Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENGERUSI PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM IPG KAMPUS

KENT SEMPENA PROGRAM EJATON JAWI 2013 BERTEMPAT DI DEWAN TUN


MUSTAPHA PADA 17 OKTOBER 2013

Yang berbagia Datuk Mary Teresa Kinajil, Pengarah IPG Kampus Kent, Yang Berusaha
En. Simon Gihol, Ketua Unit, Unit Kokurikulum IPG Kampus Kent, Yang Dihormati, Pn.
Nor Hafizah Binti Zakaria, Pensyarah Penasihat Persatuan Pendidikan Islam IPG
Kampus Kent, Pensyarah-pensyarah serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia.
Pertama sekali terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan program Ejaton Jawi ini. Buat pengetahuan semua, program ini dianjurkan
oleh Persatuan Pendidikan Islam IPG Kampus Kent yang ahli-ahlinya terdiri daripada
siswa pendidik unit PISMP Pengajian Agama Islam Ambilan Januari 2011.
Hadirin sekalian,
Buat pengetahuan anda semua, pada mulanya program ini dirancang sebagai Karnival
Semarak Jawi yang bertujuan untuk memperkasakan tulisan jawi. Namun setelah
disemak oleh yang berbahagia datuk pengarah, beliau telah mencadangkan supaya
diadakan marathon mengeja jawi bagi mencipta rekod di The Malaysian Book of
Record.
Oleh itu, program ejaton Jawi ini diadakan sebagai sebuah program rintis bagi
mempersiapkan kita untuk mencipta rekod ini pada tahun hadapan. Program ini
dinamakan sebagai Ejaton yang mengambil kata dasar eja dan menggabungkannya
dengan ton daripada perkataan marathon bagi membentuk akronim iaitu Ejaton.
Program ini secara keseluruhanya ialah program mengejar perkataan jawi secara
begilir-gilir oleh para peserta tanpa henti selama satu jam.
Program pada kali ini telah mensasarkan sebanyak .. patah perkataan dieja
dalam masa sejam. Aktiviti ini disertai bukan sahaja oleh pelajar-pelajar islam malah
terdiri daripada pelabgai bangsa dan agama.
Hadiri sekalian,
Akhir Kalam, secara keseluruhannya, harapan saya adalah suapay kita mampu
mencapai sebanyak 2000++ perkataan dalam masa dua jam pada tahun hadapan agar
kita dapat mencipta rekod dalam The Malaysian Book of Record. Oleh itu, kerjasama
semua sememangnya amat diperlukan bagi merealisasikan impian ini.
Sekian.

Anda mungkin juga menyukai