Anda di halaman 1dari 4

Awan stratus ialah awan yang biasanya berwarna kelabu dan sering kelihatan melitupi seluruh langit.

Mereka seolah-olah mewakili kabus yang tidak menyentuh permukaan tanah. Kebiasaannya tiada mendakan jatuh dari awan stratus.

Awan nimbostratus biasanya berwarna kelabu gelap, kelihatan basah seterusnya diikuti dengan turunnya hujan atau salji. Awan ini sering menghasilkan mendakan yang ringan dan sederhana.

Awan Alto biasanya awan tahap pertengahan yang berketinggian antara 2000 hingga 7000 meter. Awan altocumulus merupakan awan pertengahan yang terdiri daripada titisan air dan kelihatan berwarna kelabu, berjisim gebu dan kadang kala bergulung dalam gelombang sejajar. Awan ini sering hadir semasa musim waktu pagi panas yang agak lembap. Kehadiran awan ini juga bermaksud rebut petir mungkin hadir pada lewat tengah hari.

Awan altostratus berwarna kelabu atau biru-kelabu. Ia terdiri daripada kristal ais dan titisan air. Awan ini selalunya melitupi hamper seluruh langit. Di bahagian yang lebih nipis, matahari mungkin kelihatan samar-samar semasa subuh.

Awan cirrus ialah awan nipis yang ditiup angin ke araharus yang panjang. Awan ini dikategori sebagai awan tinggi kerana terbentuk di atas ketinggian 6000 meter. Awan cirrus biasanya bergerak merentasi langit dari barat ke timur. Kehadiran awan ini menandakan cuaca baik pada hari tersebut.

Awan cirrostratus berbentuk nipis seperti kertas dan sering dilihat melitupi langit. Awan ini amat nipis sehingga matahari dan bulan dapat dilihat menembusi awan ini.

Awan cirrocumulus kelihatan kecil, gebu dan agak bulat. Riak-riak kecil dalam awan ini kadang kala kelihatan seperti sirip ikan. Langit dengan kehadiran awan ini juga dikenali sebagai langit tuna.

Awan cumulus ialah awan gebu yang kadang kala kelihatan seperti kapas terapung. Dasar awan ini biasanya rata dan mungkin hanya berketinggian 1000 meter dari aras tanah. Puncak awan ini mempunyai menara yang bulat. Awan ini membesar secara menegak dan boleh membesar sehingga tahap gergasi cumulonimbus.

Awan cumulonimbus ialah awan rebut petir yang terbentuk jika awan cumulus congestus sentiasa membesar secara menegak. Dasarnya yang gelap mungkin berketinggian tidak lebih dari 300 meter dari permukaan bumi. Puncaknya mungkin meninggi sehingga 12000 meter. Tenaga yang aat besar dilepaskan dari kondensasi wap air dalam awan ini.

Awan stratocumulus biasanya tebal dan sering terbentuk dari udara yang kurang stabil di kawasan yang berketinggian 2000 meter. Awan ini juga boleh menghasilkan hujan renyai-renyai. Terdapat beberapa jenis awan ini seperti stratocumulus stratiformis, stratocumulus lenticularis dan stratocumulus castellanus

Anda mungkin juga menyukai