Anda di halaman 1dari 21

PENGENALAN

Acara lompat tinggi secara amnya dikuasai oleh atlit-atlit yang bertubuh tinggi dengan kualiti lonjakan yang baik. Kelajuan memecut tidak dianggap sebagai kriteria yang penting seperti dalam acara lompat jauh atau lompat kijang.

Namun begitu, terdapat juga atlit yang bertubuh rendah tetapi telah mencapai kejayaan kerana kualiti lonjakan yang istimewa.

Atlit-atlit yang bertubuh rendah dengan kualiti lonjakan yang baik biasanya akan lebih berjaya dalam acara lompat jauh atau lompat kijang berbanding dengan acara lompat tinggi.

SEJARAH ACARA LOMPAT TINGGI


Acara lompatan mula menjadi sebahagian daripada acara olahraga yang penting apabila olahraga telah menjadi lebih formal pada tahun-tahun dalam abad-19 dan abad ke-20. Dalam abad ke-19, atlit lompat tinggi mula melompat dan mendarat di aats tanah berumput.oleh demikian, untuk menjaga keselamatan pelompat, maka teknik lompat tinggi gaya gunting digunakan.

seterusnya, untuk meningkatkan lagi kualiti keselamatan, pasir dilonggokkan di tempat mendarat untuk mengurangkan impak pendaratan

Pada masa yang sama, gaya gunting cara membelakang digunakan tetapi acara ini banyak mencederakan para atlit. Selepas ini iaitu sebelum tahun 1940-an, gaya Timur adalah popular walaupun teknik ini lebih sukar dilakukan. Dalam tahun-tahun 1940-an gaya guling mula diminati. Pada tahun 50-an, Gaya Guling Barat merupakan gaya pertama yang dipopularkan dan ia digunakan ramai atlit sehingga pertengahan taun 1950-an. Walau bagaimanapun, Gaya Pelana mula menjadi dominan sehingga sukan Olimpik 1968 di Mexico. Pada sukan Olimpik 1968 itu Dick Fosbury telah menggunakan gaya baru iaitu Fosbury Flop untuk membuat lompatan. .

FASA LOMPAT TINGGI


Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan.

PENUJUAN

PENDARATAN

FASA PERGERAKAN

LONJAKAN

LAYANGAN

Lonjakan tindakan kaki untuk menaikkan badan b)


Ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengaklhiri larian yang melengkung, kaki

luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakn yang


hamper selari dengan palang. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan dan dihayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga dibengkokkan. Lutut ini juga digerakkan secara melintang badan untuk membantu pusingan badan diudara supaya bahu menjadi selari dengan palang

c) Layangan gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.
Semasa di udara, pelompat menoleh kebelakang (memenadang palang) sambil

melentikan badan.
Tangan di letakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan dibahagian lutut.

Lentikkan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat badan


melepasi palang.

Setelah badan pelompat melepasi palang, kedua-dua belah kakinya diluruskan

dan diangkat tegak keatas.


Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai Persediaan untuk pendaratan.

d)

Pendaratan sentuhan badan dan bahagiannya dengan

tempat
mendarat. Serentak dengan mengankat kakinya keatas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagia belakang badannya (tulang belikat).perkara ini dilakukan agar pendaratan adalah lebih sempurna.

GAYA LOMPAT TINGGI


Terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop. Gaya gunting

Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada diluar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.

GAYA TIMUR
Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan (90%). Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.

d)

Gaya pelana

Gaya ini hampir sama dengan gaya

barat.Pelompat menuju ke palang secara


bersudut. Ketika melepas palang, muka pelompatmemandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.

GAYA FOSBURY FLOP


Penujuan

1. Larian

dilakukan dengan cepat dan beritma. 2. Guna larian 5-9 langkah dengan tiga langkah terakhir secara melengkung. 3. Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan. 4. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.

CONTOH GAYA FOSBURY FLOP

Sejarah gaya Fosbury Flop


Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968. Beliau telah memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang melompat tinggi di mana pelepasan palang di buat dengan bahagian belakang ( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hamper dengan bahagian tengkuk. Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa para pelajar tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan. Berikut ini merupakan fasa-fasa yang terdapat dalam gaya Fosbury Flop.

PERATURAN ASAS ACARA LOMPAT TINGGI


Peserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian permulaan yang disukainya Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak melompat.

Menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat dikira batal

Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali bertutrut-turut (tanpa di ambil kira di aras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada pertandinga

Seseorang peserta berhak meneruskan lompatan (walaupun semua


peserta lain gagal) sehingga dia tidak dapat menuruskannya lagi mengikut peraturan

Ketinggian lompatan di ukur secara menegak dari aras tanah hingga bahagian tengah disebelah atas padang.

Ansur maju
(a)Lari landas a) Berlari mengikut angka lapan b) Berlari dalam keadaan melengkung c) Berlari dalam bulatan

(b)Kekuatan kaki
Melompat halangan dengan menggunakan sebelah kaki Melompat ke atas bongkah menggunakan sebelah kaki Bounding menggunakan sebelah kaki

(c)Lonjakan
Melompat menyentuh palang gol Berlari sambil membuat takeoff Melompat dari atas bongkah

Alatan
Tiang - 5m X 3m Palang Tilam Sangga

Kawasan Mendarat
Kawasan mendarat hendaklah berukuran tidak kurang daripada 5mx 3m. disarankan kawasan mendarat tidak kecil dari 6mx4mx0.7m.

Anda mungkin juga menyukai