Anda di halaman 1dari 1

TAJUK:KEPENTINGAN BAHASA DALAM KEHIDUPAN.

Pendidikan bahasa bukan bidang eksklusif yang bersifat ilmiah semata-mata,tetapi merupakan bidang yang pragmatis juga niatnya . Maksudnya , pendidikan bahasa bukan sekadar pemberian maklumat atau fakta bahasa fonologi,tatabahasa,semantik mahupun kasa kata dan bukan juga pembinaan kemahiran berbahasa seperti mendengar,bertutur,membaca dan menulis secara mekanis dan pasif. Sejajar dan matlamat pertama tadi yang menekankan pengembangan potensi akilah anak didik,maka matlamat kedua ini berkaitan dengan penerapan penguasaan sistem bahasa dan kemahiran bahasa dalam kehidupan yang merentas pelbagai konteks,bidang dan keperluan.Dengan kemampuan menerapkan pengetahuan sistem bahasa dan penguasaan kemahiran berbahasa dalam kehidupan yang menyeluruh itu,diharapkan anak didik kemudian menjadi anggota masyarakat yang peka,akomodatit dan membantu keutuhan dan pelestarian segala unsur budaya yang menjadi asas jati diri atau identifikasi masyrakat itu. Kehidupan yang menyeluruh meliputi kehidupan dalam pelbagai unit sosial bermula dengan keluarga,sahabat handai,masyarakat umum,instituti kerjaya,media pertubuhan,negara dan di peringkat supranasional meliputi hubungan serantau dan antarabangsa.Dari segi bidang pula,kehidupan yang menyeluruh mencakup segala aspek yang menjadi tunjang kebudayaan dan tamadun seperti ekonomi,politik,pendidikan,sains,perubatan,undang-undang pentadbiran diplomasi. Dalam semua pelancongan,keputusan,kegiatan,interaksi dan penilaian yang berkaitan dengan semua unit sosial dan ramah kehidupan salah satu kemahiran insanilah yang teras.Tidak ada satu pun aspek kehidupan yang tidak memerlukan kemahiran bahasa dan komunikasi.Keharmonian keluarga dan persahabatan.Kecekapan dalam pentadbiran keberkesanan media dan kelancaran diplomasi antara Negara,sebagai contoh,memerlukan kemahiran bahasa dan komunikasi untuk menangani segala-galanya itu.Dalam konteks inilah pendidikan bahasa membolehkan atau memungkinkan anak didik menjadi anggota masyrakat yang dapat berperanan memenuhi segala keperluan itu.

Anda mungkin juga menyukai