Anda di halaman 1dari 6

Pengajian Melayu Subur di Rusia pula

Dr. Victor A. Pogadaev

Jauh di mata dekat di hati


Maklumat tentang Malaysia dan orang Melayu berpunca dahulu
terutamanya dari sumber-sumber Barat dan ditambah dengan laporan berseluk-
beluk daripada orang Rusia yang mengadakan perjalanan keliling dunia.
Demikianlah misalnya ialah catatan pegawai tentera laut Rusia A. Butakov (1816-
1869). Dia itu melihat orang Melayu untuk julung-julung kali di Pulau Pinang pada
tahun 1842. Pengembara Rusia itu mencoba memahami wataknya, mengerti
sikapnya terhadap alam sekeliling. Bila hendak membandingkan orang Melayu
dengan bangsa lain, maka Butakov itu memberi keutamaan kepada orang Melayu:
“Orang Melayu mempunyai ciri-ciri yang lebih mulia, - katanya, - mereka jujur, selalu
menepati janjinya”.
. Dia menyukai pula bahasa Melayu yang bunyinya menurutnya mirip kepada
bahasa Itali. Bila Butakov itu ada peluang bercakap dengan orang Melayu, dia cuba
menceritakan kepada mereka tentang tanah airnya. Pada masa itu orang kurang
pengetahuannya tentang Rusia. Alangkah hairan seorang ulamak mendengar cerita
tentang negara jauh itu! Orang Melayu tak pernah melihat salji.
Lambat laun bilangan orang Rusia yang melawat Semenanjung Melaka
bertambah. Ada banyak penggambaran yang mengkagumi alam setempat dan
keindahan Bandar Melaka. Dengan minat besar mereka itu menceritakan mengenai
kemahiran tukang besi Melayu dengan mengutamakan penempaan keris. Pelaut
Rusia terkenal I.F. Kruzenstern selama salah satu pelayarannya di Lautan Pasifik
melawat Malaya pada tahun 1798 dan bahkan sempat membawa pulang sebuah
contoh sastera Melayu yakni salinan naskhah “Sejarah Melayu” yang diciptakan
pada masa gemilang Kesultananan Melaka (1400-1511). Di Rusia beliau
menyerahkan naskhah itu kepada ahli Akademi Sains H.D. Fren yang pada
gilirannya menghantarkannya ke Muzium Asia. Pada naskah itu ada tulisan tangan
Fren itu dalam mana diberitahukan bahawa Krusenstern mendapat izin “kakitangan
kerajaan” membuat salinan naskhah itu “yang dinilai tinggi”. Naskhah itu dikaji oleh
sarjana E.V. Revunenkova dan akhirnya pada tahun 2008 diterbitkan bersama
2

terjemahan ke dalam bahasa Rusia dengan judul Naskhah Melayu yang dibawa oleh
Kruzenstern dan peranannya dari segi budaya dan sejarah.
Dari sebuah kamus kecil sampai kajian bahasa dan budaya yang
menyeluruh
Karya ilmiah pertama dalam bidang kajian Melayu telah muncul di Rusia pada
abad ke-XVIII apabila, sebuah kamus komparatif daripada 180 bahasa dan loghat
termasuk bahasa Melayu diterbitkan atas perintah ratu Catherine Agung.
Penyelidikan yang mendalam dalam bidang bahasa dan budaya bermula pada abad
ke-XX. Orang yang menganjurkan kajian itu ialah Lyudmila Mervart (1888-1965).
Usaha beliau membuahkan hasil yang cemerlang; pada tahun 1950-an
bahasa Melayu (waktu itu bahasa Indonesia juga disebat sebagai nahasa Melayu)
mula dipelajari di beberapa institusi pengajian tinggi termasuk Institut Ketimuran
(1949, tutup pada tahun 1954), Institut Perhubungan Antarabangsa (di bawah
Kementerian Luar Negara) (1954), Institut Bahasa-Bahasa Timur di Universiti Negara
Moscow Lomonosov (1956) dan Universiti Negara Leningrad (1959). Sumbangan
Mervard memang sangat penting kerana beliau bukan sahaja mengendalikan
pengajaran bahasa Melayu, tetapi juga menyusun buku-buku teks yang pertama
untuk dijadikan buku teks utama bagi para pelajar selama puluhan tahun.
Sejak tahun 1990-an, bahasa Melayu diperkenalkan pula di Institut Sains
Kemanusiaan, Institut Pengajian Timur Amali dan Institut Ketimuran (swasta)
(semuanya di Moscow). Kini terdapat seramai 60 orang mahasiswa di semua
institusi itu yang menawarkan pembelajaran bahasa Melayu.
Apa yang perlu diambil perhatian ialah bahasa Melayu telah ditawarkan
sebagai mata pelajaran teras bukan pilihan. Para mahasiswa dikehendaki
mempelajari bahasa tersebut selama 4 hingga 5 tahun (sesuai dengan sistem
pendidikan masing-masing).
Sehingga sekarang, pengajaran bahasa Melayu tertumpu pada dua bandar
sahaja: Moscow dan Saints-Petersburg. Pada masa kini, wujud satu lagi tren baru.
Minat terhadap bahasa Melayu diperlihatkan oleh Universiti Amur (bandar
Blagoveshensk) dan Universiti Timur Jauh (bandar Vladivostok). Namun demikian,
hasrat itu telah dihalang oleh kekurangan tenaga pengajar.
Para sarjana Rusia telah berjaya menerbitkan karya-karya ilmiah yang
mendapat sambutan baik di kalangan para ilmuan antarabangsa yakni Sejarah
Kesusasteraan Melayu (1983), Sejarah Malaysia (2010), Dunia Melayu (2012)..
3

Untuk keperluan pelajaran telah diterbitkan beberapa kamus bahasa Melayu


dan buku ungkapan:
• 1977 - Kamus Malaysia-Rusia-Inggeris
• 1986 - Kamus Bahasa Rusia-Bahasa Malaysia
• 1997 – Kamus Mini Rusia-Melayu
• 2013 – Kamus Besar Melayu-Rusia
• 2014 - Kamus Ungkapan Rusia-Melayu
• 2014 – Kamus Tematikal Rusia-Melayu
• 2015 - Kamus Ungkapan Rusia-Melayu (versi Brunei)
• 2016 – Kamus Baru Melayu-Rusia, Rusia-Melayu
Sebagai penasihat sejumlah kamus ini, tampil Prof.Emeritus Dr. Asmah Haji
Umar (UM), Prof. Dr. Zuraida Mohd Don (UM), Dr. Sulaiman Masri (UPSI).
Program pelajaran bahasa Melayu di beberapa IPT Rusia dijadwalkan untuk 5
tahun (sijil pakar dalam bidang Ketimuran) dengan pengkhususan Bahasa, Sastera,
Sejarah, Ekonomi serta pengajian PhD 3 tahun. Beberapa tahun lepas diperkenalkan
sistem Barat (4 + 2 tahun – sarjana muda dan sarjana). Tetapi kedua program itu
wujud selari terserah kepada kemahuan para pelajar. Kurikulum termasuk 14-16 jam
pelajaran bahasa seminggu di kelas pada tahap permulaan dan 4-6 jam seminggu
pada tahan akhir. Ini dipadukan dengan kerja rumah dan pelajaran individual di
makmal bahasa. Beberapa minggu pertama, perhatian utama diberi kepada fonetik
yang beberapa aspeknya sebenarnya susah untuk penutur bahasa Rusia.
Selanjutnya aspek pembacaan analitik dan percakapan dititikberatkan. Tatabahasa
menyertai percakapan, praktek penulisan serta pembacaan teks. Beberapa bunga
rampai sederhana dipersiapkan. Semua teks disertai senarai kata dan glosari.
Mahasiswa menggunakan kamus yang sudah diterbitkan di Rusia. Pada tahap lebih
tinggi mereka menggunakan juga kamus ekabahasa seperti Kamus Dewan.
Buku teks baru bahasa Melayu untuk tahap permulaan (2 tahun) baru disusun
dan diterbitkan oleh Dorofeeva dan Kukushkina. Buku teks itu ialah versi
disempurnakan daripada buku teks lama yang diterbitkan oleh Dorofeeva dan
Kashtanova (1991). Selain daripada itu ada kursus teori tentang linguistik amali,
sejarah linguistik dan lain-lain. Selari dengan bahasa Melayu para pelajar
mempelajari juga bahasa Inggeris (5 tahun) dan beberapa bahasa pilihan (Belanda,
Tagalog, Arab, Sanskrit (satu-dua semester).
4

Kegiatan kokurikulum juga giat dilaksanakan: menulis karangan, pantun,


mengadakan pertunjukan, mendeklamasi puisi, menyanyi lagu. Bukan kebetulan
mahasiswa Rusia selalu ikut serta dalam pertandingan pidato bahasa Melayu
antarabangsa di Malaysia dan bahkan pernah memenangi pertandingan itu.
Kini tumpuan diberikan juga kepada pemakaian TMK: kamus elektronik,
bahan-bahan Internet, cakera padat dengan bahan interaktif, DVD dengan rekamam
filem (misalnya filem P. Ramlee). Peluang Internet digunakan pula untuk
mempopularkan sastera Melayu di Rusia: Karya Aziz Deraman, Baha Zain, Hashim
Yaacob, Kemala, Rahimidin Zahari, Anwar Ridhwan dll boleh dibaca dalam bahasa
Rusia di majalah sastera “Pereplet”

Hang Tuah mula bercakap dalam bahasa Rusia


Beberapa karya ulung sastera Melayu dan karya penulis dan penyair moden Melayu
diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia juga.
Lyudmila Mervart menterjemahkan Hikayat Seri Rama (1961) dan Hikayat
Sang Boma (1973) padahal Boris Parnickel menterjemahkan Hikayat Hang Tua
(1984). Sumbangan besar terhadap terjemahan karya klasik Melayu diberikan juga
oleh Vladimir Braginsky dan Liubov Goriaeva. Vladimir Braginsky khususnya
menerbitkan kumpulan hikayat klasik Taman Merak Emas (1975) dan antologi
petikan daripada 24 karya sastera Melayu klasik Kisah-Kisah Tentang Orang Yang
Berani, Bercinta dan Arif Bijaksana (1982). Beliau juga menyusun kumpulan dongeng
rakyat Malaysia dan Indonesia Tongkat Wasiat (1982).
Adapun Lyubov Goryaeva maka beliau menterjemahkan dengan komentar
saintifik Hikayat Bakhtiar (1989), Hikayat Maharaja Marakarma (2008), Hikayat
Pandawa Jaya serta Taj us-Salatin oleh Bukhari al-Jauhari (2011).
Pembaca Rusia menyambut baik penterjemahan puisi Melayu. Buku antologi
Sumur di Ladang untuk pertama kali memaparkan segala kekayaan puisi Melayu:
daripada puisi tradisional (pantun dan petikan dari Syair Ken Tambuhan dan Syair
Siti Zubaidah) sehingga puisi moden: Usman Awang, A Samad Said, Kassim Ahmad,
A Latif Mohidin, Baha Zain, Muhammad Haji Saleh, Siti Zainon Ismail, Kemala,
Zurinah Hassan, Suhaimi Haji Muhamad, Sutung Umar, A Ghafar Ibrahim, Jihati
Abadi, Anis Sabirin, Jaafa H.S., Firdaus Abdullah, Shafie Abu Bakar, Adi Badiozaman
Tuah, Rahman Shaari, Rejab FI, A.Wahab Ali, T Alias Taib, JM Aziz, Zaihasra,
5

Dharmawijaya, Wan A Rafar, Shamsuddin Jaafar, Mansor Ahmad Saman, Abdulhadi


Muhamad dan Ahmad Razali serta Lim Swee Tin.
Untuk sastera moden Malaysia pula, pengasas penterjemahannya ialah
Boris Parnickel yang pada tahun 1962 telah menterjemahan beberapa buah
cerpen Usman Awang dan A. Samad Ismail. Selepas itu diterbitkan pula antologi
cerpen Perbuatan Baik (1973), Cerpen Moden Malaysia (1977), novel Usman
Awang Tulang-Tulang Berselerakan (1984), novel Shahnon Ahmad Seluang
Menodak Baung (1987), novel Anwar Ridhwan Naratif Ogonshoto (2006).
Pada alah ke-21, disiarkan satu siri terjemahan puisi penyair Melayu. Buku
puisi yang pertama ialah oleh Kemala (2001) yang diikuti dengan buku oleh Aziz
Deraman (2002), Baha Zain (2003), Taufiq Ismail (2004), Hashim Yaacob (2005)
serta Rahimidin Zahari (2007). Terjemahan puisi Aziz Deraman pernah juga
diterbitkan di dalam majalah Sastera Dunia, majalah sastera antarabangsa yang
paling tua di Rusia (ditubuhkan pada tahun 1891) dan memuatkan hasil karya
terjemahan yang terbaik dari seluruh dunia. Pada tahnu 2009 pula diterbitkan dalam
bahasa Rusia, antologi puisi penyair Malaysia Bertakhta Di Atasnya termasuk SN
Usman Awang, SN A. Samad Said, SN Muhammad Haji Salleh, A. Latiff Mohidin,
Kassim Ahmad, Kemala, Sutung Umar RS, Siti Zainon Ismail, Hashim Yaacob,
Ibrahim Ghaffar, A. Aziz Deraman, Rahimidin Zahari, Marsli NO, Adi Badiozaman
Tuah, Irwan Abu Bakar, Hasimah Harun, Khalid Salleh, Awang Abdullah, Baha Zain,
A. Ghafar Ibrahim, Ahmad Razali, Raja Ahmad Aminullah, Dinsman, Zurinah Hassan,
dan Ahmad Shukri Abdullah.

Persatuan Nusantara – wadah utama dalam usaha


mengantarabangsakan bahasa Melayu

Penganjur utama pengajian Melayu di Rusia ialah Persatuan Nusantara yang


ditubuhkan atas daya usaha mendiang Dr. Boris Parnickel pada tahun 1990 atas
dasar Seminar Melayu-Indonesia yang wujud sejak tahun 1968. Ianya menjadi
anggota bersekutu kepada Persatuan Eropah bagi Pengkajian Asia Tenggara sejak
tahun 1992.
Persatuan ini terdiri dari kira-kira 70 fellow penyelidik, profesor, pensyarah,
pelajar dan siswazah dari institusi akademik, universiti di Moscow dan St.
6

Petersburg. Kajian mereka mencakupi selain daripada Malaysia Negara-negara


ASEAN lain termasuk Indonesia, Negara Brunei Darussalam, Filipina, begitu juga
Singapura.
Persatuan Nusantara mengadakan hubungan saintifik dengan institusi dan
universiti di Nusantara, Eropah, Amerika Syarikat dan Australia, melaksanakan
pertukaran buku, majalah dan lain-lain bahan, menyusun penyelidikan bersama,
mengatur pertemuan dan seminar yang dilaksanakan sebulan sekali. Selain daripada
itu Persatuan Nusantara menyelenggarakan dari masa ke semasa persidangan
termasuk persidangan antarabangsa.

Perspektif
Daripada apa yang dihuraikan di atas, jelaslah bahawa pembelajaran bahasa
Melayu dan pengajian Melayu di Rusia secara am dijalankan secara aktif, mencakupi
banyak bidang dan memperlihatkan pencapaian yang meyakinkan terutama dalam
bidang pembelajaran, perkamusan, penyelidikan sastera serta penterjemahan. Nama
beberapa sarjana Rusia yang berkecimpung dalam bidang pengajian Melayu sudah
terkenal di luar Rusia termasuklah Malaysia. Jumlah IPT yang menawarkan bahasa
Melayu bertambah. Jumlah mahasiswa tetap agak ramai. Hubungan antara Rusia
dengan Malaysia menjadi lebih rapat sekarang yang mengakibatkan hancurnya tirai
besi dan munculnya akses kepada bahan pelajaran yang ada di Malaysia . Hal itu
membuat proses pembelajaran dan penyebaran bahasa Melayu lebih intensif dan
berkesan.

Anda mungkin juga menyukai