Anda di halaman 1dari 4

Definisi Ilmu Dalam Tamadun Islam

DEFINISI ILMU Ilmu adalah bermaksud sistem penelitian, cara berfikir yang sistemetik dan radikal yang mampu untuk merumuskan jawapan yang aktif dan cekap. Perkataan ilmu adalah asalnya dari kalimah arab iaitu alima yang beerti mengetahui. Kata asalnya ialah al-ilm yang membawa erti pengetahuan. Bagi masyarakat kita mereka telahmengaitkan perkataan ini dengan merangkaikan kedua-dua makna menjadi ilmu pengetahuan. Namun yang demikian ianya masih dalam skop makna yang sama. SUMBER SUMBER ILMU Seperti yang kita maklum setiap ilmu dimuka bumi ini mempunyai bahan rujukannya yang tersendiri begitu juga dengan ilmu dalam islam ia mempunyai bahan rujukannya sendiri. Antara bahan atau sumber ilmu bagi islam ialah : Al-Quran Sunnah Akal dan pancaindera Fenomena tabii Ilham \ mimpi Jadi segala ilmu yang telah diperkembangkan oleh islam semuanya berpandukan dari sumbersumber ini. Oleh yang demikian islam amat menghormati segala keputusan ilmu yang telah sedia ada. Al-Quran Al-quran merupakan sumber rujukan yang terpenting bagi umat islam. Ia menerangkan semua perkara yang perlu dalam kehidupan manusia. Oleh itu ia juga merupakan sumber ilmu terpenting kepada manusia. Kandunganya meliputi ilmu-ilmu ketuhanan sejarah masa lampau gambaran masa akan datang seperti hari akhirat, qiamat aspek-aspek perundangan politik sains dan sebagainya. Dalam mendidik manusia al-quran menggunakan berbagai bentuk pendekatan bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan akal manusia. Al-quran juga adalah pembimbing yang akan memberi panduan kepada manuasia untuk memperkembangkan ilmu mereka. Kedudukan al-quran sebagai sumber ilmu memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Allah S.W.T. sendiri telah menyatakan Dia adalah sebagaiYang Maha Alim dan Maha mengetahui firman Alah : Maksudnya: Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi bahawasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab(luh mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu teramat mudah bagi Allah. Dalam ayat yang lain Allah berfirman:

Maksudnya: lalu dijadikan-Nya tujuh langit dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu

Perhatikanlah ayat ayat di atas ia dapat menambahkan lagi keyakinan kita kepada al quran dan Allah S.W.T. sebagai sumber ilmu, ia juga menunjukkan sifat keluasan ilmu itu. Ilmu-ilmu Allah adalah amat luas tetapi malangnya manusia hari ini mudah angkuh dan sombong dengan sedikit ilmu yang dapat difikirkan oleh akal fikiran yang sangat terbatas. Sedangkan ilmu tuhan itu adalah tidak terbatas. Inilah sifat ilmu yang harus difahami supaya dapat melahirkan ilmuan dan intelektual yang bersifat tawaduk. Al Sunnah Sunnah nabi juga merupakan sumber rujukan kita. Rasullullah S.A.W. merupakan seorang rasul yang diutuskan oleh Allah untuk mengajar kita tentang apa yang diketahuinya. Segala yang dinisbahkan kepada manusia samada perkataan perbuatan ataupun pengakuan semuanya merupakan pedoman dan teladan kepada manusia. Inilah sumbangan besar rasul kepada umat manusia. Firman Allah: Maksudnya: sebagaimana kami telah mengutuskan kepadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat kami kepada kamu al-kitab dan hikmah serta mengajarkan kamu apa yang belum kamu tahu. Oleh kerana tugas setiap rasul adalah untuk mengajar kepada manusia tentang kitab dan ajaranajaran Tuhan,apa yang diajarkan oleh mereka serta perbuatan mereka juga merupakan panduan dan teladan bagi umat manusia. Rsul-rasul tidak meninggalkan apa-apa harta peninggalan selepas kewafatan. Satu-satumya harta yang ditinggalkan ialah ilmu mereka sahaja. Itu sajalah yang diwariskan kepada umatnya yang termaktub didalam al-quran dan sunnah Akal dan pancaindera. Allah telah menjadikan manusia dengan sebaik-sebaik kejadian dari kalangan makhluknya. Ini kerana selain dari memiliki kesempurnaan fizikal manusia juga telah dianugerahkan oleh Allah alat untuk berfikir seperti akal hati dan pancaindera yang lengkap. Alat-alat inilah yang membantu manusia untuk berfikir mengkaji membuat eksperimen dan lain-lain. Walau bagaimanapun akal dan pancaindera semata-mata tidak mampu untuk menemui kebenaran yang mutlak. Oleh kerana akal merupakan ciptaan Allah kepada manusia, maka sebagi makhluk ia bersifat terbatas. Mustahil bagi akal manusia merumuskan jawapan tentang persoalan metafizik tanpa panduan. Jadi fungsi akal tidak boleh secara berdiri secara mutlak. Oleh yang demikian walaupun kita mempunyau\i akal untuk berfikir namun kita masih perlukan panduan dalam mempelajari ilmu. Fenomenea tabii Kita telah mengetahui bahawa Allah menciptakan alam ini sebagai satu anugerah kepada umat manusia. Disitu kita dapat memperolehi manfaat serta mencari pengiktibaran terhadap kebesaran-Nya. Sebagai sebuah kitab Allah yang terbentang luas alam ini menjadi sumber ilmu

ynag penting untuk manusia. Disinilah peranan akal manusia perlu dimainkan dengan semaksimum yang mungkin serta beserta bimbingan al-quran dan sunnah. Khazanah alam yang kaya raya ini melahirkan banyak ilham kepada manusia untuk meneroka pelbagai bidang ilmu dari masa ke semasa. Dalam firman-Nya Maksudnya: dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu. Sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagianya menyuburkan tumbuh-tumbuhan yang pada tempat tumbuhnya kamu mengembala ternakanmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan tanam-tanaman zaitun kurma anggur dan segala macam buah-buahan. Ilham / institusi / mimpi Ilham dan institusi merupakan satu daripada sumber ilmu bagi manusia. Ia berlaku kepada sesiapa yang dikehendaki oleh Allah dari kalangan umatnya yang bertaqwa. Sumber ini lebih banyak berkait dengan deria batin seseorang. Ilham ialah idea yang diberikan oleh Allah kepada seseorang untuk melakukan sesuatu atau meninggalkanya. KONSEP ILMU DALAM ISLAM. Pendahuluan Singapura dengan mudah jatuh ke tangan Jepun dalam tahun 1942, sebab yang terbesar ialah mudah sekali: meriam-meriam besarnya yang terikat secara kekal di landasan konkrit yang menghala kelaut. Stategi tentera singapura membuat andaian bahawa cabaran dari pihak musuh yang akan datang dari arah laut. Apabila serangan musuh datang dari belakang melalui hutanhutan belantara pertahanan singapura yang dianggap sebagai kubu yang mustahil untuk ditembusi ternyata tidak berkesan lagi. Meriam-meriam itu memang perkasa tetapi ia menghadap kearah yang salah. Pendidikan pun akan gagal menghasilkan buah yang dinantikan sekiranya ia memilih konsep yang salah. (1). Jadi konsep ilmu dalam islam ialah konsep persepaduan dimana ia tidak melibatkan hanya satu bahagian sahaja. Penerangan Konnsep pendidikan yang bersatu ini yang berdasarkan kepada konsep ilmu yang sepadu yang merupakan keistimewaan islam yang berlawanan sekali dengan aliran pemikiran yang memisahkan ilmu kedalam dua water-tight Nota kaki:(1) buku karya Prof Kamal Hassan Abdullah ishak(1995) pendidikan islam dan pengaruhnya di Malaysia DBP compartments yang tidak dapat di damaikan iaitu yang disebut di Barat sebagai theology and science atau religious knowledge dengan secular knowledge atau faith dan knowledge. Pengkotakan yang dipaksakan ini tidak dapat berlaku dan tidak dibenarkan berlaku di dalam pendidikan islam oleh kerana isi kandungan thelogy dan science di didalam islam tidak menentang satu sama lain malah ia bersifat isi mengisi dan lengkap melengkapi. Kedua-duanya lahir dari sumber yang satu ia itu tauhid. Sebaliknya sejarah peradaban barat dari zaman pertengahanya sampai kepada zaman moden menunjukkan pertarungan yang hebat antara theology dan science yang akhirnya dimenangi oleh science. Sebab permulaan timbulnya permusuhan itu tidak lain oleh kerana theology yang mengemukakan dogma-dogma yang yang anti rasional yang hendak dikemukakan. Suasana kemelut yang dihadapi dunia dewasa ini pada dasarnya berpunca dari dua faktor. Jadi disini dapat kaita ketahui bahawa konsep ilmu dalam

islam memeang memainkan peranan yang cukup penting dalam perkembangan ilmu. konsepkonsep inilah yang bertindak sebagai ibu atau pembukaan kepada ilmu yang lain, disamping itu juga tanpa konsep ilmu ini nescaya ilmu-ilmu yang lain tidak dapat berkembang

Anda mungkin juga menyukai