Anda di halaman 1dari 12

Tajuk:-Perniagaan runcit Pasar Malam Di Taman Desa Murni,Sungai Dua,Butterworth Pulau Pinang.

Nama:-Siti Umairah Binti Baberzuman Kelas:-3 Sigma Nama Guru:-Pn Badariah Binti Ahmad

Perkara 1)Penghargaan 2)Pendahuluan 3)Objektif Kajian 4)Kawasan Kajian 5)Kaedah Kajian 6)Dapatan Kajian 7)Rumusan 8)Lampiran 9)Rujukan

Halaman

Penghargaan

Pertama sekali, saya ingin melahirkan kesyukuran ke hadrat Allah atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Geografi ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang dianugerahkan oleh-Nya. Seinfiniti penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Badariah Binti Ahmad selaku guru Pendidikan Geografi saya yang telah banyak membantu dan membimbing saya. Dengan tunjuk ajar beliau yang begitu jelas dan padat amat membantu saya sepanjang pembikinan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibubapa saya yang tidak berputus-putus memberi sokongan dan galakan yang begitu jitu kepada saya. Dengan segala kerjasama mereka telah menaikkan semangat saya untuk meneruskan usaha dalam menyiapkan kerja kursus ini. Seterusnya kepada rakan sepejuangan yang sering memberi sokongan dan dorongan disamping juga banyak membantu saya dalam mencari bahan-bahan untuk kerja kursus ini serta sudi berkongsi idea-idea yang bernas. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka. Akhirulkalam, semoga Allah member ganjaran pahala kepada muslimin dan muslimat yang terlibat dalam penghasilan kerja kursus ini.

Pendahuluan

Kajian kerja kursus ini wajib dilakukan kerana ia termasuk dalam sukatan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Saya sebagai calon peperiksaan Penilaian Menegah Rendah (PMR) memilih perniagaan runcit di pasar malam sekitar sebagai tajuk Kerja Kursus ini. Oleh itu, saya telah diarahkan oleh guru untuk menghasilkan kajian ini di Pasar Malam Taman Desa Murni.

Faktor utama saya memilih tajuk ini adalah kerana Taman Desa Murni yang merupakan sebuah pekan yang pesat serta .Hal ini, akan memudahkan proses saya dalam pembikinan Kerja Kursus ini.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini bermula pada bulan April sehingga bulan Jun. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan sepanjang bulan tersebut sebelum tamat tempoh.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manafaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada rakyat Malaysia.

Terdapat beberapa objektif kajian yang dijalankan supaya pelajar dapat:-

1)Menghuraikan kesan negatif perniagaan runcit di Taman Desa Murni. 2)Menjelaskan kepentingan perniagaan runcit di Taman Desa Murni. 3)Menghuraikan factor yang mempengaruhi perniagaan runcit di Taman Desa Murni. 4)Mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit di pasar malam Taman Desa Murni.

1)Kajian ini telah dijalankan di Taman Desa Murni,Butterworth Pulau Pinang. 2)Pasar malam ini diadakan setiap hari khamis bermula pada pukul 5.30 petang hingga 10.00 malam.Pelbagai barangan yang dijualkan seperti pakaian,makanan,buah-buahan dan pelbagai lagi. 3)Lokasi pasar mala mini ialah di Taman Desa Murni Sungai Dua,Butterworth Pulau Pinang. 4)Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandar Kepala Batas,Butterworth dan kira-kira 5 kilometer dari tempat tinggal saya.

1)Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian di pasar malam ini untuk mendapatkan maklumat tentang kajian yang dijalankan. 2)Temu Bual Seterusnya saya telah menemubual beberapa orang penduduk untuk menanyakan sejak bila pasar mala mini ditubuhkan dan banyak lagi. 3)Soal Selidik Menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi. 4)Rujukan Selain itu,saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.

8.1 Konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan kajian Menurut buku teks perdagangan tingkatan empat,perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna terakhir kuantiti yang sedikit untuk kegunaan diri sendiri,ahli keluarga,isi rumah atau untuk diberi kepada individu lain seperti rakan dan jiran. Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ini ialah perniagaan runcit kecil-kecilan sahaja.Sebagai contohnya,penjual makanan dan minuman,penjual aiskrim,penjual ikan dan sayur,buah-buahan dan pakaian.Biasanya gerai yang didirikan bersifat sementara dan mereka ini akan bergerak darpada satu tempat ke tempat yang lain.

8.2 Kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian 1)Menyediakan peluang pekerjaan -Perniagaan pasar malam ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniaga-peniaga kecil. 2)Meningkatkan taraf hidup/pendapatan penduduk -Perniagaan pasar mala mini dapat memberi peluang kepada peniaga untuk meningkatkan taraf hidup dan menambahkan punca pendapatan mereka. 3)Memudahkan penduduk tempatan membeli barang -Pasar malam ini menyediakan pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu ke bandar Sungai Dua,Butterworth. 4)Membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan -Pasar malam ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memasarkan barangan jualan mereka seperti buah-buahan,kerepek,hasil kraftangan dan lain-lain. 5)Menyediakan barangan segar -Pasar malam ini menjual barangan yang segar seperti ikan,sayur-sayuran dan buah-buahan dengan harga berpatutan.

8.3 Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian 1)Governan -Kerajaan telah menyediakan tapak-tapak perniagaan kepada peniaga yang ingin menjalankan perniagaan. 2)Modal -Pasar mala mini tidak memerlukan modal yang besar.Kebanyakkan peniaga mengeluarkan modal yang kecil antara RM200-RM300 untuk berniaga di pasar malam. 3)Infrastruktur -Antaranya tapak perniagaan yang selesa dan strategic,tempat meletakkan kenderaan yang luas dan tempat pembuagan sampah yang sistematik. 4)Pertambahan penduduk -Kebiasaannya pasar malam ini menjadi tempat tumpuan penduduk untuk membeli belah.Ini disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini semakin bertambah. -Penduduk di kawasan lain turut sama singgah ke pasar malam ini 5)Darjah ketersampaian -Lokasi pasar mala mini sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah Taman Desa Murni dan mempunyai kemudahan jalan raya yang selesa.

8.4 Kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian Ketika melaksanakan kerja kursus ini,terdapat beberapa kesan negatif yang telah dikenalpasti. 1)Masalah sosial -Pasar malam ini menjadi tempat pelajar sekolah berpeleseran dan melakukan perbuatan yang menjolok mata seperti berpegang tangan dan memakai pakaian yang kurang sopan. -Pelanggan mencuri barang perniagaan 2)Persaingan dengan kedai runcit tempatan -Keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak puas hati kerana pelanggan kedai makan tempatan akan kehilangan pelanggan dan akibatnya mereka akan mengalamai kerugian. 3)Pencemaran -Kebiasaannya selepas habis berniaga,persekitaran kawasan pasar malam ini akan dipenuhi dengan sampah sarap. 4)Kesesakan lalu lintas -Masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati terutamanya di bahu-bahu jalan yang mengganggu dan menyekat kenderaan lain.

8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian.

1)Kuat kuasa undang-undang -Pihak berkuasa hendaklah mengenakan denda dan hukuman yang berat kepada peniaga 2)Pengawalan harga -Kerajaan perlu sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual di pasar malam ini bagi menggelakkan pembeli daripada ditipu oleh pihak berniaga. 3)Kempen kesedaran -Boleh gunakan risalah -Tampal poster dan banner bagi memberi kesedaran kepada pengunjung

Anda mungkin juga menyukai