Anda di halaman 1dari 8

KESAN- KESAN DADAH

1. Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang) . 2. Dalam keadaan mabuk atau khayal , penagih tidak dapat mengawal pergerakan dan perimbangan badannya . 3. Risiko jangkitan HIV/AIDS , Hepatatis dan Sawan apabila menggunakan alat suntikan yang dikongsi .

4. Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran ,kelahiran bayi songsang , lahir belum cukup bulan , kematian bayi semasa lahir /melahirkan bayi yang tidak sempurna/cacat . 5. Melemah dan merosak daya pemikiran , pemahaman ,percakapan , pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah . 6. Menyebabkan gangguan masyarakat . emosi dalam kehidupan keluarga dan

7. Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng , kecurian , rompakan , rogol , pembunuhan dan sebagainya . Ini adalah kerana penagih sebenarnya telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup melakukan apa sahaja demi ketagihan mereka kepada dadah . 8. Membawa maut kepada : a. Diri sendiri Contohnya Akibatnya daripada pengambilan dos yang berlebihan . b. Ahli keluarga Contohnya : Ibu , kerana tindakan ganas/luar kawalan penagih kerana memerlukan wang untuk membeli dadah . :

Ikrar Anti Dadah


Bahawasanya Kami Rakyat Malaysia Berikrar Untuk Menjauhkan Diri Dari Dadah Pada Setiap Masa Dengan: Memenuhi Masa Lapang Dengan Kerja-Kerja Yang Berfaedah; Melibatkan Diri Dalam Aktiviti aktiviti Yang Berguna Dan Berfungsi Kepada Masyarakat; Menjadi Rakyat Berilmu, Berakhlak Mulia Dan Mengamal Cara Hidup Sihat Dan Cergas; Menyediakan Diri Untuk Mengisi Keperluan Wawasan, Dan; Membantu Segala Usaha Bagi Membebaskan Negara Malaysia Dari Ancaman Dadah.

Tajuk: Misi Generasi Ditulis: Zaen Kasturi Pendeklamasi: Tengku Khalida Tengku Bidin

Mengapa lorong berjelaga ini diredahi?, Dan lembah bernanah ini dituruni?, Sedang denai hayat di hadapan, Sayup Memandang, Sedang sinar iman di belakang, Setia Menyuluh Jalan, Denai diterokai, Dari kasih sayang ayah bonda, Sinar yang terpercik, Dari jiwa dan harapan bangsa, Dan Tuhan tidak pernah berkata, Bahawa nafsu lebih mulia, Daripada akal manusia, Sekali diredahi lorong berjelaga, Sejuta kali mendung hitam di langit sukma ibunda, Sekali dituruni lembah bernanah, Sejuta kali tersayat luka di wajah bangsa, Otak dijajah serbuk dan habuk khayalan, Iman ditusuk jarum dari mata syaitan, Jiwa disimpan dalam kapsul kenaifan, Seluruh hayat terapung, Di sungai zaman,

Ini seteru zaman baru harus ditentang, Dengan semangat padu, Tak kira apa nama kamu, Mereka, dia dan aku, Kerana anak-anak kita, Diintip setiap waktu, Sekali leka, Seribu kali menyesal, Tidak mudah berlaku,

Mari kita gempur lorong berjelaga, Agar ruyup luka di wajah berhemah, Mari kita lafaz ikrar, Menjadi sumpah berakar,

Mari kita genggam, Tekad membangun generasi berdaulat,

Ini misi generasi masa kini, Tidak ingin menjadi cermin yang retak, Di kamar nusa, Tidak ingin menjadi album kosong, Di lantai sejarah, Gempur!!, Gempur lorong berjelaga, Gempur!!, Gempur lembah bernanah

Anda mungkin juga menyukai