Anda di halaman 1dari 6

Keruntuhan Akhlak Remaja dan cara cara mengatasinya. Banyaknya gejala sosial. Pergaulan bebas. Cinta remaja.

a remaja. Kurang didikan agama. Kurangnya kesedaran sivik. Gejala Mat Rempit. Pengaruh barat. Tidak menjadikan Al-Quran sebagai santapan minda.

Cara-cara mengatasi. Menjadikan ibubapa sebagai rakan karib. Pilih rakan yang sesuai. Menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan. Menjadikan Nabi Muhammad sebagai idola. Keluarga bahagia. Menerapkan nilai nilai murni.

Tanda tanda datangnya Hari Kiamat adalah anak anak muda akan derhaka pada ibunya, jauh daripada bapanya dan menjadikan rakannya sebagai teman karibnya . Daripada ayat di atas dapat disimpulkan bahawa zaman dunia sudah sampai ke penghujungnya. Ini kerana, dewasa ini anak anak muda sering alpa, sering membantah kata ibubapanya dan lebih menyenangi kawan kawannya. Mengapa ini terjadi? Adakah kerana pemikiran ortodoks dari ibubapa menjadikan anak anak muda menjadi kalut untuk mendampingi orang yang pernah susah menjaga kita sejak dari lahir hingga kita pandai berjalan, bercakap, makan, dan yang lebih penting, telah menjadikan kita seorang yang berilmu pengetahuan. Sedihnya hakikat ini, sungguh menyayat hati. Akhlak dari segi bahasa bermaksud adab. Tapi kemana perginya adab anak muda zaman sekarang. Jika kita lihat banyaknya jenayah jenayah yang dilakukan oleh remaja belasan tahun, seawal umur 10 tahun sudah pandai mencuri, bila berumur lebih dewasa apa pula yang dilakukan? Fikir fikirkanlah sendiri. Adakah kekangan ini berpunca dari kelemahan ibubapa, guru, ataupun pihak pihak berwajib? Sedarlah wahai anak muda sekalian, sesungguhnya anda adalah bakal pemimpin generasi akan datang. Adakah anda mahu lihat Malaysia akan datang adalah sebuah negara yang lemah, dipandang hina oleh negara negara lain. Tidak sedihkah anda memikirkin hal ini ? Subahanallah..

Mengapa Allah menjadikan tebu ? Mengikut kajian saintis gula adalah diantara punca menularnya banyak penyakit, seperti diabetes, kencing manis, penyakit penyakit sampingan yang lain. Tapi perlu diingat juga bahawa menurut kajian glukosa yang dihasilkan melalui pencernaan gula adalah punca utama tenaga dalam badan kita yang disintesis oleh satu organel iaitu mitokondrian. Maha suci Allah kerana setiap yang berlaku ada kebaikan dan keburukannya. Daripada petikan di atas adalah logiknya bahawa sebagai manusia kita perlu mengambil sesuatu secara seimbang. Seperti yang kita tahu akhlak remaja hari ini sungguh teruk kerana mereka hanya memikirkan keseronokkan duniawi semata mata tanpa memikirkan akhirat dimana tempat tinggal mutlak dan selama selamanya bagi kita. Kenapa terjadinya perkara ini ? Jika kita renungkan Hukum Kanun melaka ada menyatakan tentang didikan agama sangat penting, tapi kenapa rata rata remaja hari ini boleh dikategorikan buta Islam sedangkan mempunyai nama bin dan binti. Kenapa ada yang suka membuka hijab sedangkan mereka tahu hukumnya adalah haram. Mengapa ada remaja Islam hari ini suka minum arak sedangkan mereka tahu arak itu boleh memabukkan, membahayakan kesihatan, dan yang penting hukumnya adalah haram. Jika kita fikirkan mengapa peraturan Allah itu penting, kerana banyak hikmahnya. Antaranya, jika menutup hijab, ia dapat melambangkan diri kita yang penuh dengan kesopanan dan indah dipandang mata. Mengapa disuruh bersolat? Kerana menurut kajian saintis bila kita bersolat darah dalam badan kita akan mengalir ke dalam satu salur darah di mana salur darah ini tidak akan dimasuki darah bila kita tidak bersolat. Maha suci Allah, Tuhan sekalian alam.

Indahnya tamadun Islam ketika dahulu, jika dikaji sejarah sejarah Islam, dapat dilihat betapa kuatnya Islam ketika dahulu, yang pernah menguasai 2/3 dunia. Tamadun islam unggul pertama telah dibentuk oleh Rasullullah di Madinah Al Munawwarah yang sebelum itu dikenali sebagai Yathrib. Mengapa hari ini Islam dipandang hina ? Ini kerana anak muda hari ini tidak menjadikan bacaan bacaan mereka kitab kitab yang berlandaskan Al Quran. Mereka lebih gemar membaca majalah MANGGA, komik komik Jepun dan sebagainya. Ingatlah anak anak muda walaupun pihak Jepun sudah tidak menjajah kita lagi, tapi ingatlah mereka akan datang kembali menjajah Malaysia, tapi bukan dangan senjata api, kereta kebal atau nuclear, tapi mereka akan datang membawa selipar Jepun, Naruto, Dragon Ball dan macam macam lagi. Mahukah kita dijajah semula wahai anak muda bangsaku? Untuk itu, mengapa remaja hari ini lebih suka membazir masa dari melakukan perkara perkara yang berfaedah ? Senarionya, jika kita lihat di sudut sudut pasaraya, kaki lima dan tepi tepi jalan, seringkali kita lihat budaya melepak yang kian menular dalam remaja kita. Apakah ini budaya masyarakat Melayu yang digembar gemburkan adalah masyarakat yang rajin, berpengetahuan dan tingginya budaya saing. Tetapi malangnya perkara ini cuma indah khabar daripada rupa, sangat memilukan bila melihatnya. Mengapa ini terjadi ? Sedihnya

Nabi Muhammad mempunyai akhlak dan sifat yang sungguh terpuji. Jika kita lihat sejarah Islam bagaimana Saidatina Khadijah terpikat dengan Rasulullah s.a.w, ini kerana bukan paras rupa, tetapi kerana akhlak Rasulullah itu sendiri, jika kita lihat bagaimana baginda berniaga, sungguh jujur dan tidak pernah hilang senyuman diwajahnya. Tuntasnya, remaja hari ini digesa bersifat sedemikian agar nilai nilai murni dapat diterapkan dalam diri mereka, seterusnya menjadikan mereka insan yang bersopan santun dan berpekerti terpuji. Jika, nilai nilai murni dapat diserapkan ke dalam diri mereka sudah tentu gejala sosial yang semakin parah dapat diatasi. Sehubungan dengan itu, masyarakat harus digesa menerapkan nilai nilai murni dalam diri anak mereka selaraslah dengan masyarakat Malaysia yang tinggi adab dan cantik akhlaknya. Dengan cara ini diharap kekengan gejala sosial yang melanda para remaja dapat di atasi sedikit demi sedikit. Sejarah Islam juga ada menunujukkan budi pekerti yang sopan antara dua sahabat iaitu Muhajirin dan Ansar. Muhajirin adalah kaum yang berhijarah dari Mekah ke Madinah dan kaum Ansar pula adalah kaum yang tinggal di Madinah. Persaudaraan mereka membuatkan diri kita terharu apabila menghayatinya dan menjadikan diri kita sayang kepada sesama saudara. Jika konsep persaudaraan itu utuh dalam diri kita, nescaya gejala gejala yang meruntuhkan remaja kita dapat di atasi. Selain itu, kita sebagai ahli dalam komuniti Malaysia seharusnya lebih bersikap prihatin dan lebih bertanggungjawab. Oleh itu, marilah kita sama sama bina ukhuwah yang diredhai agar diri kita dapat membentuk rakan rakan kita yang kurang kesedaran sivik dalam diri mereka. sesungguhnya nasib sesuatu kaum itu tidak dapat diubah melainkan mereka sendiri yang mengubahnya, tapi biarlah keadaan persekitaran kaum itu penuh dengan perasaan positif, agar kaum itu dapat berubah dari yang negative ke positif. Insyaalllah

Anda mungkin juga menyukai