Anda di halaman 1dari 1

Selamat sejahtera dan salam perpaduanDizaman sebelum penjajahan Inggeris pendidikan dalam kalangan rakyat jelata berlangsung secara

tradisional dengan ibubapa sebagai orang yang utama dalam proses pendidikan. Manakala semasa penjajahan inggeris, pendidikan berlangsung secara formal. Selepas merdeka, pendidikan berasaskan Akta dan bertujuan untuk perpaduan kaum. Pendidikan tradisional iaitu informal memberi keutamaan kepada agama, nilai murni, adab sopan, dan budi bahasa. Mereka amat memelihara keamanan, kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat. Selain itu anak anak juga diminta untuk menjalankan kegiatan ekonomi bagi kanak kanak lelaki dan pekara berkaitan rumah tangga bagi kanak kanak perempuan. Pendidikan zaman sebelum penjajahan bermatlamat untuk kesejahteraan dalam hidup. Pendidikan nonformal pula adalah aktiviti yang dilaksanakan semasa waktu lapang contohnya aktiviti mengaji. Pendidikan formal pula berlaku di istana oleh golongan bangsawan atau anak-anak kepada pembesar istana. Pendidikan ini berlangsung dengan lebih teratur kerana pengajaran dan pembelajaran ditetapkan dan guru-guru khusus dipanggil dengan menggunakan sukatan pelajaran termasuk 3M iaitu membaca,menulis dan mengira. Semasa zaman penjajahan Inggeris 3 jenis sekolah vernakular diperkenalkan dimana sekolah melayu,cina dan tamil dilaksanakan. Sekolah melayu berkisar kepada 3M disamping diterapkan juga ilmu alam,ilmu hisab dan latihan jasmani. Sekolah cina lebih berfokuskan kepada ajaran klasik cina,opera tulisan dan kebudayaan. Sekolah tamil dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah buta huruf,kurikulum adalah berunsur kerohanian dan kebudayaan hindu. Selepas kemerdekaan sistem pendidikan telah disatukan dan digubal untuk menyelaraskan system pendidikan bertujuan untuk mengeratkan perpaduan kaum,meningkatkan kemajuan Negara selaras dengan aspirasi Negara. Penyata Razak telah dijadikan asas kepada ordinan pelajaran 1957. Kandungan utama penyata Razak adalah bagi membentuk masyarakat dengan satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang utama. Secara kesimpulannya system pendidikan yang kekal dan relevan sehingga hari ini melibatkan gabungan ketiga-tiga sistem pendidikan pada zaman-zaman tersebut. Sistem Pendidikan terkini memberi penekanan kepada agama, penerapan nilai murni,pendidikan,kemahiran dan menyatu padukan rakyat yang berbilang kaum. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai