Anda di halaman 1dari 7

PUTERA GUNUNG

TAHAN

PLOT
Ialah susunan atau jalinan peristiwa dalam sesuatu cereka. Perkembangan plot ini berdasarkan hukum sebab dan akibat. Perkembangan ini melalui beberapa peringkat, iaitu permulaan, perkembangan, perumitan, klimaks, dan peleraian.

PUTERA GUNUNG

PLOT
Permulaan Pada awal bab pembaca diperkenalkan dengan kemasyhuran negeri Pahang termasuk para pahlawan yang menentang penjajah. Diceritakan juga tentang dua orang sahabat iaitu Robert dan William yang ditugaskan untuk mencari tempat peranginan baru bagi para pegawai Inggeris di Tanah Melayu telah tiba di Kuala Tembeling dari Kuala Lumpur.

TAHAN

PUTERA GUNUNG

PLOT
Perkembangan

TAHAN

Dengan bantuan penunjuk jalan iaitu Ali dan Awang, Robert dan William mula mengembara menuju ke puncak Gunung Tahan. Setelah Ali mati dipatut ular dan Awang mati akibat sakit perut serta kesejukan, Robert dan William pun meneruskan perjalanan. Musim tengkujuh tiba. Hujan turun selama tujuh hari. Apabila mereka terpisah, Robert yang merayau-rayau di luar gua menikmati keindahan alam telah ditangkap oleh orang sakai. Robert dijadikan Batin Putih tetapi akhirnya dia mati terjatuh dari pokok kerana hendak menangkap gadis muda sakai yang hendak dijadikan isteri.

PUTERA GUNUNG

PLOT
Perumitan

TAHAN

Pada masa itu juga William tetap meneruskan perjalanan dan berjaya sampai ke puncak Gunung Tahan dengan bantuan Kusina. Tuan William telah memujuk Ratu Bongsu agar menyerahkan Gunung Tahan kepada Inggeris dan baginda akan dikurniakan sebuah istana yang cantik serta lima ribu paun setiap bulan. Namun begitu, Ratu Bongsu tidak menyetujuinya.

PUTERA GUNUNG

PLOT
Klimaks

TAHAN

Tuan William telah mengambil kesempatan menulis surat kepada kerajaan British di London untuk mengirimkan dua buah kapal terbang pengebom bagi menawan Gunung Tahan. Namun sebenarnya, Tuan William meminta kebenaran Ratu Bongsu untuk menulis surat kepada isterinya yang curang dengan menggunakan khidmat burung pesuruh jaya. Selepas tiga bulan, dua buah kapal terbang datang menggugurkan bom dan gas beracun. Tuan William yang dikurung oleh Kusina di bilik khazanah Ratu Bongsu telah mati akibat terperangkap.

PUTERA GUNUNG

PLOT
Peleraian

TAHAN

Kapal terbang tersebut telah terhenpas ketika hendak mendarat. Semua anak kapalnya mati kecuali Mem William. Setelah diselamatkan dan dirawat, Ratu Bongsu membinakan sebuah bangunan sebagai tempat tinggal Mem William. Tiga tahun kemudian, Mem William bersetuju menjadi permaisuri Ratu Bongsu. Mereka samasama berharap agar memperoleh anak lelaki bagi meneruskan pemerintahan di kawasan tersebut.

PUTERA GUNUNG

TAHAN

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai