Anda di halaman 1dari 3

Nota Amali:

Literasi Bahasa

Tajuk 6: Bengkel Aktiviti Penulisan Mekanis

1.

PENULISAN MEKANIS Penulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang perlu didedahkan kepada murid-

murid selepas aktiviti pratulisan. Apabila murid telah menguasai kemahiran menulis mekanis, ini akan membolehkan tulisan mereka mudah untuk dibaca. Murid juga telah dapat menguasai kemahiran memegang pensel dengan baik dan betul.

2.

PERINGKAT TULISAN MEKANIS Selepas murid-murid mempelajari peringkat pramenulis, faham dan tahu memegang pensel- mereka dilatih membentuk lambang tulisan Permulaannya,murid-murid dicadangkan membentuk huruf di kertas kosong tanpa garisan Membentuk huruf pada permukaan bergaris- kawalan tulisan perlu dilakukan . Ia bermula dengan garisan lebar hingga kepada kertas yang mengandungi satu garisan kecil. Di antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal, menulis huruf di atas kertas bergaris dua, menulis huruf di atas kertas bergaris satu dan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul (mencantum titik atau garis putus-putus).

Tajuk 15 : Seminar dan Pameran Bahan Pemulihan Bahasa Melayu Mengadakan seminar / pengurusan seminar

1. DEFINISI : Seminar ialah majlis pertemuan untuk bertukar-tukar pendapat, pandangan dan pengalaman dengan pihak tertentu dengan khalayak yang memerlukannya. Seminar dijalankan secara teratur dan bersistematik berdasarkan tajuk kertas kerja yang dibentangkan sebelum membuat rumusan untuk dilaksanakan bagi tujuan penambahbaikan organisasi terlibat. 2. TUJUAN SEMINAR: Mendapatkan pandangan pakar Mencapai penyatuan fikiran dan kefahaman Mencapai garis tindakan yang dipersetujui ramai Menentukan peranan pihak tertentu 3. JENIS-JENIS SEMINAR: Seminar Antarabangsa Seminar Kebangsaan Seminar Organisasi 4. BENTUK SEMINAR Syarahan oleh beberapa orang penceramah Syarahan oleh seorang penceramah 5. PERANCANGAN SEMINAR: Perlantikan jawatankuasa Mesyuarat penyelarasan Bagi menentukan tema seminar, tajuk seminar, objektif seminar,

rasional, tarikh, masa dan tempat, implikasi, penyertaan seminar, kertas kerja dan pembiayaan. Kertas kerja Implikasi keselamatan Syor dan rumusan seminar Laporan pelaksanaan seminar Kebenaran penganjuran Prosedur mendapatkan tajaan Peranan pengerusi sessi dan pelapor Panduan untuk pengerusi sidang utama/serentak/pleno Prosedur semasa mempengerusikan sessi pembentangan Tatacara semasa sessi soal-jawab Hebahan melalui internet

Anda mungkin juga menyukai