Anda di halaman 1dari 5

TAJUK 5 LATIHAN 4 CONTOH KERTAS CADANGAN

KERTAS CADANGAN MEWUJUDKAN DAN MENCERIAKAN BILIK RESOS MATEMATIK

1. Pendahuluan

Bilik Resos Matematik perlu diwujudkan bertujuan untuk memastikan pengurusan bahan, fail dan alat bantu mengajar diatur dengan baik dan dengan ini

akan memudahkan guru melakukan proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain berperanan menyimpan bahan bantu mengajar bagi kegunaan guru, keadaan persekitaran yang cantik dan kondusif juga menjadi faktor penting untuk menarik muridmurid untuk datang ke Bilik Resos Matematik dengan lebih kerap. Keadaan bilik yang cantik juga penting untuk menjadikan bilik tersebut sebagai salah satu tempat santai yang berguna dan berilmiah khususnya kepada murid-murid.

Sejajar dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Membangunkan Potensi Individu melalui Pendidikan Berkualiti, maka Panitia Matematik mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan menceriakan Bilik Resos Matematik. Maka wajarlah

ia dipertimbangkan dan mendapat perhatian untuk menjamin kualiti pendidikan anak didik bagi menjamin kecemerlangan pelajarnya pada masa akan datang yang semakin mencabar.

2.

Objektif Penggunaan yang optimum Bilik Resos Matematik dalam kalangan warga sekolah dapat mendedahkan dan meminati Matematik.

Membentuk suasana Bilik Resos Matematik yang lebih ceria dan selesa untuk kemudahan warga sekolah.

Dapat melahirkan murid yang cintakan ilmu yang dapat melahirkan generasi yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi.

Menempatkan bahan bacaan dan rujukan yang diminati murid untuk menambah ilmu pengetahuan.

3.

Rasional & Matlamat Memastikan Bilik Resos Matematik sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan ceria serta lengkap dengan maklumat pembelajaran yang berkaitan dengan Matematik supaya guru dapat bahan p&p dengan mudah dan murid dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Meningkatkan kualiti pengurusan fail dan penyimpanan bahan bantu mengajar dengan lebih sistematik untuk menjadi sekolah Berprestasi Tinggi.

4.

Lokasi Sasaran Bilik Resos Matematik ( bersebelahan dengan makmal komputer) rujuk lampiran.

5.

Bahan-bahan yang diperlukan (Anggaran Perbelanjaan)

Bahan-bahan keperluan dan bahan untuk keceriaan Bilik Resos Matematik BIL 1. PERKARA Polystrine colour Mesin pencetak 3 dalam 1 2. Printer 3 in 1 3. 4. 5. 6. Alat Pemotong Polystrine Tikar Getah Laminating Film Kertas A4 Stationary 7. (double tape,double sided) 8. 9. 10. 11. 12. 13 14 Cat simen ( unggu muda) Kertas warna (warna biru tua) Kertas kajang (examination pad ) Langsir, rel dan cangkuk Rak buku Cutter papar trimmer Hole Punch 5 liter 30 x RM 1.20 5 rim x RM 16.00 5 panel 2 X RM 150 1 1 RM 38.00 RM 36.00 RM 80.00 RM 300.00 RM 300.00 RM 90.00 RM 15.00 RM 20.00 1 1 Gulung 1 pack 10 rim RM 120.00 RM 300.00 RM 42.00 RM100.00 1 RM 350.00 1 KUANTITI pack ANGGARAN HARGA RM 92.00 CATATAN

15 16 17 18 19 20

Staples Gun Sahibba CD Bunner Rod Cusseinaire Jalur Pecahan Jam dinding Jumlah

1 5 X RM 55.00 50 keping 2 buah X RM 60.00 5 X RM 22.00 1

RM 20.00 RM 275.00 RM 50.00 RM 120.00 RM 110.00 RM 40.00 RM 2498.00

6.

Sumber Kewangan PIBG Sekolah

7. Organisasi Panitia Matematik

Ketua Ajk :

Herwiq bin Panusul. Aznie Aniezah binti Ahmad Jais Ahimin bin Kerisim. Ngawang kunga Nyau Zong He Asveene a/p loganathan

8. Penutup Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan dalam melahirkan murid yang cemerlang dari semua sudut sama ada dari segi akademik, akhlak dan sahsiah di samping memberi semangat dan menarik minat murid dalam mata pelajaran Matematik. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan daripada Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan

pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar dan diberkati .

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

....................................... ...... (HERWIQ BIN PANUSUL.) ISMAIL) Ketua Panitia Matematik. Guru Besar.

..........................

(PN.HJH. FARAH SYAZWANI BINTI

Disahkan oleh,

.. ( YDP PIBG )

Anda mungkin juga menyukai