Anda di halaman 1dari 10

KEMAHIRAN MENGARANG

IDA AYUNI ATIKAH HIDAYAH MUHD NURAZRI SYARIZWAN RAMADHILFITRI

Pengenalan
Karangan mempunyai pembukaan atau pengenalan. Pengenalan hendaklah memperkenalkan perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu.

Mencari isi
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi yang utama didahulukan. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya.

Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulatbulat dari karangan lain.

Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah: - membaca surat khabar, - majalah-majalah, - rencana-rencana, - buku-buku cerita, - mendengar sesuatu, - pengalaman.

Mengaitkan isi dengan tajuk


Perlu memahami tajuk karangan. Isi karangan harus jelas, logik relavan dan menarik minat orang yang membaca. Isi harus diolah dan disampaikan dengan teratur, kemas dan padat. Pemilihan dan pengolahan isi juga harus sesuai dengan tujuan penulisan karangan tersebut.

Koheran dan kohensi


Setiap isi karangan mestilah bersifat koheran iaitu mempunyai pertalian isi antara satu sama lain. Pertalian antara isi menampakkan satu pola atau keseluruhan karangan. Penyusunan isi harus mengikut susunan keutamaan tanpa mengabaikan pertalian antara isi-isi tersebut. Contohnya, jika kita melihat kesan akibat sesuatu tindakan, kesan itu harus disusun mengikut kesan keutamaan hasil kesan tersebut.

Kohensi pula merupakan unsur-unsur pertautan idea-idea utama yang didukung dengan huraian dan bukti, contoh-contoh dan fakta sokongan yang jelas dan bernas serta mempunyai pertalian dengan pokok persoalan. Setiap penulisan sesuatu perenggan isi mestilah dalam lengkongan tema yang sama.

Kemahiran Pemerengganan
Penyusunan pemerengganan penting dalam penulisan karangan. Perenggan pendahuluan yang sesuai dan menarik hendaklah ditulis terlebih dahulu. Isi-isi penting perlu ditulis dalam perenggan yang berasingan mengikut keutamaan susunan isi karangan. Setiap perenggan dalam sesebuah karangan mesti mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

Kemahiran kosa kata, sistem bahasa dan gaya bahasa


Pemilihan kosa kata yang tepat dan bersesuaian amat penting dalam menghasilkan karangan yang baik. Pengetahuan tentang sistem bahasa yang merangkumi tatabahasa, ragam bahasa dan gaya bahasa yang bersesuaian amat perlu untuk menghasilkan sebuah karangan yang menarik.

Anda mungkin juga menyukai