Anda di halaman 1dari 4

Coklat cake

2 cawan tepung gandum 2 sudu kecil baking powder 1/2 sudu kecil baking soda 3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak 1 cawan gula 1 cawan air suam 1/2 cawan susu pekat 1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten) 3 biji telur beberapa titik esen vanila *Untuk Topping dan Hiasan* 1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya. Cara-caranya 1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus. 2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur. 3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik. 4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.

Crispy Potato Wedges


2 biji kentang saiz XL - potong berbaji 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO ( ros tak letak) 1 sudu teh serbuk cili ( tak letak sbb anak-anak tak mau pedas) 1 biji putih telur - dikocok Tepung gandum secukupnya untuk salut ( ros guna tepung goreng ayam) Garam Cara-cara

1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang. 2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam sedikit. 3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang sehingga kedua serbuk tadi bersalut dengan kentang. 4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya. 5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan. 6. Hidangkan panas bersama sos thousand island & mayonis.

Lotus Root Chips


Masakan - Snek/Makanan Ringan

Hari tu ros beli renkon ( lotus root) dekat supa, sebab nak buat tempura, tapi ade pulak lebih sikit, terus rasa nak sagat nipis-nipis dan buat ala ala keropok, ros pernah tengok rancangan masakan kt tv jepun ni ade tukang masak tu jadikan lotus roots kerepek, bahan utama tu ros tak ingat sangat, ros pandai-pandai je gaul garam dan goreng, hasilnya tak mengecewakan lah, rangup sangat, anak-anak berebut makan. resepi senang dan ringkas, dekat Malaysia pun ade jual kan akar teratai ni...nanti kalau jumpe boleh try kerepek lotus roots ni ye : ) Bahan-bahanya 1/2 batang lotus roots 1/2 sudu kecil garam 1 cawan minyak masak

Cara-Caranya 1. Kupas kulit lotus roots, dan rendam di dalam air. Kemudian sagat nipis, seperti buat kerepek pisang. Basuh dan toskan, kemudian gaul dengan garam. 2. Panaskan minyak dan goreng lotus root hingga garing, sejukkan dan sedia untuk dihidangkan, sedap dimakan begitu sahaja, anak-anak pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.

Puding Karamel

Assalammualaikum WBTdan selamat pagi buat semua pelawat, walaupun dah masuk bulan 9, maknanya sudah rasmi lah masuk musim luruh, tapi kadang-kadang tu cuaca dan suhu di Osaka ni, panas jugak, jadinya, tekak nak makan yang manis dan sejuk , jadinya ros buatlah puding keramel, ros search resepi ni dekat blog Kak Hana, nampak senang je cara nak buatnya, tu, dan ros buat separuh adunan je, dan gantikan susu cair pada susu segar, guna cara waterbath dan ros guna acuan bulat kecik berukuran 12cm, jadinya elok2 je tinggi nye tu, lagi satu, nak buat nye pun tak guna masa yang lama kejap je. Resepi boleh rujuk kat bawah ni ye, pada Kak Hana, terima kasih atas sumbangan resepi puding karamel yang sedap ni, izinkan ros share di JM.Com ya.... RESEPI PUDING KARAMEL

Bahan-bahan 5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)

satu tin susu cair (400ml) 150ml air biasa 4 sudu besar gula 1sk esen vanilla Karamel: 5 sb gula 2 sb air Ros buat separuh adunan dari bahan di atas dan ros gantikan susu cair dengan susu segar, caranya tetap same dengan Kak Hana Boleh rujuk bahan di bawah Bahan-bahan 3 biji telur size M 200 ml susu segar 75ml air biasa 2 sudu besar gula 1sk esen vanilla Karamel: 3 sb gula 2 sb air

Cara-cara 1. Sediakan karamel@gula hangus - masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan. 2. Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati. Kemudian tapiskan. dan tuang ke dalam loyang karamel. 3.Kukus selama 45min atau sehingga masak. 4.Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan

Anda mungkin juga menyukai