, dan sebagainya. Aspek pengurusan sukan yang akan diterangkan dengan lebih lanjut disini ialah: *aspek perancangan pengurusan sumber kewangan. *aspek teknik membuat keputusan.

PERANCANGAN & PENGURUSAN SUMBER KEWANGAN


Kewangan adalah salah satu aspek terpenting yang perlu ada dalam sesuatu organisasi.

Pengurusan Sumber Kewangan ini dilakukan adalah untuk menguruskan perbelanjaan secara cekap dan teratur berpandukan perancangan peraturanperaturan kewangan yang telah digariskan oleh undangundang serta memberi khidmat sokongan kepada segala aktiviti dan program dalam memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. (Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, 2011)

KEPENTINGAN PENGURUSAN KEWANGAN *Untuk membentuk sebuah organisasi sukan yang berdaya maju dengan memiliki sokongan kewangan yang kukuh dan dapat diuruskan dengan lebih sistematik bagi mencapai objektif organisasi yang telah ditetapkan. *Membantu mengelakkan pembaziran sumber kewangan kepada aktiviti-aktiviti yang tidak dirancang. (Ahmad Raflis Che Omar, 2006)

PENGURUS KEWANGAN Bidang tugas dan tanggungjawab seorang pengurus kewangan bergantung kepada saiz sesebuah organisasi itu, berdasarkan kepada program-program yg dikendalikan, perkhidmatan dan aktiviti-aktiviti yang terlibat. Seseorang pengurus sumber kewangan mempunyai ciri-ciri akauntabiliti terhadap jawatankuasa pengurusan dan terhadap semua transaksi kewangan organisasinya.

Tugas seseorang pengurus kewangan sukan termasuklah: 1) Memastikan catatan dibuat dan direkodkan untuk semua transaksi kewangan organisasi. 2) Menyelaras penyediaan belanjawan untuk tahun yang akan datang dengan menyenaraikan kemungkinan sumber-sumber pendapatan yg bakal diperolehi dan jangkaan perbelanjaan. 3) Mengeluarkan resit dan mendepositkan semua wang tunai yang diterima ke dalam akaun bank organisasi.

4) Meluluskan semua pembayaran dalam kadar yang segera. 5) Menyimpan semua rekod-rekod pendapatan dan perbelanjaan dengan sistematik, tepat dan terkini. 6) Bertindak sebagai salah seorang yang akan meluluskan dan menandatangani akaun bank, pelaburan organisas dan kemudahan pinjaman organisasi. 7) Menguruskan aliran tunai organisasi. 8) Sentiasa mengetahui perkembangan terkini kedudukan kewangan organisasi. 9) Berunding dengan pihak-pihak yang terlibat sebagai penyumbang dana.

SUMBER KEWANGAN SUKAN

1) Hasil Penajaan Kebiasaannya, penajaan boleh didapati daripada syarikat-syarikat besar seperti Nestle, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional dan sebagainya.

2) Jualan Cenderamata Kebiasaannya, jualan akan lebih tinggi apabila organiasasi berkenaan mempamerkan imej yang cukup baik di mata masyarakat dan juga peminat sukan negara.

3) Jualan Barangan Sukan Jualan barangan sukan dengan jenama kelab atau badan sukan yang terlibat boleh dilaksanakan menerusi sport shoppe yang dibina atau pun menerusi internet.
4) Hasil Konsesi Ini adalah aspek penyewaan ruang legar satdium atau kompleks sukan kepada peniaga yang ingin berniaga dengan kontrak konsesi, bukannya sewaan. Contohnya seperti vending machine, restoran dan sebagainya.

5) Penerbitan Bon dan Jualan Saham Ini sesuai bagi sesebuah organisasi besar dan diperbadankan sebagai sebuah perniagaan berdaftar. Dengan cara ini, amaun dana yang diperolehi akan lebih tinggi dan pemegang syer boleh diperluas. Ini juga akan memudahkan organisasi sukan tersebut untuk memiliki prasarana sendiri, juga dapat mewujudkan perniagaan lain seperti slot pengiklanan yang bersifat global juga stesen TV setelit sukan.

6) Transaksi Atlet Melibatkan penjualan dan pembelian atlet antara kelab-kelab sukan.

7) Pengiklanan sukan Menerusi perniagaan pengiklanan sukan, hasil yang didapati amat menguntungkan. Antara aktiviti adalah seperti hak penyiaran, hak pengiklanan dan hak promosi jenama.

BENTUK PERBELANJAAN
1) Pelaburan ke atas aset tetap yang meliputi perbelanjaan membeli, membina atau menyelenggara aset tetap seperti kompleks sukan, stadium, membeli peralatan sukan dan sebagainya. 2) Perbelanjaan ke atas upah atau gaji yang melibatkan kos gaji kakitangan, kos gaji jurulatih, kos gaji atlet dan seumpamanya.

3) Perbelanjaan ke atas kos pengiklanan, promosi dan keraian, pembelian hadiah dan cenderamata dan sebagainya. 4) Kos overhead lain seperti kos utiliti, kos insurans, kos sewa peralatan, kos perubatan dan sebagainya.

BELANJAWAN KEWANGAN

Memberi gambaran tentang rancangan kewangan yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi pada masa hadapan.

Sebagai alat koordinasi perancangan, alat kawalan dan penentu agihan sumber kepada bahagianbahagian yang berbeza dalam sesuatu organisasi.

Aspek-aspek Kewangan Yang Diambil Kira:

1) Aset tetap: pembelian tanah, bangunan, peralatan dan mesin. 2) Publisiti: kenyataan akhbar, promosi dan persidangan. 3) Latihan: latihan elit, bayaran jurulatih, dan bayaran perubatan. 4) Pembangunan pasaran: pengambilan pekerja baharu, pekerja sukarela, dan pengurusan paminat.

PENYATA KEWANGAN

Merupakan dokumen atau laporan mengenai semua data-data dalam proses perakaunan. Penyata ini dikira dan disediakan dalam tahunan, suku tahun dan bulanan untuk menerangkan kedudukan kewangan organisasi berkenaan.

PENYATA KUNCI KIRA-KIRA


Penyata kunci kira-kira adalah satu dokumen penting dalam penyata kewangan. Kegunaannya adalah untuk: 1) Menunjukkan perubahan status kewangan untuk satu tempoh tertentu. 2) Menunjukkan kedudukan kewangan sesuatu organisasi. 3) Digunakan untuk tujuan pemantauan.

4) Penyata ini bersifat telus dan membolehkan pemegang saham untuk menilai prestasi organisasi, kadar pertumbuhannya dan kedudukan kewangannya.

ASET

Aset merupakan harta bernilai yang dimiliki oleh sesuah organisasi. Aset sesebuah organisasi boleh dibahagikan kepada:

1) Aset semasa. 2) Aset tetap.

Aset Semasa
* Harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu tempoh perakaunan.
* Contohnya seperti tunai di bank, pelaburn sementara atau apa sahaja yang boleh ditukar ke bentuk wang ringgit sekiranya dijual dalam tempoh 12 bulan dari tarikh penyata kira-kira. (Cikgu Sila, 2008)

Aset Tetap
* Digunakan untuk menjalankan perniagaan dan bukan untuk tujuan jualan semula.
* Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh perniagaan. * Contoh aset tetap: Mesin, Kenderaan (Kereta, Van, Motorsikal, Bas), Premis, Kelengkapan, Perabot (almari, kerusi, meja) dan Alatan Pejabat (komputer, mesin taip, mesin kira, mesin fotostat).

ISU BERKENAAN PENGURUSAN KEWANGAN DALAM BIDANG SUKAN

TEKNIK MEMBUAT KEPUTUSAN


Proses membuat keputusan merupakan proses yang paling penting untuk kesempurnaan dalam bidang pengurusan untuk semua organisasi. Proses mencari keputusan terbaik memerlukan kerja yang mantap dan pemikiran yang terbuka, memahami persoalan yang dihadapi, percambahan pemikiran, dan ini semua merupakan aspek utama ke arah itu.

*Membuat keputusan adakalanya seperti perbuatan spontan, namun, dalam kalangan atlet, mereka dilatih untuk membuat keputusan dalam masa yang amat singkat. *Atlet berlatih untuk membaut keputusan semasa LATIHAN. Semasa latihan, mereka akan membuat pelbagai pilihan, membuat pelbagai kesalahan, dan pelbagai keputusan (Bo Hanson, 2012)

Altlet
Dalam sesuatu sukan, keputusan yang dibuat itu kebiasaannya adalah dalam keadaan yang sangat cepat, namun, apabila dilihat dengan lebih teliti, berikut adalah bagaimana atlet-atlet membuat sesuatu keputusan (Bo Hanson, 2012): 1) Melihat adanya masalah yang perlu diselesaikan. Apabila timbulnya sistuasi yang dipanggil status quo, rentak permainan tersebut perlu diubah.

2) Menganalisis masalah. Atlet perlu tahu apakah punca masalah tersebut. 3) Mengetahui apa yang perlu dicapai. Di sini adalah fasa dimana atlet memilih apa yang dia mahukan. 4) Meneroka pilihan-pilihan yang ada: Atlet akan menilai pilihan-pilihan yang ada untuk memastikan apa yang mereka perlu capai terjadi.

5) Memilih pilihan yang terbaik. Tujuan utama memilih pilihan yang terbaik adalah untuk melemahkan pihak lawan.

6) Melaksanakan pilihan yang dipilih. Apa yang penting ialah atlet melihat sendiri keputusan setelah melakukan pilihan yang dibuat.

ATHLETE:
They are excellent decision makers - instead of letting things happen, they take control and make things happen.

KEJURULATIHAN DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

*Faktor utama seseorang atlet itu bijak membuat keputusan adalah melalui kejurulatihan yang diterima. * Athlete Centerd Coaching kebiasaannya akan menghasilkan atlet yang mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi dan mempunyai keupayaan untuk membuat keputusan yang tepat sama ada semasa latihan atau pertandingan.

Athlete Centered Coaching Tujuan utama cara kejurulatihan ini adalah untuk membantu atlet-atlet untuk lebih bertanggungjawab terhadap sikap kesukanan mereka yang akan membawa kepada hasil. Ini kerana, apabila atlet-atlet mengambil sepenuh tanggungjawab ke atas sikap mereka ketika bersukan, mereka akan lebih memahami sikap yang manakah yang akan membawa kepada pencapaian yang lebih bagus dan sebaliknya.

Dengan adanya kesedaran kendiri ini, atlet-atlet ini akan belajar untuk membetulkan sendiri teknikteknik permainan dan membuat keputusan yang paling tepat ketika berlatih ataupun dalam perlawanan.

ISU MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM DUNIA SUKAN

VIDEO

KESIMPULAN
Pengurusan yang cekap dan berkesan sangat penting dalam sesebuah organisasi sukan. Pengurusan kewangan adalah salah satu aspek pengurusan yang terpenting kerana dengan adanya dana kewangan, sesebuah organisasi itu mampu merealisasikan apa sahaja rencana yang dirancang untuk memajukan organisasi tersebut.

Teknik membuat keputusan dalam sukan pula penting dalam merancang strategi secara spontan bagi atlet-atlet untuk memenangi sesebuah pertandingan. Walau bagaimanapun, teknik membuat keputusan ini juga perlu ada bukan sahaja pada atlet-atlet, tetapi juga perlu ada pada pengurus pasukan dan juga pengadil pertandingan.

RUJUKAN
Abdullah Hakim (2012) Memahami Konsep Aset dan Liabiliti. http://www.hartanahdisini.com /memahami-konsep-aset-liabiliti/ Diakses pada 1 Februari 2013.
Ahmad Raflis Che Omar (2006) Pengurusan Kewangan Sukan. Pengurusan Sukan dan Aplikasinya di Malaysia. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Bo Hanson (2012). How to Improve Athlete Decision Making Skills. http://www.athl eteassessments.com/articles/improve_athl ete_decision_making_skills.html Diakses pada 1 Februari 2013. Michelene Maynard (2012). For Montreal, Memories of the Olympics Boondoggle Remain. http://www.theatlanticcities. com/arts-and-lifestyle/2012/07/montrealmemories-olympics-boondoggleremain/2714/ Diakses pada 1 Februari 2103.

Tasbih Alam (2010). Gaji Tertunggak Jejas Semangat Sukan Pemain Liga Professional. http://www.bharian.com.my/bharian/artic les/Gajitertunggakjejassemangatsukanpem ainligaprofesional/Article/ Diakses pada 1 Februari 2013. ______ (2012). Gaji Pemain Kuala Lumpur Tertunggak Tiga Bulan. http://sokernet. com/liga-malaysia/gaji-pemain-kualalumpur-tertunggak-tiga-bulan.html Diakses pada 1 Februari 2013.

Anda mungkin juga menyukai