Anda di halaman 1dari 1

TEKS PRA-U BAHASA MELAYU Kertas 2

ISBN: 978-983-3879-77-9

TEKS PRA-U Bahasa Melayu Kertas 2 Karangan

Tajuk 9
Peningkatan taraf hidup tidak semestinya meningkatkan kualiti hidup. Bincangkan penyataan ini berdasarkan konteks Malaysia. Kehendak Soalan Calon hendaklah menghuraikan bukti-bukti taraf hidup rakyat Malaysia telah meningkat. Namun begitu, bukti-bukti kualiti hidup rakyat terjejas juga perlu dihujahkan.

Isi-isi
Bukti peningkatan taraf hidup Nikmat kebendaan semakin mencukupi kaedah pertanian moden meningkatkan pendapatan; kemajuan sektor perindustrian menyediakan peluang pekerjaan. Kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas yang mencukupi memudahkan masyarakat menjalani kehidupan harian. Peluang pendidikan yang meningkat universiti dan kolej awam dan swasta bertambah; kemudahan pinjaman (PTPTN, MARA, dll) disediakan. Sumber hiburan yang pelbagai dapat merehatkan fikiran. Bukti-bukti kualiti hidup rakyat terjejas Kesihatan rakyat terjejas sebagai akibat gaya hidup moden HIV/AIDS semakin meningkat. Pencemaran alam sekitar semakin serius air dicemari ammonia, merkuri, dsb. Keselamatan umum tidak terjamin jenayah (ragut, rompakan, pembunuhan, perogolan, dll) semakin banyak berlaku. Hidup semakin sibuk kerana tuntutan tugas dan sara hidup masa berkualiti bersama keluarga dan tetangga semakin berkurang. Nilai kemanusiaan semakin pupus mementingkan diri sendiri, menindas, dsb.
Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007 1

Anda mungkin juga menyukai