Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat, manakala daripada perkataan

Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan.Menurut Rand (1981) pula ,Kreativiti adalah proses di mana seorang individu, sebagai hasil dari kemampuan dan kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya dengan lingkungannya akan mencari produk baru atau original yang memadai untuk situasi yang bersangkutan....Produk ini dapat bersifat konkrit ataupun abstrak. Kreativiti membabitkan semua aspek seperti daya berfikir dan kemahiran berfikir . Oleh itu seseorang yang kreatif dianggap begitu istimewa dan luar biasa kerana hasil hasil yang dilakukan oleh seseorang yang kreatif lain daripada yang lain dan dipandang lebih eksklusif . Menurut June King McFee pula , kreativiti merujuk kepada keupayaan seseorang individu untuk mencipta sesuatu yang baru dan juga kemampuan untuk mengolah sesuatu idea kepada idea yang lebih bernas . Kreativiti menggalakkan murid murid berfikir di samping membantu murid murid untuk menghasilkan sesuatu yang lebih berkualiti. Terdapat beberapa pendapat daripada tokoh Seni Visual tentang kreativiti.Antaranya adalah Lowenfeld(1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Menurut Carl Rogers pula menggariskan 5 faktor di mana ianya mendorong kepada pembetulan kreativiti sama ada dalam bidang seni atau sains.Faktor-faktor tersebut adalah keterbukaan dan fleksibel kepada pengalaman, menikmati kehidupan yang dialami, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan menjadi individu yang peka dan sensitif dengan persekitaran Kreativiti mempunyai ciri-ciri seperti bersifat fleksibel ,sensitif dan peka,idea yang asli dan tulen ,bersifat terbuka ,logik dan berfikiran bernas.Kesimpulannya,kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif , baru dan asli.Ada juga pendapat yang mengatakan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang baru yang tidak ada sebelumnya.

2.0

5 TAHAP PERKEMBANGAN PEMIKIRAN KREATIF FISHER ( 1943 ) DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kreativiti dipercayai mempunyai tahap tahap tertentu.Oleh itu,adalah penting bagi seseorang guru pendidikan seni visual untuk mengetahui peringkat dan tahap kreativiti supaya pengetahuan tersebut dapat dijadikan panduan dan rujukan guru bagi merancang aktiviti seni visual.Aktiviti yang dirancang menjadikan aktiviti tersebut lebih teratur dan menjamin proses pembelajaran tersebut berjalan dengan baik dan berkesan.Antara tokoh seni visual yang terkenal di dalam perkembangan kreativiti adalah Fisher(1943).Beliau menjelaskan terdapat 5 tahap dalam pemikiran kreatif iaitu : i) Peringkat Rangsangan merangsang pemikiran kreatif minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan lain-lain.Guru perlu membantu murid untuk berinteraksi secara aktif dan menjelaskan perasaan ingin tahu murid terhadap sesuatu isu. ii) Peringkat Penerokaan Memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke hadapan.Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang pelajar untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru berdasar permasalahan yang timbul.Pada peringkat ini,kanak-kanak berfikiran kreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara , gaya dan teknik. iii) Peringkat Perancangan menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu; perancangan secara verbal melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya. Perancangan secara visual melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagai.

iv)

Peringkat Aktiviti bermula dengan set idea. Untuk melahirkan pemikiran kreatif perlu merancang segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan seperti ,bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?.

v)

Kajian semula peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.Pada peringkat ini ,pemikiran kreatif akan memberikan cadangan bernas bagi menggalakkan perkara yang tidak diingini daripada terjadi semula. Pelajar digesa memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

Seseorang guru pendidikan seni visual seharusnya perlu tahu untuk mengaplikasikan kelima lima tahap perkembangan kreativiti Fisher ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran . Hal ini penting supaya semjua aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lebih bersistematik dan teratur . Peringkat peringkat dan tahap ini sebenarnya boleh dijaadikan pedoman dan panduan kepada guru dalam proses merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran . Bagi mengaitkan peringkat perkembangan Fisher dengan aktiviti pembelajaran dan pengajaran saya telah pun memilih: Tahun : 6A Bidang :Mengenal Kraf Tradisional Kegiatan :Membuat tembikar berbentuk melengkung secara picitan Tajuk:Tembikar BBM:contoh bahan yang telah siap,plastisin,lidi,vcd

Aktiviti: Set induksi 1.Guru membawa kotak berbalut dan meminta murid meneka isi kotak tersebut. 2.Mengaitkan topik yang akan diajar pada hari itu. Perkembangan 1.Guru mempertontonkan video yang bertajuk Tembikar yang menceritakan tentang asal usul tembikar. 2.Guru memberikan penerangan tentang teknik dan proses membuat tembikar. 3.Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan memulakan proses menguli,memicit dan membentuk dengan bimbingan guru. 4.Murid membuat rekaan corak di atas permukaan luar tembikar secara gurisan. Penutup 1.Apresiasi hasil kerja 2.Mempamer bahan di sudut seni

Berdasarkan kepada aktiviti pembelajaran dan pengajaran di atas,peringkat ransangan di mana pemikiran kreatif diransang semasa guru mengadakan set induksi dengan guru membawa kotak berbalut dan meminta murid untuk meneka isi kotak tersebut.Semasa set induksi ini guru menggunakan teknik soaljawab dan strategi berpusatkan murid.Semasa sesi soal jawab ini guru mengemukakan soalan berpandukan aras Taksonomi Bloom iaitu aras Pengetahuan seperti : 1.Apakah yang ada di tangan cikgu ini ?

2.Cuba teka,apakah yang ada di dalam kotak ini ? Setelah murid meneka,guru akan mengeluarkan contoh tembikar daripada dalam kotak.Di sini sekali lagi murid-murid diransang dengan soalan aras Pengetahuan seperti : 1.Di manakah tembikar ini sering kamu lihat ? 2.Apakah bahan yang digunakan untuk membuat tembikar ini ? Pada peringkat ransangan ini , soalan beraras pengetahuan digunakan bertujuan untuk meransang pemikiran murid dan menarik perhatian murid tentang tajuk yang akan diajar. Seterusnya adalah adalah Peringkat Penerokaan di mana memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke hadapan.Pada peringkat ini guru memperdengarkan video bertajuk Tembikar kepada murid.Kaedah yang digunakan oleh guru adalah kaedah pandang-dengar.Strategi yang digunakan oleh guru adalah strategi berpusatkan bahan.Selepas murid menonton video tersebut,sesi soal jawab dilakukan.Antara contoh soalan yang dikemukakan adalah seperti : 1.Di manakah tempat penghasilan tembikar yang terkenal di Malaysia?(Pengetahuan) 2.Nyatakan proses menghasilkan tembikar mengikut urutan.(Pemahaman) 3.Mengapakah tanah perlu diayak ?(Analisis) Bagi murid-murid yang kreatif mereka akan berusaha memikirkan jawapan dan jalan penyelesaian kepada soalan-soalan yang dikemukakan.Pada peringkat penerokaan ini juga juga murid dapat menambah pengetahuan sedia ada murid untuk mereka selepas meonoton video yang ditayangkan. Peringkat ketiga menurut perkembangan teori Fisher ialah Peringkat Perancangan.pada peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.Peringkat Perancangan ini diaplikasikan melalui perancangan secara visual iaitu semasa mereka menonton video dan perancangan

secara verbal iaitu

interaksi

semasa kaedah soal jawab dilaksanakan.Semasa guru

memberikan penerangan dan tunjukcara membuat tembikar,murid akan melakukan perancangan secara verbal sekali lagi iaitu pemerhatian.Semasa penerangan dan tunjukcara guru dijalankan,beberapa soalan juga dikemukakan : 1.Bezakan teknik picitan dan teknik uli dalam menghasilkan tembikar.(Analisis) 2.Tuliskan semula secara ringkas proses membuat tembikar.(Kefahaman) Pada Peringkat Perancangan ini murid-murid akan berfikir secara kreatif bagi menghasilkan tembikar yang mereka inginkan.Selepas itu murid akan melakukan aktiviti membuat tembikar dalam kumpulan masing-masing. Peringkat keempat ialah Peringkat Aktiviti setelah murid-murid berfikir bagaiman untuk menghasilkan tembikar yang kreatif.Murid-murid juga digalakkan berbincang di dalam kumpulan bagi merancang rekaan corak di atas tembikar dengan menggunakan lidi.Untukmenghasilkan tembikar yang kreatif guru telah mengemukakan soalan kepada murid-murid seperti : 1.Pilih rekaan corak yang kamu sukai untuk di guris pada tembikar .(Aplikasi) 2.Cuba cadangkan dalam kumpulan anda rekaan corak yang sesuai yang boleh digunakan untuk diguris pada tembikar.(Sintesis) Dengan mengemukakan soalan-soalan seperti diatas , secara tidak langsung mengajar murid untuk merancang dan mencungkil daya kreativiti mereka.Kaedah kumpulan yang digunakan bukan sahaja memudahkan pengajaran guru tetapi juga dapat mengembangkan perkongsian idea dan kreativiti murid-murid. Peringkat terakhir mengikut Perkembangan Kreativiti Fisher adalah Kajian

Semula.Peringkat ini menilai keberkesanan tindakanyang telah diambilbagi proses penambahbaikan.Murid-murid akan memberikan pendapat dank omen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu refleksi diri.Peringkat Kajian Semula ini diaplikasikan semasa aktiviti penutup iaitu semasa apresiasi kerja dilakukan.Murid-murid akan memberi komen

dan pandangan kepada hasil kerja rakan-rakan mereka.Mereka juga akan menyatakan perasaan mereka setelah menghasilkan tembikar sebagai refleksi diri.Semasa aktiviti penutup ini dilaksanakan beberapa soalan akan dikemukakan contohnya : 1.Apakah perasaan kamu setelah dapat menghasilkan tembikar sendiri?(Pengetahuan) 2.Bandingkan tembikar kamu dengan tembikar ahli kumpulan kamu.(Kefahaman) 3.Nilaikan hasil kerja rakan kamu mengikut kekemasan,bentuk dan rekaan corak yang dihasilkan.(Penilaian) Apresiasi dilakukan yang bertujuan untuk menghargai hasil kerja murid dan memberikan pandangan terhadap sesuatu karya.Selain itu juga,berdasarkan Peringkat Kajian Semula murid-murid dapat memberikan cadangan untuk penambahbaikan kepada hasilan kerja.Ini adalah supaya mereka dapat memperbaiki kesilapan yang dilakukan dan tidak mengulanginya semula. Rumusan soalan berpandukan aras Taksonomi Bloom Aras Pengetahuan Contoh soalan 1.Apakah yang ada di tangan cikgu ini ? 2.Cuba teka,apakah yang ada di dalam kotak ini ? 3.Di manakah tembikar ini sering kamu lihat ? 4.Apakah bahan yang digunakan untuk membuat tembikar ini ? 5.Di manakah tempat penghasilan tembikar yang terkenal di Malaysia? 6.Apakah perasaan kamu setelah dapat menghasilkan tembikar Kefahaman Aplikasi Analisis sendiri? 1.Nyatakan proses menghasilkan tembikar mengikut urutan

Sintesis Penilaian

Anda mungkin juga menyukai