Anda di halaman 1dari 7

Harian Metro

--------------------------------------------------------------------------------

Minda: Pembentukan modal insan secara holistik

Sehubungan itu, pembangunan modal insan perlu dirancang dengan rapi dan pelaksanaannya perlu diselia dengan baik, beramanah demi memastikan matlamat tersebut tercapai.

Ini berdasarkan hala tuju Malaysia yang berhasrat menjadi sebuah negara maju yang mampu melahirkan modal insan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan.

Justeru, landasan untuk memajukan sesebuah negara banyak bergantung pada modal insan yang dilahirkan. Pembangunan modal insan sangat penting. Pembentukan negara bangsa menjadi semakin mencabar terutama pada era globalisasi.

Jelaslah, globalisasi bukan saja berkuasa menggerakkan modal, barangan dan manusia, tetapi berupaya mengubah gagasan, budaya, cara hidup, nilai dan jati diri secara terus menerus. Gagasan tersebut mampu menjadi kenyataan sekiranya rakyat peka dan membuat penilaian sebelum menerima apa saja yang dibawa arus globalisasi.

Ini terbukti melalui peruntukan besar RM29.3 bilion kepada sektor pendidikan negara yang jelas menunjukkan bahawa kerajaan amat mementingkan pembangunan modal insan melibatkan seluruh masyarakat sama ada di bandar atau luar bandar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pelajaran telah menerima suntikan besar dalam Bajet 2011 iaitu peningkatan 14.9 peratus berbanding tahun ini, RM24.5 bilion.

Menurut beliau, peruntukan untuk pembangunan sektor pendidikan juga meningkat RM1.5 bilion atau 26.5 peratus iaitu kementerian menerima RM4.9 bilion bagi tahun ini dan meningkat kepada RM6.4 bilion pada 2011.

Jelasnya lagi, semua itu termasuk peruntukan istimewa RM250 juta untuk pembangunan Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil dan sekolah mubaligh serta sekolah bantuan kerajaan.

Peningkatan itu lebih 500 peratus berbanding hanya RM39.2 juta yang diterima pada tahun ini yang dijangka mendapat faedah maksimum dan kerajaan amat mementingkan pembangunan modal insan dengan Kementerian Pelajaran bersama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia diberikan tanggungjawab melengkapkannya, katanya.

Melalui peruntukan besar ini, usaha membangunkan modal insan perlu dibuat secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual termasuk dalam bidang sains dan teknologi dan keusahawanan, pembudayaan sikap progresif serta pengamalan nilai, etika dan modal yang tinggi seperti ditegaskan dalam Pelan Integrasi Nasional.

Dalam melaksanakan usaha ini, kerajaan membawa masuk guru pakar bahasa Inggeris seramai 370 orang dari luar negara yang akan memulakan tugas mereka tahun depan.

Guru pakar bahasa ini tidak akan ditempatkan untuk mengajar di sekolah saja, sebaliknya bertanggungjawab membantu guru tempatan yang mengajar bahasa tersebut. Mereka juga akan membantu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah yang akan memberi manfaat kepada pelajar ke arah membentuk modal insan berilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam bahasa.

Sementara itu, projek susu sekolah 1Malaysia yang telah dilancarkan akan terus dimanfaatkan pelajar di samping pemberian multi vitamin di sekolah rendah seluruh negara bagi meningkatkan kesihatan, sekali gus menyeimbangkan pemikiran dan membentuk modal insan sihat, cergas dan berkualiti.

Justeru, modal insan berkualiti mesti mempunyai tahap kesihatan yang baik dan dapat meningkatkan pemahaman terhadap apa juga ilmu pengetahuan serta kemahiran yang diajar guru di sekolah. Mereka ini akan mampu berdepan dengan cabaran semasa dan bersaing di peringkat antarabangsa.

Ini ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika pembentangan Bajet 2011 yang menyatakan modal insan berkualiti, berkemahiran dan berpengetahuan, kreatif dan inovatif adalah prasyarat mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Oleh itu, aspek pendidikan dan latihan akan disusun semula dan diperkukuhkan.

Hasrat kerajaan ini seharusnya difahami ibu bapa dan guru yang menjadi tenaga penting ke arah menyediakan modal insan berdaya saing dalam menghadapi cabaran masa depan negara. Apa yang penting adalah pengisian modal insan yang berilmu, berakhlak dan bermoral tinggi.

Kesimpulannya, penekanan ini sejajar dengan perancangan negara untuk melahirkan modal insan yang mantap dari segi ilmu pengetahuan dan akhlak. Hanya melalui ciri-ciri ini pembangunan negara mampu direalisasikan untuk mencapai kemajuan yang dicita-citakan.

Penulis berkelulusan PhD Persuratan Melayu, UKM.

--------------------------------------------------------------------------------

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online . Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhadhttp://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Pembentukanmodalinsansecaraholist ik//Article/article_print

Sabtu, 16 Ogos 2008 Cabaran pendidik bina modal insan unggul Oleh Ruzain Syukur Mansor

HARTA paling berharga bagi sebuah negara adalah warganya sendiri. Kualiti rakyat sesebuah negara disifatkan modal insan yang perlu ditagih buat memacu kegemilangan.

Cabaran pembinaan modal insan terletak sebahagian besar di bahu pendidik. Mereka terbabit dalam dunia pendidikan dan latihan untuk mengembangkan potensi, bakat dan kualiti seseorang murid atau pelajar.

Pendidikan penting dalam menyediakan negara dengan modal insan berkualiti yang memiliki sahsiah, berkemahiran tinggi serta mampu berfikir secara kreatif dan kritis khususnya untuk mengisi ruang pemodenan menuju wawasan 2020.

Antara tugas penting warga pendidik dalam membangun modal insan ialah membentuk personaliti unggul dalam membina kepemimpinan mantap.

Personaliti unggul bakal diterjemahkan melalui peribadi mulia, mempunyai sifat amanah dan kepemimpinan mulia serta berdisiplin dalam setiap tugasan.

Cabaran warga pendidik pastinya pada menyemai benih nilai murni ke arah pembentukan personaliti unggul itu. Perancangan rapi harus direncana bagi merealisasikan impian itu.

Di antara tugas utama warga pendidik ialah meningkatkan keupayaan, minat dan bakat murid bagi menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Penguasaan bahasa Inggeris sebagai penambah nilai modal insan dikenal pasti antara perkara yang dititikberatkan melalui beberapa strategi berikut:

l Program bacaan awal berstruktur sekolah rendah bagi menanam minat membaca dan bertutur di kalangan murid.

l Program sastera kontemporari sekolah rendah bagi meningkatkan minat membaca, bertutur dan memperluaskan kosa kata bahasa Inggeris di kalangan murid.

l Aktiviti selepas peperiksaan UPSR bagi mempersiapkan murid tahun enam dengan pengajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris

Selain itu, pendidikan sains adalah usaha memperkasakan minda saintifik di kalangan murid. Rangsangan minda mampu melahirkan murid yang berfikir secara kreatif dan inovatif serta mempunyai daya inkuiri tinggi. Untuk itu, pengenalan Program F1 Technology Challenge and Robotic kendalian Kementerian Pelajaran memberikan pendedahan minat berfikiran ala saintifik dan berinovasi di kalangan anak muda.

Galakan penggunaan ICT pula dalam pengajaran dan pembelajaran seperti pengenalan pengajaran ICT Learning seawal peringkat tahap satu di sekolah rendah dapat merangsang minda murid untuk menerapkan elemen teknologi maklumat di dalam pemikiran bercorak futuristik.

Pembangunan modal insan di kalangan pelajar juga dititikberatkan melalui pembentukan keterampilan dan sahsiah unggul. Di peringkat Kementerian Pelajaran, usaha itu digarap melalui pemantapan kurikulum.

Rentasan nilai murni banyak diterapkan melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral. Pada 2005, pemerkasaan pengajaran Pendidikan Islam diserlahkan melalui pelaksanaan program j-QAF dan penulis ialah guru yang melaksanakan program cetusan idea Perdana Menteri ini.

Mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan pula diperkenalkan pada 2005 kepada murid tahun empat dan pelajar tingkatan satu bagi meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab dan peranan sebagai warga negara berkualiti.

Pemantapan aktiviti kokurikulum bakal melonjakkan potensi kepemimpinan dalam memastikan keseimbangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Memorandum langkah memantapkan program kurikulum pada 2005 memutuskan pembabitan pelajar dalam aktiviti kokurikulum menyumbang 10 peratus kepada syarat kelayakan memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam, sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik.

Pembabitan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat membina modal insan cemerlang dari segi:

l Meningkatkan kemahiran sosial dan interaksi, seterusnya memperkukuh integrasi kaum.

l Melengkapkan diri pelajar dengan kualiti kepemimpinan, jati diri dan daya tahan.

l Memperkukuh disiplin diri melalui penyemaian sahsiah dan pematuhan kepada rukunegara.

l Mencungkil bakat dan potensi diri.

l Menyingkap minat murid terhadap kepelbagaian aktiviti luar dan mencabar.

Modal insan kelas pertama tidak hanya hebat dengan kepakaran dan kemahiran, tetapi mengamalkan budi bahasa dan pekerti mulia. Justeru, Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni menjadi teras pembinaan modal insan berbudaya unggul.

Penganjuran kempen itu diharapkan murid menghayati Rukunegara dan dididik supaya menghayati amalan hidup berbudi bahasa, menghormati orang lain serta meneguhkan pengajaran nilai merentas kurikulum.

Bagi memperkukuhkan jati diri, aspek pengukuhan disiplin juga menjadi keutamaan warga pendidik. Melalui kempen Anti Buli, Anti Ponteng, serta pembabitan ahli masyarakat dalam kempen pencegahan salah laku murid, diharapkan sedikit sebanyak membantu usaha mendisiplinkan murid.

Berdasarkan statistik daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 di bawah subtajuk membangun modal insan, kes disiplin di sekolah telah menurun.

Penurunan 0.04 peratus iaitu daripada 2.11 peratus pada 2003 kepada 2.07 peratus pada 2004. Penurunan 0.33 peratus iaitu daripada 2.07 peratus bagi 2004 kepada 1.74 peratus bagi 2005. Ia

hasil pemuafakatan semua pihak bagi memastikan modal insan yang dilahirkan berdisiplin tinggi serta bermaruah.

Melalui kupasan ringkas dan ruang terbatas ini, mustahil untuk penulis memperincikan peranan warga pendidik dalam membangun modal insan di sekolah. Namun, ia mampu memberikan gambaran umum bagaimana warga pendidik berperanan melonjakkan kecemerlangan modal insan.

Segalanya tidak akan menjadi realiti jika usaha itu tidak disokong semua pihak.

Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), pentadbir sekolah serta masyarakat harus berganding bahu menggembleng tenaga membangun modal insan bersepadu.

myMetro Online: 16 Ogos 2008 Dicatat oleh GURU_CIKGU di 9:27 PTG Label: motivasi/kemajuan/perubahan Tiada ulasan: Catat Ulasan

Anda mungkin juga menyukai