Anda di halaman 1dari 9

TAJUK 5

: KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Bahagian Penilaian Bertutur

Penilaian Kemahiran Menyebut Lazimnya dijalankan dalam kalangan murid-murid yang belum boleh bertutur dalam bahasa yang mereka pelajari. Perlu dilakukan dalam kalangan murid yang sukar membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau bunyi daripada bunyi-bunyi pinjaman.

Penilaian Kemahiran Bertutur Kemahiran berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan bahasa iaitu untuk melahirkan perasaan, pendapat, kehendak dan sebagainya. Memerlukan seseorang itu berfikir dan menghasilkan ayat-ayat secara spontan dan bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan.

Teknik Menguji Kemahiran Bertutur

Mengajuk dan meniru sebutan yang diperdengarkan Murid mendengar sebutan perkataan, frasa atau ayat yang diperdengarkan oleh guru mengikut konteks situasi. Ayat-ayat boleh dipetik daripada bahan bercetak seperti cerita.

Menyebut perkataan pasangan minimal Murid menyebut pasangan perkataan yang sukar disebut dan didiskriminasikan bunyinya. Guru memaparkan perkataan dan menyuruh murid menyebutnya. Guru memaparkan perkataan lain yang hampir sama bunyi dan menyuruh murid menyebut. Guru merumuskan perbezaan bunyi kedua perkataan.

Teknik Menguji Kemahiran Bertutur

Membaca kuat Ujian membaca kuat boleh digunakan untuk murid yang telah tahu membaca. Dengan membaca kuat, murid dinilai dari segi kelancarannya membaca dengan nada, intonasi dan gaya mengikut wacana dan konteks ayatayat dalam petikan yang dibaca itu.

Pemarkataan Untuk memudahkan pemarkataan ditentukan bahawa hanya satu atau dua perkara sahaja yang dinilai ( misalnya intonasi ayat dan penyebutan dua atau tiga fonem yang menjadi masalah)

Bertutur dengan gerak balas terhad

Bertutur mengikut arahan

Mengikut teknik ini, guru memberikan arahan tertentu supaya murid memberi gerak balas secara terhad terhadap arahan tersebut

Beertutur berdasarkan gambar

Murid perlu memberi gerak balas kepada soalansoalan itu

Di sini, gambar, peta, objek atau apa sahajabentuk pictorial diagram perlu digunakan dan beberapa soalan dikemukakan oleh guru

Membaca Kuat

(a) Aspek yang diuji - sebutan, pertuturan dan intonasi

(b) Bahan - sederhana panjang, sesuai denngan umur murid dan tahap penguasaan bahasa. Masa yang sesuai untuk membaca ialah 2-3 minit

Kelebihan

Guru mudah membuat perbandingan kerana gerak balas murid tetap dan terkawal Banyak subkemahiran bertutur yang dapat dinilai seperti kecekapan menyebut bunyi, kecekapan memberhentikan pembacaan mengikut unit makna dan nahu, dan kecekapan mengucapkan ayat dengan nada, intonasi, dan tekanan yang betul

Kelemahan

Tidak menunjukkan ciri-ciri komunikasi yang sebenar mengikut konteks kerana murid hanya membaca bahan Oleh itu, aspek-aspek kecekapan memilih struktur kata hormat, spaan membina ayat secara natural dan spontan tidak dapat dinilai

Bertutur Secara Berpandu

Bertutur secara berpandu memberi peluang yang lebih bebas kepada murid bertutur dengan menggunakan kemahiran yang mereka telah kuasai

Walau bagaimanapun, batasan masih ada, iaitu fokus pertuturan mereka itu tertakluk kepada sesuatu yang telah ditetapkan oleh guru

Pertuturan mereka tidaklah terikat kepada perbendaharaan kata dan bentuk-bentuk ayat soalan guru sebaliknya mereka berpeluang memilih perkataan dan membina ayat-ayat mereka sendiri

Teknik-teknik yang tergolong dalam penilaian bertutur secara berpandu Menceritakan semula sesuatu cerita atau petikan yang diberikan oleh guru (e) Aspek yang diuji ialah kemahiran mendengar dan memaham (jika petikan dibaca oleh guru). Kemahiran membaca dan memaham (jika petikan dibaca oleh murid. Kecekapan menggunakan kata, frasa dan ayat dengan gaya bercerita yang betul

(a) Guru memberi murid petikan cerita pendek

(b) Murid membaca senyap

(c) Guru membaca kuat petikan

(d) Murid menceritakan semula petikan yang dibaca oleh guru

Membuat penjelasan atau pemerian mengenai sesuatu perkara

Teknik ini dapat menilai kecekapan bertutur secara spontan, tanpa bimbingan guru

Murid diminta mangingat atau mengimaginasikan sesuatu dan menjelaskan sesuatu mengenainya misalnya percutian semasa cuti sekolah

Main peranan

Teknik ini juga digunakan untuk menguji kemahiran bertutur

Guru perlu memikirkan situasi tertentu yang membolehkan murid memainkan peranan tertentu

Guru perlu menerangkannya dengan jelas sebelum mengarahkan murid melakonkan apa yang dikehendakinya

Penilaian ini boleh dijalankan secara individu ataupun secara berpasangan

Teknik ini dapat menilai kecekapan murid memilih bentuk bahasa yang sesuai dengan situasi dan dengan penutur tertentu

Temu bual dan Temu duga

Teknik temuduga atau temubual dalam menilai kemahiran bertutur dengan cara memberi peluang yang lebih bebas kepada murid untuk bertutur dengan menggunakan kecekapan berbahasa mereka sendiri

Teknik ini mewujudkan situasi komunikasi yang sebenar dalam kalangan penemuramah dengan penemuduga, sama ada antara guru dengan murid atau murid dengan murid

Dengan demikian, guru boleh menilai kebolehan sebenar muridmurid menggunakan bahasa secara lisan dalam konteks sebenar

Pemarkatan Ujian Bertutur

Pemarkatan Secara Objektif

Pemarkatan Secara Holistik

Pemarkatan secara objektif sesuai digunakan untuk murid-murid peringkat rendah yang belum mempunyai asas penguasaan lisan yang kukuh dan belum boleh bertutur dengan lancar

Pemarkatan bagi ujian lisan juga boleh dilakukan secara holistik atau keseluruhan, iaitu kebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh murid itu diberikan makat secara keseluruhan bukan secara perincian sebagaimana yang di contohkan sebelum ini

Pemarkatan Secara Objektif

Penilaian kemahiran lisan, antara lain boleh dilakksanakan melalui tugasan berikut

Memadankan - memadankan objek dengan tulisan ; gambar denagn tempatnya dan memadankan harga dengan objeknya ; memadankan pasangan, aspek yang berlawanan, sama dan sebagainya Mengelompok - misalnya haiwan mengikut jenis dan jantinanya ; buah-buahan, tempat kediaman, kumpulan etnik dan sebagainya Menyusun dan melengkapkan - menyusun maklumat mengikut saiz, warna, umur, kepentingan dan seumpamanya; menyusun perkataan menjadi ayat, peristiwa, isi karangan dll Menyelesaikan masalah - menerangkan cara untuk sampai ke destinasitertentu dangan selamat Berinteraksi - melalui telefon, lakonan, dialog, forum dll Simulasi - main peranan dalam lakonan, forum dll Projek - perbincangan mengenai prestasi, prosedur, bahan projek, kos, pelaporan dll

Pemarkatan Secara Holistik Lima komponen besar kemahiran bertutur

sebutan

kefahaman

ketatabahasan

kelancaran pertuturan

keluasan perbendaharaan kata

Anda mungkin juga menyukai