Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh....

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha, En Ali Bin Sarmin, Guru Besar SK Seri Pasir, Yang Dihormati Yang Dipertua PIBG Tn Hj Yusof Bin Osman, barisan penolong kanan, guru-guru yang diraikan, warga kerja SK Seri Pasir dan rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka dapatlah kita bersama-sama pada hari ini, menyambut Hari Guru Tahun 2013 ini.

Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan Hari Guru. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah 'GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA'. Tema ini adalah tepat sekali berdasarkan peranan guru dalam mendidik anak bangsa ke arah melahirkan modal insan yang berketerampilan untuk membawa negara kita ke arah negara maju pada tahun 2020 nanti.

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi,

Setiap insan di dunia ini belajar daripada seorang guru. Tanpa guru, maka seseorang itu tidak akan boleh membaca, menulis dan menguasai ilmu. Guru ibarat lampu yang menerangi kegelapan malam. Guru ialah insan yang mesti dihormati selepas ibu bapa Menghormati dan mematuhi arahan guru adalah sangat dituntut agar apa yang murid tersebut pelajari menjadi berkat dan dirahmati Illahi.

murid-murid yang disayangi sekalian,

harapan kami sebagai warga guru adalah supaya kamu semua tanamkan tekad dan azam, untuk belajar bersungguh-sungguh bukan sahaja untuk diri kamu, tetapi juga untuk ibu bapa serta guru-guru yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan buah fikiran demi untuk kecemerlangan kamu semua. Guru-guru akan berasa bangga jika kamu berjaya, namun guru juga akan turut kecewa dan berdukacita seandainya kamu gagal dalam pelajaran.

Pada kesempatan ini, cikgu mewakili semua guru sekolah ini, mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di SK Seri Pasir. Semoga guru-guru terus dianugerahi kekuatan dan ketabahan dalam mendidik murid-murid kita

Akhir kata, saya mewakili guru menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, seandainya antara kami telah melakukan kesalahan dan kesilapan kepada kamu semua sama ada kami sedari atau tidak. Pohon sirih pohon selasih Tumbuh merimbun di hujung laman Kalungan budi junjungan kasih Menjadi kenangan sepanjang zaman

Anda mungkin juga menyukai