dan perbezaan sifat organisma itu (Kamus Dewan Edisi Keempat (2005)). Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Taksonomi Bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Taksonomi Bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada tiga domain, iaitu kognitif, afektif dan
psikomotor.Domain kognitif melibatkan pemikiran pelajar dimana ianya menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian dan ketrampilan berfikir. Domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan, emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi Bloom dibahagikan kepada enam aras. Bloom telah mengemukakan satu taksonomi domain kognitif yang mengandungi enam tahap hierarki iaitu, pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian Namun, sekitar tahun 1990-an, terdapat beberapa beberapa perubahan telah dilakukan secara berperingkat. Antara perubahan yang telah dilaksanakan ialah perubahan terminology. Sebagai contoh, tema pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian ditukarkan kepada mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan membina.