Anda di halaman 1dari 5

KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN Konsep Pentaksiran Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya

membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Proses : Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Maklumat : Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Penghakiman : Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar. Produk : Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Definisi : Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Tujuan Pentaksiran 1. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. 2. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. 3. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran. 4. Memperbaiki pengajaran pembelajaran. Prinsip Pentaksiran Instrumen Kumpulan yang ditaksir Respons Kumpulan yang menaksir Skor Ciri Pentaksiran Yang Baik Kesahan Skor Merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan Kebolehpercayaan Skor Merujuk kepada ketekalan dan ketepatan Keobjektifan Ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor Kebolehtadbiran Kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah Kemudahtafsiran Maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskrimininasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian Kekomprehensifan Kertas soalan mewakili semua objektif penting dalam Sukatan Pelajaran / PP Pentaksiran haruslah dilihat sebagai : Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Aktiviti yag bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Konsep Pengujian Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian : Suatu cara sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku individu individu (pelajar). Bahan ukur : Soalan yang kebolehpercayaan. Suatu cara sistematik utk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu. (aktiviti pembelajaran) R.M.Gagne Dengan kata lain, pengujian ialah instrumen atau prosedur untuk mengukur kuantiti atau kualiti sesuatu pembolehubah (variable) yang terdapat pada subjek (pelajar). Tujuan Pengujian Mengukur:-kecergasan, kemahiran, pengetahuan atau atribut psikologi Mengukur pembelajaran Menentukurkan (prauji) Mengukur pencapaian Menyemak kandungan kursus (ujian latihan) Mendiskriminasi antara pelajar (memberi gred) Memotivasikan pelajar Menyediakan maklum balas kepada pelajar Menyediakan maklum balas kepada guru Mengukur keberkesanan pengajaran Alat pengukur : Kognitif Psikomotor Afektif Ciri-ciri Pengujian 1. Mempunyai kata tugas perbuatan seperti: Tuliskan, Tunjukan, Senarai, Terangkan, Jelaskan, Bincang, Kenal pasti, Jumlahkan 1. Kenyataan kandungan berdasarkan kepada objektif kursus atau pengajaran dan pembelajaran 2. Kerangka masa Satu minggu, satu jangka masa, atau akhir semester. Instrumen Pengujian Alat/ kaedah/ pendekatan/ mekanisme untuk mendapatkan respons (data) dalam pentaksiran bagi mengukur penguasaan terhadap sesuatu bidang pembelajaran atau pengajaran. Peringkat pengujian : Persediaan Pelaksanaan Pemeriksaan

KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Kesimpulan : Pengujian merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik. Satu cara mengukur tingkah laku seseorang individu. Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran. Konsep Penilaian Penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives. Stufflebeam et. al. (1971: xxv) Penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Terry D. TenBrink (1974:8) Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan kurikulum. Dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau keseluruhan kurikulum. Tujuan Penilaian 1. Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-dalam perkara yang hendak diajar. 2. Menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. 3. Membandingkan pencapaian pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. 4. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang amat lemah dalam pencapaian mereka. 5. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. 6. Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya. Prosedur : Persediaan Ujian. Pentadbiran Ujian (Pemilihan Lokasi). Pemeriksaan Dan Pengukuran Ujian. Buat Analisis. Interpretasi / Dapatan / Tindakan. Jenis Jenis Ujian Penilaian 1. Penilaian mengesan penguasaan Kelemahan penguasaan Penilaian tidak formal 2. Penilaian mengesan kemajuan

KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN Kemajuan tentang kemahiran Pengayaan /pemulihan 3. Penilaian mengesan pencapaian Pencapaian dalam beberapa topik Kedudukan kumpulan Cara formal Perbezaan Ciri Pengertian Jenis PENILAIAN FORMATIF Formal atau tak formal untuk mengesan penguasaan dan kemajuan pelajaran dalam kelas Mengesan penguasaan dan kemajuan untuk membaiki kelemahannya dengan serta merta Menjalankan ujian formal atau tak formal semasa waktu pelajaran dengan secara individu,kumpulan atau kelas. Semasa mengajar sesuatu atau beberapa kemahiran PENILAIAN SUMATIF Ujian formal untuk mengesan pencapaian dalam sesuatu tahap persekolahan Mengesan pencapaian pelajar berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatkan gred pelajar Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu pelajaran secara kelas.

Tujuan

Aktiviti

Masa

Bentuk

Sasaran Liputan

Rekod

Tindakan

Selepas mengajar beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatkan Tidak formal : (pemerhatian dan Formal : ujian kertas pensel soal- jawab),atau atau ujian lisan dalam jangkaan Formal : (ujian kertas- pensel dlm masa yg sesuai masa singkat) Secara individu, kumpulan.atau Secara kelas kelas Meliputi sesuatu kemahiran Meliputi beberapa unit (ujian tidak formal) atau pembelajaran atau sesuatu beberapa kemahiran (ujian tahap persekolahan formal) Tiada (bagi ujian taidk formal) Penggunaan rekod profil atau dan penggunaan senarai pensijilan semak/rekod prestasi (bagi ujian formal) Membetulkan kelemahan Menempatkan pelajar dalam dengan serta merta atau kumpulan / kelas yang sesuai menjalankan aktiviti Merancang dan mengubahsuai pemulihan/pengayaan dalam pelajaran/kurikulum kelas Memberi sijil berdasarkan pencapaian dlm pepeiksaan

KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Kepentingan Penilaian Ujian Dalam Bilik Darjah : 1. Mengetahui keupayaan, kemahiran, atau pengetahuan asas sedia ada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Daripada ujian, guru dapat merancang dan merencana pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru tentang keupayaan pelajar mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran. 2. Membandingkan pencapaian pelajar dengan rakan-rakan sekelas atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. 3. Membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan bidang yang lain bagi melihat kelemahan atau kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang. Maklumat ini digunakan untuk kerja-kerja pemulihan dan sebagainya. 4. Mengenal pasti pelajar yang tinggi dan amat lemah keupayaannya bagi menentukan kerja-kerja pemulihan dan pengayaan. 5. Membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pembelajaran pelajar agar dapat menentukan arah dan jenis pendidikan pelajar bagi menyalurkan mereka ke jurusan-jurusan tertentu seperti jurusan sains, sastera dan teknikal. 6. Membolehkan guru menilai bahan, teknik, dan kaedah pengajaran mereka sebagai asas meningkatkan pengajaran mereka. 7. Pelajar mengetahui kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera pula memperbaikinya.