Anda di halaman 1dari 14

1

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS

PEMARKAHAN 1. REFLEKSI 2. ESEI: (a) (b) 3. FORUM JUMLAH

EDU 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR


TAJUK
REFLEKSI UNIT PEMBELAJARAN

KUMPULAN EL- P02 DISEDIAKAN OLEH NAMA LOW YOKE CHIN NO. ID D20102041311 NO. TELEFON 017-5165007

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. ROSMA OSMAN TARIKH SERAH: 1-12-2011

2
REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1 1. TAJUK Pendidikan dan Pembangunan Di Malaysia Ringkasan Isi Kandungan Unit

Pendidikan di Malaysia kini dalam keadaan yang lebih mantap berbanding sebelumnya. Walaubagaimanapun dengan cabaran yang berubah selaras dengan peredaran zaman pendidikan kini dilihat mengalami perkembangan. Pendidikan adalah untuk perkembangan secara seimbang dan harmonis unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan melahirkan warganegara yang berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak diri hingga dapat memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Pendidikan dapat menbentuk generasi masa hadapan dengan sahsiah, keperibadian dan akhlak yang tinggi. Ketinggian keperibadian dan akhlak yang terbentuk dalam diri setiap individu akan menjadi teras kepada pembangunan negara. Di samping itu, pendidikan juga merupakan mekanisme bagi pembangunan sesebuah negara. Tanpa sistem pendidikan yang sempurna dan mantap, akan terhasil bentuk pendidikan yang pelbagai corak serta tidak sempurna. Justeru, pendidikan perlu berkeupayaan memperkembangkan individu dari segi fizikal dan mental untuk pembangunan negara. Pendidikan melahirkan rakyat yang mempunyai kualiti keterampilan diri yang tinggi untuk pembangunan Negara selaras dengan Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) melalui pendidikan. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya 1. Konsep Pendidikan Sebelum Penjajahan Inggeris 2. Pendidikan Semasa Penjajahan Inggeris Penjelasan Pendidikan untuk rakyat jelata di tanah air berlangsung secara tradisional dalam institusi keluarga dan masyarakat Pendidikan bercorak warisan turun temurun yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi Rakyat berpegang kuat pada adapt resam yang bersifat ketimuran da ajaran agama islam Hala tuju pendidikan bersifat kabur Sekolah Vernakular ditubuhkan berasaskan etnik yang menggunakan bahasa pengantar, kurikulum, buku dan guru masing-masing Sisiem pendidikan lebih kepada usaha memecahbelahkian rakyat Jawatankuasa Pelajaran 956 ditubuhkan bagi mengkaji keperluan sistem pendidikan yang akan dilaksana

3. 4. Pendidikan Era Sebelum Kemerdekaan Pendidikan Era Selepas Kemerdekaan

5.

Pendidikan Era Milenium

Jawatankuasa Rahman Talib dibentuk untuk mengkaji Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 Perpaduan kaum menjadi agenda utama dalam aktiviti pendidikan Membasmi buta huruf daloam kalangan rakyat Jawatankuasa Kabinet ditubuh untuk mengkaji pelaksanaan sistem pendidikan negara Melahirkan warganegara Malaysia berupaya merancang masa depan mereka, mampu menghadapi cabaran baru, berupaya membuat pilihan yang bijak, tepat dan sesuai dentgan cabaran semasa yang dihadapi Pendidikan dikaitkan dengan scenario semasa dan masa hadapan

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Pada pandangan saya, unit kandungan ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang pendidikan di Malaysia. Pendidikan di Malaysia telah berada dalam keadaan yang mantap jika berbanding dengan sebelumnya. Ini telah menyebabkan pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa berkembang selaras dengan cabaran dan keperluan. Oleh itu, perubahan pendidikan perlulah dilaksanakan untuk meningkatkan pembangunan pendidikan negara. Guru yang berprofesional harus menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta berjuang bersama dengan negara kita hingga ke arah kecemerlangan pendidikan yang bertaraf antarabangsa. Selain itu, perpaduan antara semua kaum dapat membawa negara kita selangkah ke depan dalam global ini.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 2 TAJUK Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK):huraian dan penghayatan

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Falsafah bermaksud suatu usaha yang dilakukan untuk mencari kebenaran dengan menggunakan kebijaksanaan. Oleh itu, dalam berfalsafah memerlukan ketajaman akal, kemantapan ilmu dan keteguhan nilai agar dapat memberi penjelasan tentang sesuatu perkara secara bijaksana. Falsafah pendidikan merupakan hala tuju atau panduan terhadap perkara-perkara berhubung kait dengan pendidikan. Terdapat banyak mazhab dalam falsafah umum Barat, ia dapat dibahagikan kepada dua aliran iaitu aliran tradisional dan aliran moden. Empat mazhab utama dalam falsafah pendidikan Barat iaitu perenialisme, esensialisme, progresivisme dan rekonstruksionisme. Perenialisme dan esensialisme ialah mazhab tradisional falsafah pendidikan Barat manakala progresivisme dan rekonstruksionisme ialah mazhab moden falsafah pendidikan Barat. Falsafah dalam islam adalah berteraskan kepada ketetapan Allah swt. Falsafah bermaksud penaakulan bijaksana untuk mencari kebenaran dan kebenaran itu perlulah diamalkan. Dalam islam, pendidikan adalah wajid. Falsafah islam menyatakan bahawa pendidikan merupakan sesuatu proses yang berterusan, bermula sejak seseorang dalam kandungan lagi sehingga ke liang lahad. Fokusnya ialah terhadap perkembangan individu secara bersepadu. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya 1. Konsep falsafah Penjelasan mencintai kebijaksanaan atau kehikmahan usaha menyelidik bagi membentuk pengetahuan yang murni bagi mencapai kebijaksanaan usaha mengetahui segala yang ada berhubung dengan manusia dan kehidupannya untuk mencapai hakikat

4
kebenaran ilmu tentang alam yang maujud dan tujuan menyelidik hakikat yang sebenar membincangkan perkara-perkara yang berkaitan alam, kiwa, roh dan kehidupan menjawab soalan yang tidak dapat diselesaikan secara saintifik membincangkan tentang teori ilmu pengetahuan lima jenis ilmu iaitu ilmu wahyu, ilmu empirikal, ilmu intutitif, ilmu autoritatif dan ilmu rasional membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai nilai etika dan nilai estetika berkaitan dengan penaakulan manusia menggunakan rasional bagi sesuatu perkara, kejadian/tindakan

2.

metafizik

3. 4. 5.

epistemologi aksiologi logik

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Pada pandangan saya, falsafah pendidikan merupakan panduan dan hala tuju sistem pendidikan sebuah negara. Ekoran dari hasil laporan, sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan dan KBSR telah diperkenalkan. Guru sebagai agen perubahan dengan mendidik generasi yang bertanggungjawab bagi membantu menjadikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan kepada suatu realiti pada tahun 2020. Guru juga perlu menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai panduan supaya sentiasa mengingati bahawa hasrat Negara untuk menghasilkan warganegara yang baik.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 3 TAJUK Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK):pemikiran dan amalan dalam

5
profesion 1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) adalah saling berkaitan. FPK menentukan bentuk, proses dan matlamat pendidikan manakala FPG merupakan halatuju dalam pembinaan watak guru dari segi pemikiran dan amalan.Watak guru berteraskan kepada unsur sahsiah, ilmu atau pemikiran, tanggungjawab, nilai dan amalan. Pendidikan guru merupakan suatu proses membentuk watak guru yang bermula dengan pemikiran guru diikuti dengan perbuatan selayaknya sebagai seorang guru. FPG menjadi teras kepada pembinaan Standard Guru Malaysia (SGM). Standart Guru Mlaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Komponen Standard Keguruan melibatkan Amalan Nilai Profesionalise Keguruan,Pengetahuan dan Kefahaman dan Kemahiran Pembelajaran. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya 1. 2. Konsep Standard Guru Malaysia Falsafah Pendidikan Guru Malaysia Penjelasan Suatu piawaian yang ditetapkan untuk mengenalpasti tahap kompetensi profesional guru-guru di Malaysia. Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta manyanjung warisan kebudayaan negara menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin Keperluan memperincikan prasarana P&P, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan Layak kerana mempunyai kecekapan untuk melaksanakan tugas & tanggungjawab yang diamanahkan amalan nilai profesionalisme keguruan pengetahuan dan kefahaman kemahiran pengajaran dan pembelajaran

3. 4. 5.

Infrastruktur & Infostruktur Kompeten standart

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Pada pandangan saya, guru sebagai agen sosialisasi dan agen perubahan dengan mentransformasikan kandungan Flsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi kurikulum untuk disasarkan kepada pelajar-pelajar di sekolah-sekolah. Melalui kandungan Falsafah Pendidikan Guru, guru perlu berpekerti mulia dengan bersedia meletakkan kepentingan kepda murid, ibu bapa, masyarakat melebihi diri. Selain itu, guru juga perlu berpandnagan progresif dan saintifik dengan sentiasa berfikir positif, proaktif dan motivatif. Guru juga perlu menyempurnakan tanggungjawab sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu untuk memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan.

6
REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT TAJUK 4 Dasar-dasar dan halatuju pendidikan di Malaysia 1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Dasar-dasar ini digubal dan dilaksana kepada empat tujuan utama, iaitu kawalan, solusi, inovasi dan kebajikan. Matlamatnya adalah mencapai keharmonian, keadilan, penambahbaikan dan pemantapan pendidikam pendidikan negara kita. Proses pembuatan dan pelaksanaan sesuatu dasar memerlukan perancangan yang teliti dan sistematik demi mencapai matlamatnya. Ini kerana pelaksanaan dasar melibatkan kos, risiko dan sumber manusia yang pakar dan bilangan yang ramai. Pengubalan dasar dan keputusan mengenai urusan pendidikan negara ini dilakukan pada peringkat pusat tertinggi iaitu Kementerian Pendidikan melalui Sistem Jawatankuasa yang dianggotai oleh tujuh buah jawatankuasa. Dasar-dasar baru yang ingin dilaksanakan diumumkan secara langsung oleh Menteri Pendidikan atau melalui pekeliling-pekeliling rasmi ke Bahagian-Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Sekolah-Sekolah. Tujuan pengubalan dasar ialah membentuk satu sistem pendidikan yang seragam menyeluruh dan diterima pakai seluruh negara. Pengubalan dilakukan pada peringkat kabinet dan diterjemah pada peringkat Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolahsekolah (TopDown). Guru-guru adalah pelaksana, perlu akur dengan dasar yang telah dibuat. 2. pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. konsep 1. Dasar penjelasan Dari sudut bahasa dan dalam bidang sains sosial dasar sama ertinya dengan asas, iaitu ketetapan yang menjadi pegangan dan tongak tindakan dan urusan. Perkataan Bahasa Inggeris dasar ertinya 'policy'. Dari segi estimologinya, policy berasal dari perkataan Greek iaitu 'polis' yang bermakna citystate'. Dalam bahasa Latin bermaksud 'politia' yang merujuk kepada negara. Manakala perkataan 'policie' digunakan dalam Middle English ia membawa maksud merujuk kepada pengendalian urusan awam atau pentadbiran kerajaan. polisi pendidikan adalah spesifikasi prinsip atau tindakan yang berkaitan dengan isu-isu pendidikan yang wajib diikuti untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dari itu polisi pendidikan adalah sangat penting bagi menghadapi isu-isu pendidikan di Malaysia agar lebih teratur. tempoh persekolahan. Mendisiplinkan merupakan penerapan dasar legislatif dalam bentuk akta yang mengenakansyarat dan hukuman. Hukuman yang dikenakan dalam bentuk penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. Dalam perkhidmatan awam tindakan mendisiplin juga melibatkan amaranlisan, amaran bertulis, penahanan, pemindahan, pengekalan (statik) dan

2.

Dasar-dasar Kawalan Dalam Pendidikan

7
pemecatan. Ganjarannya pula ialah kesinambungan operasi, perkhidmatan kepada mereka yang akur. Contoh dasar jenis ini ialah Akta Pendidikan 1996. 3. Dasar-dasar Inovasi Dalam Pendidikan Dasar-dasar berkaitan inovasi pula bertujuan membara pembaharuan dalam masyarakatmenerusi pendidikan. Dasar jenis ini bersifat futuristik-pragmatik kerana cuba membawa masyarakat kepada keadaan yang lebih baik dari yang sedia ada. Penyertaan secara holistik dan komprehensif dari semua pihak menjadi penentu kepada kejayaan dasar jenis ini. Contoh dasar jenis ini dalam pendidikan ialah Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains danMatematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada tahun 2003 olehPerdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad. Dasar yang berkaitan dengan penyelesaian masalah yang berkaitan sosial dan ekonomi. Dasar ini berbentuk reaktif kerana bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul. Hal inidisebabkan trend atau perkembangan semasa yang berubahubah akibat tuntutan prioritimanusia dan ekonomi semasa. Contoh dasar ini dalam pendidikan ialah Dasar 60 sains dan 40 sastera dan Dasar 1 pelajar 1 sukan. Dasar memperbaiki kebajikan & perkhidmatan melibatkan perbekalan prasarana, kualitikehidupan. Dasar jenis ini biasanya dalam bentuk akta dan edaran pekeliling (ikhtisas &kementerian). Bagi melaksanakan dasar ini, kerajaan menyediakan peruntukan kewanganyang besar untuk menaja projek-projek pembangunan prasarana dan perkhidmatan. Contoh dasar ini ialah yuran pendidikan percuma, pinjaman buku teks secara menyeluruh, Dasar Keciciran Sifar, Dasar Integrasi Nasional.

4.

Dasar-dasar Solusi Dalam Pendidikan

5.

Dasar-dasar Kebajikan Dalam Pendidikan

3. Pandangan/komentar anda dalam kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang dasar Pendidikan adalah diharapkan dapat dipenuhi keperluan tenaga rakyat negara dalam jangka masa panjang dan jangka masa pendek bermatlamatkan untuk melahirkan masyarakat bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. Sehinggalah membawa pembentukan Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada inspirasi negara dinyatakan dalam bentuk penulisan, menekankan kepada usaha melahirkan insan yang dapat memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

8
Pendidikan merupakan wahana dalam menyatukan rakyat dan menghasilkan modal insan yang berkualiti. Guru merupakan barisan utama dalam memupuk semangat perpaduan dan patriotisme di sanubari anak-anak didik. Golongan guru pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah dan negara.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT TAJUK 5 Perancangan pembangunan pendidikan di Malaysia 1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Pendidikan di Malaysia merupakan suatu yang bersifat dinamis dan sentiasa berkembang. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ialah satu garis panduan yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai rancangan pembangunan pendidikan yang ingin dicapai dalam tempoh lima tahun (2005-2010) sepanjang pelaksanaan RMK 9. Matlamat PIPP ialah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. KPM telah mengenalpasti dua pendekatan untuk mencapai hasrat ini iaitu memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira lokasi, kaum atau pun daripada kelompok kurang upaya, Orang Asli dan suku minority lain serta emberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang untuk memastikan bukan sahaja ia dapat mempertahankan kecemerlangan malah mampu mempertahankannya ke tahap yang lebih tinggi. Pelbagai perkara telah dilakukan melalui rancangan pembangunan negara bagi memastikan pendidikan di Malaysia sentiasa mampu bersaing dan mendapat pengiktirafan di peringkat global.
2. pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. Konsep 1. penjelasan

Zaman Pramerdeka Rusahan Kaum 13 Mei 1969

2.

3.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Teras strategi PIPP Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan ( RIMUP)

4. 5.

Usaha pecah dan perintah Inggeris yang mewujudkan institusi pendidikan Vernakular yang berasaskan kaumkaum Kerajaan mengubahsuai pendidkan Negara bukan sekadar pembentukan perpaduan Membasmi kemiskinan dengan usaha untuk merapatkan jurang pendapatan antara kaum di Malaysia Rancangan pembangunan pendidikan yang ingin dicapai dalam tempoh 5 tahun (2005-2010) Matlamat: menghasilkan pendidikan berkualiti Memperkukuhkan system pendidikan Malaysia Menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri Menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar

9
3. Pandangan/komentar anda dalam kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Pada pendapat saya, rancangan Pembangunan Pendidikan dirancangkan untuk menjamin perkembangan dan kemantapan sistem pendidikan negara. KPM telah mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan sebagai rancangan pembangunan pendidikan yang ingin dicapai dalam tempoh 5 tahun. Tujuan rancangan pembangunan negara adalah untuk menaik taraf kita serta bertaraf dunia, Pendidikan Malaysia perlu sentiasa bersaing dan mendapat pengiktirafan di peringkat global.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT TAJUK 6 Kurikulum sebagai wahana menterjemahkan Falsafah Pendidikan kebangsaan 1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Kurikulum mengandungi elemen-elemen seperti rancangan pendidikan, mengandungi matlamat dan objektif, menyenaraikan kandungan, topic atau pengalaman pembelajaran, menentukan kaedah dan aktiviti dan menetapkan kaedah dan instrument yang perlu untuk menilai pencapaian matlamat dan objektif. Kurikulum yang ada mencakupi kandungan mata pelajaran yang perlu diajarkan kepada murid, kaedah yang berkesan untuk menyampaikan akan yang menjadi kandungan mata pelajaran dan penilaian terhadap sejauhmanakah apa yang diajar kepada murid benar-benar telah dikuasai. Kurikulum mestialh dirancang dan didokumenkaan dalam bentuk matlumat dan prosedur pelaksanaan. Kurikulum Kebangsaan mencakupi pendidikan pada semua peringkat iaitun prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, lepas sekolah menengah dan pendidikan khas. KSSR merupakan kurikulum terkini bagi menggantikan KBSR yang diharapkan dapat meningkatkan standart pencapaian pelajar yang mencukupi 4M ( menilis, membaca, mengira dan menaakul). 2. pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. konsep 1. 2. 3. kurikulum Kurikulum Formal Kurikulum Tidak Formal penjelasan Mengandungi ilmu untuk diwariskan yang meliputi pengetahuan, kemahiran, nilai dan budaya Kurikulum yang tersurat Bokeh dilihat, tersedia, terancang dan berurutan Melibatkan human variables yang tidak dapat dikawal / dirancang sebelumnya Melibatkan interaksi sosial-psikologikal antara pelajar dengan guru, yang melibatkan perasaan, sikap dan tingkah laku Sesuatu yang dipelajari oleh pelajar secara tersirat dan tidak dinyatakan secara bertulis Satu elemen yang perlu diberi perhatian semasa bentuk kurikulum KSSR merupakan kurikulum terkini bagi menggantikan KBSR Memberi fokus terdapat 4 kemahiran iaitu membaca,

4.

Kurikulum Tersembunyi

5.

Kurikulum Stardard

10
menulis, mengira dan menaakul (4M) 3. Pandangan/komentar anda dalam kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Pada pendapat saya, KSSR dapat diterima baik dalam kalangan guru dan mampu menterjemahkan standart kandungan dan pembelajaran dengan berkesan. Ini adalah kerana fleksibilitin yang diberi memang menbolehkan guru-guru merancang dan melaksanakan P&P denga lebih menarik mengikut kreativitin masing-masing. Selain itu, pendekatan modular yang diterapkan dalam KSSR juga berupaya membantu guru melaksanakan P&P dengan lebih terancang dan murid juga dapat mencapai standart pembelajaran yang ditetapkan. Unit ini memberi manfaat kepada saya untuk mengetahui dengan mendalami tentang kurikulum kebangsaan terutaman KSSR yang baru diperkenalkan pada tahun 2011. REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 7 TAJUK REKA BENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Sekolah merupakan institusi yang berperanan sebagai pelaksana atau agen penyampai kurikulum kebangsaan. Tugas setiap pendidik ialah menentukan bahawa pengajaran dan matlamat yang hendak dicapai adalah selaras dengan falsafah, misi, visi dan amalan yang telah dipilih dan memaksimumkan koherens serta kesan-kesan positif dari kurikulum tersembunyi. Guru-guru merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mempastikan kurikulum yang telah dibentuk, dicerna dan disampaikan mengikut kreativiti dan kesesuaian persekitaran sekolah dan murid-murid. Peranan pendidik dalam perkembangan kurikulum sebagai perancang, pelaksana dan penilai. Model Tyler pula melibatkan 4 langkah seperti komponen matlamat, kandungan dan penilaian. Terdapat 2 aliran yang kuat dan berbeza tentang P&P. Aliran objektivis melihat ilmu sebagai satu produk dan guru adalah penyampainya. Aliran konstruktivis melihat ilmu sebagai satu proses atau keupayaan yang juga berbeza. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya 1. 2. 3. 4. 5. Konsep Model Tyler Behaviurisme Sibernetik Kognitivisme Objektivis Penjelasan Model yang klasik 4 langkah secara berurutan melibatkan komponen matlamat, kandungan , kaedah dan penilaian Penguasan isi pelajaran melalui proses Pelaziman dan penggunaan motivasi ekstrinsik Penguasaan kemahiran dan pengetahuan prosedur melalui penggabungan pelbagai sub-kemahiran dan sub-prosedur Penguasaan isi pelajaran melalui pencetusan proses-proses mentas seperti skema, strategi dan metakognisi Ilmu sebagai satu produk Guru sebagai penyampainya

11
3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang reka bentuk kurikulum di Malaysia. Pendidikan yang unggul tidak akan berlaku dengan sendirinya tetapi bergantung kepada pengisiam dan pelaksanaannya. Pengisian ini pula memerlukan suatu perancangan yang sistematik supaya matlamat pendidikan yang disasarkan berjaya dicapai. Oleh demikian, guru haruslah sentiasa bertanggungjawab untuk mempastikan kurikulum yang dijalankan adalah kreativiti dan kesesuaian persekitaran sekolah dan murid-muridnya.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 8 TAJUK PENTERJEMAHAN DAN PENTAFSIRAN KURIKULUM KEBANGSAAN

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Kurikulum sebagai satu jambatan menghubungkan pendidikan dengan matlamat. Matlamat dan objektif kurikulum adalah untuk mengembangkan potensi pelajar, dan menjadikan pelajar yang boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah harian, melahirkan insan yang sempurna (JERI), dan juga membentuk warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Di samping itu, kurikulum juga sebagai `body of knowledge dikemukakan dalam bentuk dokumen rasmi Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Kandungan kurikulum mengandungi pengetahuan deklaratif dan prosedural. Pengetahuan deklaratif merupakan intipati yang mengandungi fakta, konsep, teori dan generalisasi serta ditegaskan menerusi Jadual Spesifikasi Kandungan. Manakala bagi pengetahuan prosedural berkaitan dengan proses, metodologi dan prosedur. Kandungan kurikulum yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran dialihkan kepada Rancangan Pengajaran Tahunan & Rancangan Pengajaran Harian sebelum dilaksanakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya 1. Konsep Kurikulum Kebangsaan Penjelasan suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum kurikulum yang diseragamkanb dan ditadbirurus secara `top down kurikulum ideal atau kurikulum rasmi sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta kegiatan P&P Kegiatan pendidikan luar bilik darjah guru-guru mempunyai autonomi untuk merancang, melaksana dan menilai kurikulum yang dilaksanakan intipati yang mengandungi fakta, konsep, teori dan generalisasi serta ditegaskan menerusi Jadual Spesifikasi Kandungan berkaitan dengan proses, metodologi dan prosedur

2.

Kurikulum Sekolah

3. 4.

Pengetahuan deklaratif Pengetahuan prosedural

12
5. Kurikulum rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Pada pandangan saya, sebagai guru perlulah berkeupayaan membuat penterjemahan dan pentaksiran terhadap kurikulum dan matlamat pendidikan. Guru juga perlu berusaha mengembangkan potensi pelajar kita dan melahirkan insan yang sempurna. Guru dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang dan dapat melahirkan generasi yang bijaksana dengan bantuan perancangan yang sistematik dalam dua bentuk iaitu Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian yang berpandukan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran serta Buku Panduan Kurikulum Standard Yang dibekalkan oleh KPM. REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 9 4. TAJUK ETIKA KEGURUAN DAN PERATURAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Ringkasan Isi Kandungan Unit

Dalam bidang perguruan, etika keguruan digubal pada tahun 1970-an yang membawa maksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap ibu bapa, masyarakat dan negara dan rakan sejawat serta profesion. Guru sebagai penjawat awam perlu mematuhi nilai-nilai utama etika kerja perkhidmatan awam yang dikeluarkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara ( INTAN) . Tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju kea rah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju kea rah kebenaran dan kea rah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kod Etika Profesion Keguruan ( KEPK) menyediakan suatu garis panduan bagaimana untuk bertingkah laku dan bertatasusila yang selayaknya dalam profesion keguruan. Tujuan utama peraturan-peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awan amnya. Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat menbaiki tingkahlaku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama menjadi panduan dan pengajaran kepada orang lain. 5. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya 1. Konsep Etika Profesionalisme Keguruan Penjelasan Digubal pada tahun 1970-an Satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat dan Negara dan rakan sejawat serta profesion Tanggungjawab kepada murid Tanggungjawab kepada ibu bapa Tanggungjawab kepada masyarakat dan negara Tanggungjawab kepada rakan sejawat dan Profesion Perguruan Tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan Tanggungjawab guru merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar, diri guru itu sendiri, sekolah masyarakat dan Negara dan profesion keguruan am Menjaga imej kerajaan khasnya dan perkahidmatan awan

2.

Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia

3.

Akauntabiliti keguruan

4.

Peraturan dalam

13
5. Pendidikan Guru Profesional amnya Sikap professional, mempamerkan cirri-ciri kekuatan teoriteori, kaya dengan ilmu, bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan

6. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Dalam unit ini menerang dengan jelas tentang ciri-ciri yang sepatutnya diamalkan oleh seorang guru yang berprofesional. Kerajaan meletakkan harapan supaya guru bertindak sebagai arkitek dan jurutera social dalam pembangunan bangsa Malaysia pada masa depan. Saya berpendapat bahawa guru yang professional perlu mempamerkan cirri-ciri kekuatan teori dan menampilkan watak terpuji , berwawasan dan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran sebagai guru unggul pada setiap masa supaya pelajar mempunyai berpesonaliti sihat, keluatan ilmu dan serba boleh.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 10 TAJUK AKTA PENDIDIKAN 1996

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan daripada Akta Pelajaran 1961. Ia juga merupakan perundangan yang baru dan menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada.Atka ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih revelen daripada Akta Pelajaran 1961. Akta Pendidikan 1996 telah memberi beberapa impliksai penting seperti program Pendemokrasian Pendidikan dapat dilaksanakan mengikut matlamat yang ditentukan. Di samping itu, setiap kanak-kanak yang cukup umur akan ke sekolah seterusnya tidak ketinggalan dalam pendidikan yang disediakan. Matlamat melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan akan direalisasikan mengikut program pendidikan yang dirancangkan. Selain itu, ia juga telah memastikan setiap orang dapat pendidikan yang sempurna ,demi menjadi rakyat yang berguna dan sanggup memelihara kesejahteraan diri dan keluarganya, serta memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan negara. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya 1. Konsep Pendidikan Prasekolah Penjelasan Menteri Pendidikan diberi kuasa untuk menubuhkan dan menyelenggara tadika Kanak-kanak daripada keluarga yang kurang berada di bandar berpeluang untuk menerima pendidikan Penggunaan Garis Panduan Kurikulum Malaysi adalah wajid bagi semua jenis dan ketegori prasekolah. Mempertingkatkan program orientasi alam persekolahan. Mengatasi masalah keciciran pada peringkat pendidikan rendah. Meningkatkan kadar penyertaan murid asli dan kumpulan

2.

Pendidkan rendah

14
etnik di pedalaman Sabah dan Sarawak Melaksanakan pendidikan wajid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Memantapkan sistem pendidikan negara dan melahirkan masyarakat yang berilmu Sistem pendidikan negara mengangkat niali-nilai murni, moral dan akhlak yang berilmu Matlamat negara untuk menjadi sebuah negara maju menuntut sistem pendidikan diperkemas dan dimantapkan Terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi

3.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

4. 5.

Wawsan 2020 Sistem Pendidikan kebangsaan

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang Akta Pendidikan 1996 yang dapat mencapai cita-cita negara sekarang dan menjadikan pendidikan sebagai asas pembangunan negara yang dilihat bukan sahaja pembangunan dari segi material tetapi juga emosi dan jasmani serta intelektualisme individu. Dengan ada akta ini, hasrat negara untuk menjadi negara maju dan berwawasan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan seperti mana yang termaktub dalam Wawasan 2020. Dengan harapan melalui akta ini akan dapat melahirkan satu corak pendidikan yang unggul dan menjadi kebanggaan. Sesungguhnya ciri-ciri lama untuk menyatupadukan kaum masih terkandung dalam Akta baru ini dan gabungjalin di antara hasrat Akta Pelajaran 1961 dengan hasrat yang dibincangkan itulah maka lahirnya satu bentuk kurikulum pendidikan yang canggih dan telah mulai dirasai oleh rakyat kini.

Anda mungkin juga menyukai