Anda di halaman 1dari 9

Soalan objektif

1. Faktor wujudnya aliran mazhab akidah diperingkat


awal islam
a. Perbezaan sahabat dalam memahami nas alquran
b. Perbezaan ulama untuk menjelaskan hokum islam
c. Perbezaan situasi untuk menuntut ilmu fardhu ain
d. Perbezaan dalam memahami masalah asbabul nuzul
sesuatu ayat

2. Mazhab ahli sunnah wal jamaah menjadi pilihan dan
anutan hamper 2/3 umat islam di dunia..
Mengapakah mazhab ini dianggap sederhana dan
diminati ramai


3. Kenyataan berikut adalah merujuk kepada mazhab
jabariah, merujuk kepada perbuatan dan perlakuan
manusia.

Hamba itu tidak berkuasa, tidak berkehendak dan
tidak ada ikhtiar baginya. Yang sebenarnya melakukan
perbuatan hamba itu ialah Allah.




4. Siapakah ahli sunnah waljawaah mengikut pendapat
ilmu kalam
Kumpulan yang berpegang teguh dengan Al-Quran, sunnah
rasul dan perkara yang dibawa oleh para sahabat serta
menetang perkara bida'ah.




5. Perbuatan manusia atas hamba megikut ilmu kalam ,
ia meliputi aktiviti berikut.

i. Setiap perbuatan yang bergantung kepada
ikhtiar manusia
ii. Setiap perbuatan yang bergantung kepada
allah dalam setiap tindakan
iii. Kemampuan manusia untuk memilih
melakukan atau tidak
iv. Semua ciptaan manusia mengandunggi sebab
dab musabbab

6. Apakah yang paling tepat mengenai afalullah?

perbuatan Allah adalah sesuatu yang hanya dapat dilakukan
Allah tanpa ada sesuatu lain yang dapat menyamai ataupun
menirukan apa yang dilakukan Allah Swt.


7. Firman allah dalam surah at tadwir ayat 29

4`4 4p+7.4=
) p 47.4=EC
+.- O4O
--gUE^-
^g_
29. Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu
(mengenai sesuatupun), kecuali Dengan cara Yang diatur
oleh Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan
seluruh alam.


Berpandukan ayat diatas dapat diambil beberapa
kesimpulan



8. Kufur bermaksud

- tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W


9. Masyarakat masa kini banyak terlibat dengan
bermacam-macam amalan karut yang membawa
kepada syirik.
Pilih dan tentukan manakah amalan berikut
membawa kepada syirik.
a. Memuja kubur
b. Meninggalkan solat dengan sengaja
c. Menilik nasib kepada tukang tilik
d. Kepercayaan kepada sial burung hantu

10. Perlakuan yang membawa kepada syirik terbahagi
kepada 3 bahagian, niat, perbuatan dan perkataan.
Syirik melalui niat..

i. Was-was adanya hari kiamat
ii. Yakin adanya qada dan qadar
iii. Percaya semua agama adalah sama
iv. Percaya bahawa nabi isa tidak
diangkat kelangit

11. Berleluasanya perbuatan maksiat dimuka bumi allah
ini adalah hasil

a. Tidak faham hokum allah
b. Tidak suka kebaikkan
c. Tidak belajar hokum allah
d. Tidak mengamalkan hokum allah
e.
12. Sesebuah rumah tangga dianggap mendapat
kebahagiaan bergantung kepada



13. seseorang individu yang berpelajaran tinggi bukan
menjamin dia seorang yang berakhlak mulia ,
buktikan



14. Pelbagai gejala berlaku dalam masyarakat , antaranya
pembuangan bayi , walaupun ucaha mencegahnya
Pada pandangan anda bagaimana untuk
membendungnya.


15. Di Malaysia masa kini terkenal sebagai pusat
penyebaran Qadiani , ia merupakan salah satu ajaran
sesat Qadiani adalah merupakan salah satu ajaran
sesat yang berkembangsiapakah pengasasnya..
Mirza Ghulam Ahmad Qadiani di India
16. Semua pihak perlu bertanggungjawab dalam
membanteras amalan khurafat di malayisa, masalah
ini perlu dilakukan bersungguh-sungguh. Manakah
antara berikut perlu dilakukan oleh pelajar untuk
menghapusknnya.


17. Semasa saidina umar menjadi khalifah baginda
menebang pokok tempat rasullullah bersandar
semasa baiatul ridzuan


18. Hindunisme bermaksud.
merupakan ajaran atau pandangan bahawa kesenangan
atau kenikmatan merupakan tujuan hidup dan tindakan
manusia

19. Prakmatisme bermaksud.
ajaran yang menekankan bahwa pemikran itu menuruti tindakan.
suatu aliran yang mengajarkan bahwa yang benar adalah apa saja
yang membuktikan dirinya sebagai yang benar dengan akibat-akibat
yang bermanfaat secara praktis.
20. Sangat jelas wujudnya perbezaan antara pandangan
islam denga idologi barat


Struktur.

1.a) Senaraikan 5 keistemewaan ahli sunnah wal jamaah
1. Sumber Pengambilannya adalah Murni
Al-Quran, As-Sunnah, dan ijma Salafush shalih
2. Penyerahan Diri kepada Allah dan Rasul-Nya
Percaya kepada perkara ghaib
3. Sesuai dengan Fitrah yang betul dan Akal yang
Sehat
bebas dari pengaruh syahwat dan syubuhat tidak akan
bertentangan dengan nash yang shahih dan bebas dari
cacat.
4. Sanadnya Bersambung kepada Rasulullah _, Para
Tabiin, dan Imam-Imam Agama, baik dalam Bentuk
Ucapan, Perbuatan, maupun Keyakinan (Itiqad)
5. Jelas, Mudah dan Terang
lafazh-lafazhnya begitu jelas dan maknamaknanya
demikian terang, sehingga boleh difahami oleh orang
berilmu maupun orang awam, anak kecil maupun orang
tua
6. Bebas dari Keranguan, Paradoks dan Kekaburan
7. Umum, Universal dan Berlaku untuk Segala
Zaman, Tempat, Umat dan Keadaan
8. Kokoh, Stabil dan Kekal
9. Membangkitkan Rasa Hormat kepada Al-Quran
dan As-Sunnah didalam Jiwa Orang Mukmin
10. Membuat Hati Penuh Dengan Tawakkal kepada
Allah
b) anda seorang guru diamanahkan untuk menjelaskan kepada
pelajar semasa p& p akidah , bidang tajuk afalullah anda
dikehendakki sertakan sepotong ayat al quran.
4g~-.- 4pONLg`uNC
jU^O4^)
4pONONC4
E_OUO- 44
_4L^~Ee4O
4pOgLNC ^@
3. Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang
ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta
membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang Kami
berikan kepada mereka.










2.a) propaganda murtad merupakan 1 ancaman kepada
Negara dan masyarakat islam di Malaysia
Jeaskan 5 faktor yang menyebabkan seseorang itu menjadi
murtad
- lemah pegangan agama
-jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam
- terpengaruh dengan tawaran kebendaan
- Terpengaruh dengan godaan syaitan/pujukan dan kesenangan
dunia sehingga menolak ajaran Islam
- Tidak mendapat didikan agama dan bimbingan daripada ibu
dan bapa.
- Tidak mendapat kasih sayang atau diabaikan oleh ibubapa
atau keluarga yang bercerai.
- Tuntutan cinta atau berkahwin dengan bangsa asing yang
mendapat halangan keluarga
- Saudara Baru yang memeluk Islam dengan tujuan mendapat
kemudahan dan simpati dan apabila gagal mendapat bantuan
berterusan ia akan kembali kepada agama asal mereka.
-Terpengaruh dengan ajaran sesat, black metal, dadah dan
gejala yang bersifat negatif.
- Kurang perhatian orang Islam terhadap Saudara Baru yang
bermasalah dan tiada tempat berlindung menyebabkan
mereka putus asa

b) nyatakan 5 kesan positif akidah islamiah terhadap individu
dan masyarakat


3a) beriman kepada allah merupakan satu kewajipan ke atas
manusi didalam membina kehidupan yang baik lagi mantap
bagi menjana akidah islam sebenar.
Jelaskan bagiamana kedudukan orang yang tidak beriman
kepada allah didalam kehidupannya.
1. Kehidupannya tidak akan rasa tenang dan aman serta
mudah terbawa ajakan orang, mudah tergoda oleh
setan, pandangannya sempit,
2. Tidak boleh membezakan yang halal dan mana yang
haram, dan mana yang baik dan mana yang buruk.
3. Akan dimasukkan kedalam neraka akhirnya
4. Kehidupan yang mudah berputus asa
5. Kehidupan yang tidak diberkati oleh allah
b) apakah kesan yang akan berlaku sekiranya seseoang
muslim melakukan perkara yang merosakkan akidah.
1. Terkeluar dari agama Islam/ merosakkan iman/batal iman
2. Tidak diampunkan Allah kecuali istighfar,taubat nasuha dan
syahadah/Allah murka.
3. Membatalkan iman/ dosa besar azab neraka di akhirat
4. Menafikan kekuasaan Allah
5. Amalan ditolak/tidak dpt pahala
6. Dosa tidak diampunkan/kekal dalam neraka
7. Dihukum bunuh jika enggan bertaubat
8.. Hilang tempat pergantungan Allah swt
9.Jiwa tidak tenang
10. Rosak akhlak individu/masyarakat
11. Rosak Akhlak






4 a) penyelewengan akidah berlaku dalam Negara
Malaysia ..
Anda dikehendakki menyenaraikan 5 langkah untuk
membendung penyelewengan akidah
1. Kembali kepada Al Quran dan As Sunnah
2. Mengadakan peruntukan undang-undang yang
mencukupi untuk membendung dan menghalang
ajaran-ajaran yang sesat ini sesuai dengan ajaran
Islam itu sendiri.
3. Melahirkan para pendakwah dan guru-guru agama
yang benar-benar peka di dalam persoalan
penyelewengan aqidah khasnya dan penyelewengan
daripada ajaran Islam serta melatih mereka dengan
cara-cara mengatasi masalah-masalah ini.
4. Memperkenalkan Islam yang syumul merangkumi
segala aspek kehidupan manusia di samping
mempraktikkannya.
5. Memberikan ajaran Islam yang mencukupi dan tahan
lasak di dalam menghadapi segala bentuk ancaman
yang mungkin menggugat aqidah mereka.
6. Menghapuskan segala bentuk maksiat dan
kemungkaran atau sekurang-kurangnya cuba dan
berusaha mengurangkannya secepat mungkin, bukan
dengan memperbanyakkan pula tempat-tempat
maksiat dan membiarkan kemungkaran terus
bermaharajalela.
7. Mempergunakan media massa seluas-luasnya dalam
usaha pengajaran Islam yang benar-benar bersih dan
tulin kepada masyarakat.
8. Sentiasa berusaha mengenalpasti penyelewengan
aqidah yang berlaku di dalam masyarakat kemudian
bertindak dengan secepat mungkin sebelum ia
berakar umbi.
9. Sentiasa meminta pertolongan dan menaruh
pengharapan kepada Allah s.w.t sebagai penolong
dan pembela dalam usaha membasmi penyelewengan
aqidah dan ajaran-ajaran sesat.




b) sikap mempersendakan agama telah berlaku sejak awal
penyebaran dakwah islam oleh rasullullah sehingga kini masih
berlaku
anda dikehendakki mengemukakkan 5 cadangan yang bolah
diambil untuk mencegah umat islam mempersendakan
agama.
1. taat dan patuh pada perintah Allah denga
bersungguh-sungguh
2. meninggalkan segala larangan Allah
3. sentiasa mengingati balasan syurga dan neraka
4. berhati-hati dan berwaspada dengan rakan-rakan
yang suka mempersendakan agama
5. mengenakan hukuman yang setimpal terhadap
golongan yang mempersendakan agama
6. Berakhlak mulia terhadap sesame makhluk agar dapat
menjana sahsiah diri yang mantab
7. Mengenakan hukuman yang ketat terhadap
keperluan islam terutamanya halal dan haram agar
tidak disalah guna oleh orang tidak bertanggungjawab
-












Esei.
1. Kedua dua mazhab ahli sunnah waljamaah dan
muktazilah telah mengalami zaman kegemilangan
masig-masing terutamanya zaman abasiah.

a) Nyatakan 5 perbezaan prinsip antara ahli sunah
waljamaah dengan muktazilah mengenai afalul
ibad
Ahli sunnah wal
jamaah
Muktazilah
1) Al-Quran bukan
makhluk. ianya
adalah kalam Allah
yang bersifat qadim.

Alquran adalah makhluk dan tidak
bersifat qadim
2) Orang mukmin
boleh melihat Allah di
syurga.

ALLAH tidak dapat dilihat di hari
akhirat

3) Pelaku dosa besar
dikira sebagai
mukmin kerana
imannya masih ada
tetapi tidak dikira
fasik kerana
melakukan dosa
besar.

orang yang melakukan dosa besar
tidak mukmin dan tidak kafir, akan
tetapi mereka berada di satu tempat
di antara dua tempat al-manzilah
baina manzilatain

4) iman seseorang
boleh bertambah dan
berkurang.

amalan baik akan mendapat pahala,
amalan buruk akan mendapar dosa
dan ditempatkan di neraka,tuhan
tidak boleh memungkiri janji, bagi
mereka yang melakukan dosa besar
mereka tidak diampun melainkan
bertaubat,orang yang baik tidak
boleh dihalang dari mendapat pahala.

5) semua perkara
sama ada baik atau
buruk datangnya dari
Allah.
manusia itulah yang mencipta segala
perbuatan dan perkara yang
dipertanggungjawabkan terhadap diri
mereka samada baik ataupun buruk.
Untuk itu, berkaitan dengan usaha
serta perbuatan manusia, tiada
sebarang campurtangan Allah
sedikitpun.

b) Bincangkan dan terangkan 5 faktor yang
menyebabkan penghapusan mazhab muktazilah.











2. Ancaman kerosakkan akidah merupakan fenomena
yang amat dibimbangi oleh pemerintah dan satu
cabaran kepada umat islam masa kini

a) Jelaskan 5 perkara yang boleh merosakka akidah
seseorang
Aqidah seseorang boleh rosak melalui Perkataan, Perbuatan dan
Hati
PERKATAAN
- Menghina Islam spt mencela Allah.Al Quran dan Hadis
- Mengubah hukum dengan perkataan spt menolak kewajipan
solat fardu dan menolak kewajipan menutup aurat
- Bersumpah dengan selain nama Allah spt demi bulan
matahari
- Menyanyi lagu-lagu yang liriknya bertentangan dengan
akidah
PERBUATAN
- Menyembah selain daripada Allah spt berhala , pokok,syaitan
dll
- Memakai lambing mana-mana agama spt salib
- Menghina Al Quran spt mengoyak,memijak,mencampak
- Menyertai upacara agama lain spt upacara penyembahan
berhala dan penyucian dosa (babtis) di gereja
- Sujud selain daripada Allah spt sujud kpd manusia , batu dll
HATI
- Meyakini bahawa alam ini terjadi dengan sendiri
- Percaya bahawa pencipta alam ini sama seperti makhluk lain
- Ragu-ragu dgn rukun Iman, rukun Islam dan hukum Islam
- Berniat keluar daripada Islam

b)nyataka 5 kesan positif akidah terhadap individu
dan masyarakat
individu.
- Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah
swt yang maha esa. Lantaran itu menggerakkan seluruh
tingkah-lakunya, percakapannya dan gerak-gerinya untuk
mencari keredhaan Allh swt.
- MasyarakatAkidah Islam melahirkan Insan Soleh. Insan
yang melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan
meninggalkan segala jenayah dan kemungkaran.
- Akidah Islam melahirkan Insan yang mempunyai akhlak
cemerlang dan terpuji.
- Mengikis sifat-sifat yang buruk dan melahirkan manusia
yang bertaqwa, tawadhu", ikhlas, redha, amanah dengan
segala sifat terpuji yang lain di samping menyingkirkan
sifat-sifat yang buruk seperti dengki, sombong, ria",
takabur dan seumpamanya yang boleh membawa
masalah sosiol dalam masyarakat.
- Akidah akan melahirkan seseorang atau sesebuah
masyarakat yang optimis dan yakin kepada diri sendiri
untuk bekerja bagi mencapai kejayaan di dunia di
samping tidak lupa mencari keredhaan Allah swt supaya
mendapat kebahagian di akhirat.
- Akidah Islam melahirkan Insan dan masyarakat yang
teguh pendiriannya, mempunyai perinsip dan tidak
mudah terpengaruh dengan persekitaran yang
mengancam nilai dan akhlak manusia terutama dengan
pelbagai pengarauh hasil kemajuan teknologi maklumat
di zaman ini. Ia mampu membeza dan memilih nilai-nilai
yang positif dan menolak nilai-nilai yang negatif yang
boleh merosakkan keperibadian Insan

masyarakat.

-membentuk masyarakat yang sama-sama bersatu padu dan
berganding bahu dalam apa jua bentuk sumbangan dari
sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besarnya untuk mencapai
kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
- lahirlah sifat ukhuwwah, bertimbangrasa, bertoleransi,
bertolong Bantu dan sebagainya. Lahirnya sifat-sifat orang
yang bersyukur apabila hilang daripada diri segala sifat kikir,
tamak, rakus dan loba. Akan lahir insan berbudi, dermawan,
suka menolong dan memaafkan kesalahan orag lain ke atas
dirinya.
- Berteraskan akidah dan iman dapat membentuk sebuah
masyarakat yang harmoni dan bertamadun.
-Melahirkan ummah yang berfikiran kritis, progresif dan
dinamis Setiap insan yang diciptakan Allah s.w.t mempunyai
keistimewaan berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain,
bukan hanya dari aspek kejadiannya malah meliputi kehidupan
di dunia dan di akhirat kelak.
- melahirkan ummah yang memiliki keperibadian unggul
Hati yang diisi dengan keimanan dan akidah yang lurus
pastinya akan melahirkan individu dan personaliti ke arah
perawakan yang baik dan diredai Allah.

3. Pengaruh barat telah meresapi dalam kehidupan
umat manusia amnya dan umat islam khasnya telah
menjadi ancaman baru kepada umat islam disamping
amalan khuraft yang sedia ada.
a) Huraikan 5 punca umat islam terlibat dalam amalan
khurafat

Sabda rasullullah yang bermaksud
Aku tinggalkan pada kamu dua perkara, kamu tidak akan
sesat selamamana kamu berpegang dengan keduanya iaitu
kitab Allah Subhanu wa Taala dan sunnah Nabinya.
Punca umat islam terlibat dalam amalan khurafat..
1. KEJAHILAN:
Inilah faktor utama kenapa manusia sanggup melakukan
amalan-amalan khurafat dan syirik, sebab itulah Islam
amat menitik beratkan umatnya agar sentiasa
meningkatkan keupayaan diri dengan menuntut ilmu
bahkan menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan
keatas setiap individu muslim
2. KEPENTINGAN PERIBADI:
Bagi mendapatkan sesuatu dari kepentingan duniawi
manusia sanggup melakukan apa saja walaupun terpaksa
menggadaikan akidah dan agamanya dan terlibat dengan
gejala mungkar.
3. NIAT YANG JAHAT:
Sesungguhnya diantara hikmah kenapa adanya syurga
dan neraka ialah kerana adanya manusia yang baik dan
ada yang jahat yang saban hari sentiasa memikirkan
bagaimana dia ingin merealisasikan niat dan amalannya
itu
4. PERGAULAN:
Faktor ini juga terkadang menjadi sumbangan penting kearah
terjebaknya seseorang dengan amalan khurafat seperti ikut
kawan pergi menurun nombor ekor, ajaran Black Metal dan
sebagainya.
5. KEADAAN SEKELILING:
Suasana masyarakat yang tidak diikat dengan undang-
undang agama juga adalah faktor berleluasanya ajaran
khurafat, oleh itu faktor ini juga penting untuk diberikan
perhatian serius oleh mesyarakat muslim atau mana-
mana organisasi agama agar tidak wujud masyarakat yang
mendorong kearah berlakunya ajaran khurafat seperti
dizaman jahiliyyah
6. ADAT KEBIASAAN:
faktor ini dikenal pasti sebagai penyumbang utama
kearah berterusannya amalan khurafat dalam kehidupan
manusia dengan slogan Biar mati anak jangan mati adat
seterusnya menjadikan mereka begitu bersemangat
mengadakan amalan khurafat secara berterusan
seumpama mengadakan upacara bersemah atau
menjamu hantu, hulubalang, roh semangat dan
sebagainya.
7. PENGARUH POLITIK:
Demi mendapatkan kuasa dan kedudukan duniawi yang
sementara manusia sanggup untuk terlibat dengan gejala
khurafat seperti mendapatkan bantuan bomoh-bomoh
upahan atau bomoh VIP seperti yang banyak terbentang
didada-dada akhbar (kes Mona Fendy) dan sebagainya,
begitujuga mereka yang terlibat dengan ajaran-ajaran
khurafat dan ajaran sesat menyelamatkan diri melalui
saluran politik (kes ajaran Taslim, Kg Seronok, Bayan
Lepas, PulauPinang / kes Ayah Pin di Terengganu)]
b) Jelaskan 5 kesan fahaman barat terhadap umat islam

Aliran ideologi, falsafah dan teori-teori itu mengenai
usrusan Negara, ekonomi atau kemasyarakatan
dengan memakai pelbagai nama seperti Sekularisme,
Kapitalisme, Sosialisme, Nasionalisme, Pragmatisme
dan sebagainya.
Ideologi yang terdapat unsur ajaran menyeleweng ini
dibawa masuk ke dalam pemikiran masyarakat Islam
sama ada secara sedar atau tidak sedar. Kesannya ia
dapat menjauhkan mereka yang kurang mendalami ajaran
Islam untuk menolak Islam
dengan mudah. Contoh, seperti golongan muktazilah,
golongan wahabi dan sebagainya berjaya memecah
belahkan umat Islam. Mereka saling mempertahankan
ideologi masing-masing dengan pelbagai alasan dan
hujah.Ideologi ini terbahagi kepada tiga kategori.
Pertama, mereka yang mengkaji dan mengamalkan Islam.
Kedua, mereka yang tidak faham langsung dan jahil
tentang
Islam, dan ketiga, mereka yang jahil murakkab (tidak
sedar dirinya jahil) tetapi mahu bercakap mengenai Islam.
Terhadap golongan kedua dan ketiga, kesan pemikiran
dan ideologi amat merbahaya untuk masyarakat Islam.
Mereka seringkali dilihat sebagai golongan perosak agama
serta memecah belahkan umat Islam kerana jahil
murakkab yang menebal. Selain itu,
kesan daripada ideologi sesat ini meresap masuk ke dalam
urusan kehidupan umat Islam seharian.
Antara kesan yang nyata ialah mereka membahagikan
urusan keduniaan dan urusan ibadah secara berasingan.
Urusan pentadbiran dipisahkan
dalam Islam. Sepatutnya, Islam itu satu cara hidup yang
lengkap dalam seluruh aspek kehidupan manusia.
Memisahkan Islam dan politik. Mereka mendakwa
bahawa Islam adalah agama yang bersih dan politik
adalah kotor. Kerana itu, Islam dan politik tidak boleh
dicampurkan kedua-duanya sekali dalam satu masa. Dari
pandangan Islam, Islam
membentuk politik menjadi bersih kerana Islam sukakan
bersih, cekap, amanah,
menghalang perlaksanaan hukum-hukum perundangan
Islam atau Syarie dengan alasan tidak sesuai pada masa
kini. Agama hanyalah untuk penjagaan diri masing-
masing.
Cara hidup juga diubah supaya bertentangan dengan
Islam seperti mendedahkan aurat, seks bebas dan pesta-
pesta yang membawa kepada keruntuhan akhlak.
Menghidupkan semula amalan-amalan jahiliyyah seperti
minum arak, pesta sosial
oleh golongan remaja secara bebas dan membunuh
anak.Oleh itu, sebagai umat Islam hendaklah berusaha
menyampaikan dakwah kepada semua orang tanpa
mengira status, pangkat, fahaman politik dan sebagai.
Mereka diseru supaya tidak terpengaruh dengan ideologi
asing yang disebarkan oleh musuhmusuh Islam dalam
pelbagai bentuk dan strategi. Sebaliknya dekatilah para
alim ulama pada setiap waktu dan ketika. Jangan
memusuhi atau sakiti mereka kerana ulama
menunjuk jalan ke arah kebaikan dan keamanan sejaga

4

Anda mungkin juga menyukai