Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga, sahabat-sahabat baginda dan seterusnya kepada semua saudara seperjuangan yang bertebaran di muka bumi Allah. Bersyukur kami kepada Allah S.W.T di atas limpah kurniaan dan InayahNya dapatlah kami menyiapkan t ugasan Pengurusan dan

Pentadbiran Pendidikan Jasmani (PJM 3112) pada semester ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini terutamanya pensyarah pembimbing,Encik Mohd Rozlan bin Ismail. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar daripada beliau, semestinya tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya akui bahawa sepanjang melaksanakan tugasan ini pelbagai kekangan dan masalah yang kami hadapi tetapi dengan dorongan daripada pensyarah kami berjaya menyiapkan tugasan ini. Selain itu juga kami ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kami yang turut membantu dan memberi dorongan dan semangat untuk kami melaksanakan tugasan dengan jayanya sepanjang tugasan ini dijalankan. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan sekelas yang bersama-sama membantu kami dalam menyelesaikan tugasan ini mengikut masa yang ditetepkan dan bersama menghadapi susah dan senang semasa tugasan ini dijalankan. Mereka banyak berkongsi idea dan juga banyak memberi tunjuk ajar yang berkaitan yang dilakukan sepanjang tugasan ini dilaksanakan. Akhir sekali terima kasih ini ditujukan juga kepada semua yang telah membantu saya melaksanakan tugasan ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Tanpa pertolongan semua tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai