Anda di halaman 1dari 6

Diorama Yang dimaksud dengan diorama adalah medium berupa kotak atau bentuk tiga dimensi yang lain

yang melukiskan suatu pemandangan yang mempunyai latar belakang dengan prespektif yang sebenarnya, sehingga menggambarkan suatu suasana yang sebenarnya. Diorama adalah merupakan gabungan antara model dengan gambar prespektif dalam suatu penampilan yang utuh. Dengan diorama kesan visual yang diperoleh siswa lebih hidup. Peragaan melalui medium diorama bisa dilengkapi dengan lampu warna tertentu sehingga lebih memberikan kesan hidup dan dramatis. Diorama dapat dibuat dalam ukuran yang diperkecil, tetapi dapat pula dibuat dalam ukuran yang sebenarnya. Adapun objek yang dapat dibuat diorama, misalnya kampung nelayan di pantai, rumah adat atau perkampungan tradisional suku tertentu dengan aktivitas penghuninya atau dapat pula dibuat diorama yang menggambarkan suatu peristiwa penting masa lalu yang dicatat dalam sejarah. Diorama yang dibuat dengan ukuran besar/sebenarnya dapat anda temukan misalnya di lantai dasar Monumen Nasional (Monas), museum Lobang Buaya, Museum Stratria Mandala Jakarta, di samping diorama tersebut dibuat dengan ukuran besar juga dilengkapi dengan lampu sebagai pemberi suasana agar berkesan hidup. Selain sebagai hiasan juga berfungsi sebagai pendukung suasana, sehingga menjadi nampak lebih hidup. Diorama yang dibuat dengan ukuran yang besar atau mendekati ukuran sebenarnya misalnya diorama yang terdapat/dibuat di lantai dasar Museum Nasional (MONAS) di Jakarta. Diorama ini menggambarkan sejarah perkembangan bangsa Indonesia ini mulai dari jaman purba sampai dengan jaman modern, yaitu sampai dengan peristiwa-peristiwa penting di tahun 1960-an. Dengan demikian maka para penonton akan mendapat gambaran yang agak lengkap dan runtut tentang sejarah perjalanan bangsa Indonesia dari waktu ke waktu. Demikian pula seri diorama yang terdapat di Museum Satria Mandala Jakarta juga dipajang sejumlah diorama yang mengambarkan sejarah perkembangan dari Tentara Nasional kita (TNI) mulai jaman pra-kemerdekaan sampai pada masa bangsa Indonesia sadah mengalami kemajuan seperti sekarang ini. Di Museum Lobang Buaya juga dilengkapi dengan ruang diorama yang dibuat mengenang peritiwa Lobang Buaya tahun 1965. Pada diorama tersebut selain ukuran model dari tokoh-tokohnya yang dibuat dalam ukuran asli juga dikenakan pakaian/kostum aslinya yang pernah dipakai oleh para tokoh dalam peristiwa sejarah tersebut. Sehingga dengan diorama yang dibuat dengan cara ini akan lebih memberikan kesan hidup atau menghidupkan kembali peristiwa masa lalu, serta bagi penonton yang melihatnya akan lebih berkesan mendalam baginya. Beberapa contoh diorama di atas semuanya adalah diorama yang dipajang secara permanen, sehingga penonton atau pengunjunglah yang berkeliling untuk menontonnya. Sedangkan untuk diorama yang dipertontonkan di kelas adalah diorama yang tidak permanen, artinya bisa dipindahpindahkan sewaktu-waktu dan disimpan jika selesai digunakan. Oleh sebab itu diorama jenis ini harus dibuat dari bahan yang cukup ringan dan ukurannyapun tidak terlalu desar, tetapi dapat dilihat dengan jelas bila dipertontonkan di kelas. Berikut kita bahas tentang diorama yang dimanfaatkan

sebagai media pembelajaran di kelas.

Pantun khazanah warisan bangsa dunia Date: 07 06 2002 Author: Salbiah Ani
SEMINAR Antarabangsa Pantun yang menghimpunkan lebih 150 cendekiawan pengajian Melayu dari seluruh dunia pada 1 dan 3 Julai lalu di Hotel Istana, Kuala Lumpur, menyelongkar khazanah sastera warisan semua bangsa. Ia bukan saja dikenali di alam Melayu tetapi juga di Perancis, Itali, Russia, Belanda dan Sri Lanka, sekalipun ia bertukar nama kepada pantong, panthung atau pantoum ibarat benih yang subur berkembang menjadi pulau walau di mana ia tercampak. Pensyarah Jabatan Sastera, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Muhammad Salleh, dalam ucap utamanya percaya pantun tidak akan mati kerana ia dekat dengan jiwa dan orang Melayu sepatutnya bangga mewarisinya. "Akal budi orang Nusantara termasuk kebijaksanaan dan kepakaran membentuk makna yang indah, lukisan rasa dan gerak hati mereka dapat dilihat melalui pantun dan lebih 100 manuskrip pantun terkumpul di perpustakaan di Leiden, Paris, London dan Berlin," katanya. Pantu n dikatakan berkembang dalam masyarakat Nusantara dari satu generasi ke generasi di alam Melayu dan koleksi pantun diterbitkan dalam pelbagai dialek seperti Melayu, Betawi, Riau, Melaka, Jakarta Peranakan, Minangkabau, Ambon dan Acheh, pada akhir abad ke 1 9. Pensyarah Universiti Malaya, Prof Madya Dr Juli Edo, yang meneliti Pantun dan Orang Asli: Tinjauan Sejarah Perkembangan Tradisi Ini di Kalangan Orang Semai Di Perak, mendapati suku terbabit meminjam tradisi

terbabit daripada orang Melayu hasil hubunga n sosial yang begitu lama. "Pantun menjadi darah daging kelompok Proto Melayu seperti orang Kuala, Temuan, Jakun dan Selatar manakala kelompok Semai, Semang dan Negrito meminjam tradisi ini daripada orang Melayu. Pinjaman ini berlaku serentak dengan hida ngan di antara orang Semai dengan pembesar Melayu zaman silam," katanya. Pantun dalam masyarkat terbabit bukan saja berfungsi sebagai hiburan tetapi juga pemasaran kepada peraturan sosial dan politikal, kini tradisi itu semakin terancam akibat perkembang an budaya dan pemikiran baru. Pensyarah Kanan Institut Negara Negara Asia Afrika, Universiti Negara Moscow, Dr Victor A Pogadaev, pula menjelaskan pantun Melayu di Russia popular sehingga kini dan kebenaran ini dapat dilihat melalui kehadiran beberapa pe nerbitan pantun Melayu. "Antologi puisi tradisional dan moden Melayu, Ruchei (Sumur Di Ladang), Moscow, 1996, disediakan Dr Boris Parnickel memuatkan terjemahan lebih 50 pantun Melayu dan selain Dr Boris, beberapa penyair moden Russia juga tertarik kepad a pantun," katanya. Salah seorang penyair Russia yang meminati pantun dan menciptakan puisinya dengan menggunakan irama pantun termasuklah Svetlana Gorshunova (1974 2001) lewat karyanya, Pantun Malaysky Stikh (Pantun Sajak Melayu). Selain itu, Dr Pogad aev menjelaskan, beberapa pengkaji Russia melihat ciri persamaan antara pantun dengan folklore Russia, Chastuskha, yang kebetulan mempunyai empat barisan dan struktur yang hampir sama. "Sama seperti di Malaysia yang menggunakan peraduan dan televisyen se bagai sebahagian daripada usaha mengelakkan kepupusan tradisi sastera Melayu, kami juga berusaha memelihara folklore Russia melalui kaedah yang sama," katanya. Pensyarah Fakultas Sastera dan Filsafat Instituto Universitario, Itali, Prof Madya Sitti Faiza h Soenoto Rivai pula menjelaskan, pantun Melayu dikenali di Eropah seperti Portugal, Belanda, Jerman dan Itali sejak berabad abad dan setiap tempat cuba membandingkannya dengan puisi rakyat masing masing. "Terjemahan pantun ke bahasa Itali mengutamakan i si dan makna pantun, bukannya bentuk. Rima a b a b tidak diberi perhatian. Kebanyakan pantun Melayu yang diterjemahkan ke dalam bahasa Itali tidak disertakan dengan pantun asalnya," katanya dalam kertas kerjanya Pantun Melayu di Itali. Khalayak seminar d iberitahu, orang Itali pertama yang memberi perhatian

kepada pantun Melayu dan banyak memberi sumbangan memperkenalkan pantun kepada masyarakat Itali ialah Elio Modiglianii, yang membandingkan pantun dengan puisi rakyat di Itali tengah, Stornello toscano. Lima puluh tahun selepas Modiglianii, puisi rakyat Melayu turut menarik perhatian pakar pengajian Melayu, Giacomo Prampolini, seorang poligraf dan otodidak Itali, yang menulis rencana mengenai pantun dan menerbitkan Cinquanta Pantun Indonesiani. Sitti Faizah berkata, karya Prampolini itu diterbitkan pada tahun 1953 dalam bentuk edisi mini yang cantik dan bersimpul kain sutera ini memuatkan terjemahan 50 pantun Melayu dalam bahasa Itali tetapi naskhah ini kini tidak mungkin diperoleh lagi. "Orang Itali terakhir yang menulis mengenai pantun dalam bahasa Itali pula ialah Massimo Sarappa lewat karyanya, Una forma di poesia popolare Malese: Pantun (1993), memaparkan sejarah dan teori mengenai pantun Melayu yang memaparkan sejarah dan teori mengenai pantun M elayu," katanya. Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Md Salleh Yapar, yang memperkatakan Jatuh Ke Laut Menjadi Pulau: Mengamati Hubungan Pantun Melayu dan Pantoum Barat, menjelaskan pantun berkait menarik perhatian penyair Perancis abad ke 19. "Mereka mencipta satu bentuk baru yang dikenali sebagai pantoum dan cirinya tidak sepenuhnya sama dengan pantun. Walaupun ia berasal dari pantun tetapi ia muncul sebagai satu genre tersendiri. Ia mempunyai tempat tersendiri dalam kesusasteraan Peran cis dan ikut memperkayakannya," katanya. Dari Perancis, pantoum dikatakan masuk ke dalam kesusasteraan Inggeris dan pada abad ke 20 pantoum mempengaruhi kesusasteraan lain di Barat seperti Czeschoslavakia dan kesusasteraan Amerika. Kini ia turut dikemban gkan dalam ruang siber. Prof Md Salleh menyifatkan pantun berpeluang berkembang menjadi pantoum di Barat kerana ia berasal dari genre yang ampuh dan indah selain bentuknya digemari di sana sini sehingga ia dapat bertahan zaman berzaman. "Jika selama in i sastera kita memperlihatkan alir hubungan dari Barat ke dunia Melayu tetapi dalam kes pantun, perkara sebaliknya berlaku dan kita boleh berbangga dengan fenomena ini kerana pantun kini menjadi milik semua bangsa," katanya. Penyair Belanda, Youetta de J ager, yang memperkatakan Melestari Tradisi: Gambaran Awal Penggunaan Semasa Pantun Di Kalangan Penduduk Moluccan di Belanda menjelaskan Melayu Molukan tidak melihat pantun sebagai satu genre sastera dan ia hanya berfungsi sebagai bahan hiburan. "Pada mul anya ia hanya diajar kepada kanak kanak Melayu Molukan di sekolah rendah dan dilagukan tetapi kini ia turut diajar kepada kanak kanak keturunan lain selepas berlaku penghijrahan meluas Melayu Molukan," katanya. Jager yang menulis kertas kerja berkenaan berdasarkan temuramah dengan seorang wanita Melayu Moluccan menjelaskan puak berkenaan menulis pantun

dalam bahasa mereka dan hanya National Support Point for Education of Molluccans yang menerbitkan pantun dalam bahasa Belanda. Khalayak diberitahu, Mela yu Molukan yang menetap di sebuah perkampungan kecil di timur Belanda berhampiran sempadan Jerman mula menggunakan pantun pada majlis keramaian mereka pada 1970 an dan kini hanya generasi pertama mereka mampu membuat pantun secara spontan. "Sampai sekara ng suku Melayu Molukan suka menggunakan bahasa Melayu untuk menulis pantun sekalipun penguasaan bahasa mereka tidak begitu baik kerana bahasa Belanda tidak sesuai digunakan untuk menulis pantun kerana bunyinya kedengaran sumbang," katanya. Seorang lagi P ensyarah USM, Dr Sohaimi Abdul Aziz, yang memperkatakan pantun dan Haiku Di Eropah dan Amerika: Satu Tinjauan dan Bandingan, mengakui pantun dan pantoum mempunyai ciri yang berbeza tetapi mempunyai persamaan dari segi berkaitnya. "Terjemahan mengembangka n pantun di Perancis tetapi dalam bentuk dan nama berlainan iaitu pantoum. Bentuk pantun berkait mempengaruhi Victor Hugo dan beberapa penyair lain Perancis pada abad ke 19 seperti Charles Baudelaire," katanya. Mereka dikatakan terpengaruh dengan pantun berkait yang diterjemahkan kerana ia didapati sesuai dengan aliran anutan mereka, aliran romantisme yang melihat seni bersifat alamiah seperti pantun dan tipisnya ciri pantun di dalam pantoum kerana Hugo tidak mengenali pantun Melayu secara lebih dekat. Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Shaiful Bahri Md Radzi, yang memperkatakan Pantun Dalam Masyarakat Orang Asli Mah Meri, menjelaskan pantun masyarakat itu kebanyakannya bertemak an cinta dan kasih sayang. "Motif pantun masyarakat ini mempunyai hubungan erat dengan persekitaran mereka di Pulau Carey dan mereka melagukannya dalam persembahan tarian Jo'oh iaitu tarian warisan tradisi mereka turun temurun," katanya yang menulis kert as kerja terbabit berdasarkan penelitian di Kampung Sungai Judah dan Kampung Bumbun, Pulau Carey, Kuala Langat, Selangor. Pantun masyarakat Mah Meri adalah bentuk puisi terikat dengan empat baris serangkap dan mereka tidak mempunyai bentuk dua, enam, lap an, 10 atau 12 kerat seperti pantun Melayu dengan dua baris pertama pembayang dan dua baris akhir maksud serta terikat dengan rima. Selain itu, penelitian Dr Shaiful Bahri juga menunjukkan pantun masyarakat Orang Asli Mah Meri mempunyai persamaan yang ke tara dengan pantun Melayu sama ada dari segi pembayang dan maksud, rima akhir a b a b, jumlah suku kata sebaris mahupun jumlah baris serangkap pantun. Pensyarah USM, Dr Jelani Harun, yang memperkatakan Manuskrip Panthong dari Sri Lanka menjelaskan salah satu perubahan ketara yang berlaku terhadap pantun Sri Lanka ialah cara bagaimana perkataan pantun dieja atau

disebut. "Manuskrip Pantung Indera Quraisy (MS 447) dan Kumpulan Pantun Ibadat (MS 449) memuatkan pantun Melayu hasil salinan atau karangan peng arang dari Sri Lanka. Bagaimanapun Ketab Panthong Suwatu (MS 431) yang ditulis dalam tulisan rumi, penulis dapati perkataan pantun dieja sebagai pantong," katanya. Dr Jelani percaya kemungkinan perkataan pantun disebut masyarakat Melayu di Sri Lanka seba gai pantung atau panthong dan sebahagian besar daripadanya masih mengekalkan struktur asal pantun, di samping tidak kurang pula dengan pelbagai ragam bentuk yang baru. "Hakikat keunggulan pantun sebagai satu bentuk pengucapan seni masih kekal mempertalik an urutan sejarah dan budaya bangsa masyarakat Melayu dengan Sri Lanka hingga ke hari ini, menuju ke masa depan yang lebih akrab," katanya. Sudah pasti beberapa dapatan pada seminar anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Universiti Sains M alaysia (USM) boleh dimanfaatkan bagi tujuan pembinaan laman web pantun sebagaimana disarankan Naib Canselor USM, Prof Datuk Dzulkifli Abdul Razak. Hasrat membina laman web pantun dalam bahasa Melayu dan Inggeris

Anda mungkin juga menyukai