Anda di halaman 1dari 28

PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN (PCK) DALAM PROFESION KEGURUAN DI MALAYSIA

KUMPULAN 3: ERMIE DHARLYA BINTI CHE DAUD HARMANIZA BINTI ISHAK M2011100388 M2011100371

SITI AZIDAH BINTI ABIDIN

M2011100373

Sarjana Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris

PENGENALAN
Dicadangkan oleh Shulman (1986) dalam projek Knowledge Growth in Teaching PCK sebagai satu model perspektif yang lebih luas untuk memahami proses pengajaran dan pembelajaran. Projek ini telah mengkaji bagaimana guru-guru baru telah memperoleh kefahaman baru tentang isi kandungan dan bagaimana kefahaman baru ini mempengaruhi amalan pengajaran mereka.

PENGKONSEPAN PCK

Model PCK berasaskan Shulman (1987)

7 ASAS PENGETAHUAN PCK (SHULMAN, 1987)


(a)

(b)

(c)

pengetahuan isi kandungan (content knowledge), pengetahuan pedagogi am (general pedagogical knowledge), pengetahuan kurikulum (curriculum knowledge)

(d)

pengetahuan pedagogi isi kandungan (pedagogical content knowledge),


pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri pelajar (knowledge of learners and their characteristics), pengetahuan tentang konteks pendidikan (knowledge of educational contexts) dan pengetahuan tentang matlamat-matlamat pendidikan (knowledge of educational ends).

(e)

(f)

(g)

PROSES PEMBINAAN PCK (SHULMAN 1987)


a) b) c) d) e) f) Kefahaman (Comprehension) Transformasi (Transformation) Pengajaran (Instruction) Penilaian (Evaluation) Refleksi (Reflection) Kefahaman Baru (New Comprehensions)

KOMPONEN PCK

SHULMAN (1987),
Dua elemen penting dalam PCK, iaitu (a) pengetahuan tentang cara bagaimana isi pelajaran boleh disampaikan kepada pelajar dengan berkesan dan (b) memahami masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar, khususnya dalam isi pelajaran tersebut

GROSSMAN (1990)
PCK mengandungi (a) pengetahuan tentang strategi dan penyampaian untuk pengajaran topik-topik tertentu (b) pengetahuan tentang kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep dan kesilapan konsep yang dialami oleh pelajar berkenaan (c) pengetahuan dan kepercayaan tentang tujuan (objektif) pengajaran sesuatu topik, dan (d) pengetahuan tentang kurikulum dan bahan.

GROSSMAN (1990) CONT


Empat sumber bagaimana PCK boleh diperolehi dan dikembangkan
(a)

pemerhatian dalam kelas, (b) pendidikan formal, (c) kursus dalaman dan (d) pengalaman mengajar.

MARKS (1990)
Seseorang guru mestilah menguasai sepenuhnya sesuatu mata pelajaran sebelum dia berdepan dengan pelajarnya Seseorang guru boleh memperkembangkan PCK mereka melalui proses bersepadu yang berkisar disekitar interpretasi pengetahuan isi kandungan dan spesifikasi pengetahuan pedagogi am

COCHRAN, ET. AL. (1993)


PCK sebagai Pedagogical Content knowing (PCKg) melambangkan sifat dinamik bagi perkembangan pengetahuan yang perlu dibina secara aktif dan bermakna oleh guru dan pelajar

FERNANDEZ-BALBOA (1995)
Lima komponen pengetahuan bagi PCK (a) isi kandungan, (b) pelajar, (c) strategi pengajaran, (d) iklim pengajaran pembelajaran dan (e) tujuan (objektif) pengajaran

NIK AZIS (1996)


Komponen pengetahuan isi kandungan, pengetahuan tentang strategi dan pengetahuan tentang pelajar, ke dalam satu komponen besar yang disebut sebagai komponen teras , bersama-sama dengan komponen profesional dan komponen pembudayaan.

MAGNUSSON, KRAJCIK DAN BORKO (1999)


mengembangkan pengkonsepan PCK yang dikemukakan oleh Grossman (1990) Lima komponen pengetahuan pedagogi isi kandungan iaitu; (a) orientasi terhadap pengajaran bagi sesuatu mata pelajaran, (b) pengetahuan tentang kurikulum, (c) pengetahuan tentang kefahaman pelajar, (d) pengetahuan tentang strategi pengajaran dan (e) pengetahuan tentang kaedah penilaian.

KOMPONEN PCK?
Pengintegrasian sekurang-kurangnya tiga komponen utama (a) pengetahuan isi kandungan dan konsepsi terhadap mata pelajaran (Marks 1990; NCTM 1991; Cochran, et al 1993 ; Fernandez-Balboa & Stiehl 1995; Nik Azis 1996), (b) pengetahuan tentang strategi pengajaran (Shulman 1987; Grossman 1990; Marks 1990; NCTM 1991; Fernandez-Balboa & Stiehl 1995; Nik azis 1996) dan (c) pengetahuan tentang kefahaman pelajar dan miskonsepsi (NCTM 1991; Cochran, et al 1993; Shulman 1987; Grossman 1990; Marks 1990; Fernandez-Balboa & Stiehl 1995; Nik Azis 1996).

PERKEMBANGAN PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN (PCK)

Veal (1999) - taksonomi PCK Taksonomi bagi PCK telah dibentuk mengikut susunan aras pengkhususan.

KEPENTINGAN PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN (PCK) DALAM PROFESION KEGURUAN

Guru-guru yang cemerlang sentiasa mempunyai komitmen dan minat yang tinggi terhadap subjek yang mereka ajar kepada para pelajarnya (Wiseman, Conner & Knight 1999). Guru yang cemerlang berupaya memaksimum dan mengoptimumkan penggunaan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran, di samping memiliki pelbagai koleksi bahan-bahan tersebut seperti, buku rujukan, panduan guru, perisian komputer, audio video dan sebagainya (Wiseman, Conner & Knight 1999; Tengku Zawawi 1998).

PCK ialah pengetahuan yang unik kepada profesion perguruan. Pengetahuan ini membezakan seorang guru daripada seorang pakar bidang pengetahuan yang tidak mengajar Shulman (1987) - PCK berkaitan dengan kebolehan seseorang guru untuk mengubah pengetahuan isi kandungan yang dimilikinya kepada bentuk yang sesuai untuk pengajaran serta sesuai dengan kebolehan dan latar belakang pelajar. pengetahuan mengenai bagaimana hendak mengajar topik yang spesifik yang dapat menggalak kefahaman konsepsual

guru mengubahsuai isi kandungan untuk tujuan pengajaran (Bromme, 1995) Grossman et al.(1989), konsep PCK adalah serupa dengan pandangan Dewey di mana guru perlu psychologize sesuatu isi pelajaran untuk pelajar. guru perlu fikirkan bagaimana hendak membina jambatan di antara kefahaman guru tentang isi kandungan dengan kefahaman pelajar berkenaan isi kandungan yang sama Feiman-Nemser dan Buchmann (1986) dan FeimanNemser dan Remillard (1996), guru perlu memikir secara pedagogikal di mana guru perlu menimbangkan tentang cara mengajar sesuatu mata pelajaran daripada perspektif pelajar, guru sendiri dan isi kandungan subjek tersebut.

PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN (PCK) DI KALANGAN GURU DI MALAYSIA

Gambaran awal PCK bagi guru pelatih di permulaan latihan perguruan.

Gambaran PCK bagi guru pelatih di akhir latihan perguruan.

Gambaran PCK bagi guru berpengalaman.

RUMUSAN

guru yang baik dan berkesan bukan hanya perlu menguasai isi kandungan atau pedagogi sahaja Guru yang baik memberi perhatian kepada masalah dan akan (a) melibatkan pelbagai soalan bercerita, (b) mendengar penerangan daripada pelajar dengan teliti, (c) menggalakkan interaksi dalam kalangan pelajar, (d) menilai tindak balas lisan lebih daripada kerja bertulis, (e) berusaha membuat penerangan yang ringkas dan padat mengikut keperluan pelajar, (f) menyediakan pelbagai bahan konkrit untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah, serta (g) kurang bergantung kepada buku teks sebagai panduan utama untuk mengajar

"THOSE WHO CAN, DO. THOSE WHO UNDERSTAND, TEACH." (SHULMAN, 1986)

Anda mungkin juga menyukai