Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROGRAM LESTARI PANTAI 2017

Pada 3 Mac 2017, Program Lestarikan Pantai Kita telah diadakan di bawah anjuran
Persatuan Siswa Sains Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Sehubungan
dengan itu, Yang Berhormat Haji Bazlan Bin Abd Rahman turut hadir sebagai perasmi
program, wakil dari Jabatan Alam Sekitar Kuala Terengganu, Pengarah Kampus Dato’
Razali Ismail, pensyarah-pensyarah IPG KDRI, guru-guru pelatih IPG KDRI dan murid-murid
dari SK IPG.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemai rasa cinta terhadap pantai
dalam kalangan masyarakat. Program dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan aktiviti
pendaftaran sukarelawan. Setelah itu, saudari Aina Syhaqirien sebagai pengerusi majlis
telah tampil memberikan taklimat ringkas mengenai perjalanan program yang akan
berlangsung.

Seterusnya, Yang Berhormat Haji Bazlan Bin Abd Rahman menyampaikan kata-kata
semangat kepada para sukarelawan. Malah, beliau turut mengutarakan pandangan beliau
mengenai kebaikan program yang akan diadakan. Tepat jam 9.15 pagi, acara gimik yang
disempurnakan oleh beliau menandakan perasmian program.

Kemudian, senaman untuk memanaskan badan yang diketuai oleh saudari Engku
Nurul Najihah Binti Engku Aziz dijalankan. Selepas itu, ahli sukarelawan telah bergerak
untuk memulakan program aktiviti. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah mengutip
sampah yang bertaburan di pantai, malah para sukarelawan menanam pokok seperti Pokok
Ru untuk mengurangkan hakisan pantai.

Pihak penganjur telah menyediakan juadah tengah hari kepada para sukarelawan
sebagai tanda membalas jasa para sukarelawan yang berhempas pulas menjayakan
program. Semua pihak berpuas hati akan kelancaran program yang telah diatur oleh pihak
penganjur. Pihak penganjur menaruh harapan tinggi untuk menjadikan Program Lestari
Pantai sebagai acara tahunan.
Yang menjalankan tugas, 5 MAC 2017

……………………………………………………..
(ENGKU NURUL NAJIHAH BINTI ENGKU AZIZ)
Setiausaha Program Lestari Pantai,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Disemak oleh,

…………………………………………….
(NUR AINA SYHAQIRIEN BINTI RUSLAN)
Pengerusi Program Lestari Pantai,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Anda mungkin juga menyukai