Anda di halaman 1dari 10

MEMBINA DAN MENGGUNAKAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BUKAN ELEKTRONIK

PEMINTAL LIDAH
Latih tubi bagi pengajaran lisan Guru menyediakan ayat-ayat yang mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid-murid Murid-murid menyebutnya berulang-ulang sehingga mereka mahir menyebutnya Ayat-ayat yang dibentuk mestilah ayat-ayat yang bermakna agar meninggalkan kesan kepada murid-murid.

Contoh: Letak Pandng pandan depan padang Midun tenung tukang tenun Letak tulang atas dulang Lusa beli rusa Berat beras dua belas kilo Letak cawan retak atas lantai, dekat rantai Kata cikgu Milah, itu salah, Sarah! Pawang letak bawang atas parang Lobak jatuh atas lopak Pagi esok bagi saya ragi Gali dua kali

PASANGAN MINIMAL
Pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan bunyi yang paling minimum/paling kecil tetapi mempunyai makna yang berlainan. Bunyi-bunyi itu sebenarnya adalah dua fonem yang berbeza tetapi perbezaan sebutannya amat kecil Salah satunya adalah fonem bersuara sementara yang satu lagi tidak bersuara Bertujuan untuk memahirkan murid-murid menyebutnya dengan tepat bunyi-bunyi yang hampir sama

Contoh: d- l ladang dedak gk bp s-t bm rl garam geli bagi keras

lalang ledak
karam keli pagi kerat

dayang layang dada lada


bagi tegak baba ulas balu baki tekak papa ulat malu

burung murung beras belas

tampal tampar

cj
t-d n- ng kh

baja

baca

jejak
tolak

cicak
dolak

tarah darah

bayan bayang padan padang tokok tokoh balak balah

PERMAINAN BAHASA
Cara untuk mempelajari bahasa melalui permainan Sesuai dari peringkat rendah sehingga menengah Menggunakan sepenuhnya kemahiran berbahasa seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis

KELEBIHAN
1. Untuk membolehkan para pelajar membiasakan diri menyebut sesuatu bunyi (sama ada perkataan, frasa atau ayat) dengan jelas, betul dan tepat. Di samping itu, mereka juga boleh berlatih mengucapkan ayat dengan sebutan, intonasi, tekanan, idea dan gaya yang betul. 2. Permainan bahasa dijadikan bahan rangsangan sama ada semasa memulakan sesuatu pelajaran di pertengahan atau di akhir sesuatu pembelajaran. Sebagai bahan rangsangan, permainan bahasa pasti dapat menarik perhatian pelajar. Ini kerana pelajar berpeluang menggunakan bahasa dalam suasana yang menyeronokkan serta terlibat secara aktif.

3. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, permainan bahasa lebih merupakan teknik mengulangkaji dan pengukuhan. Ini bermakna apa yang dipelajari itu diulang-ulang sehingga ia kekal dalam ingatan. Teknik ini berperanan meningkatkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu pembelajaran. 4. Masa untuk permainan bahasa dianggap sebagai masa beristirehat yang berfaedah. Ia berupaya menghilangkan rasa bosan dan letih setelah belajar sehari suntuk. Dengan cara bermain, pelajar dapat memperbaharui semangat dan minat untuk meneruskan pembelajaran mereka.

5. Pelajar berpeluang menggunakan kemahirankemahiran bahasa yang ada pada mereka dalam konteks dan situasi yang sebenar dan bermakna. Ini kerana semasa bermain, pelajar akan bertindak balas secara spontan iaitu dengan bertanya, memberi arahan, meneka, membaca dan sebagainya. Keseronokan bermain seperti ini akan menghidupkan keinginan pelajar untuk belajar, berfikir, mendengar dan mengeluarkan buah fikiran secara berkesan.

Anda mungkin juga menyukai